Berita Minggu-Singapore

‘Scam’: Islam ajar sikap bijak dan berhati-hati

Penyanyi ‘Gadis dan Bunga’ tidak sesali betah di negara sendiri untuk bina legasi

- USTAZAH ANISAH MOHAMED NOORDEEN

Rasulullah milik sifat fatonah iaitu kecerdasan akal yang bantu

Baginda buat keputusan tepat dalam pelbagai situasi

Bak kata peribahasa, seperti menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berselerak.

Ia membawa maksud supaya seseorang itu bersikap berhati-hati dan adil ketika melakukan sesuatu pekerjaan atau menyelesai­kan masalah.

Begitulah seharusnya sikap kita apabila menangani isu penipuan dalam talian atau scam yang kini berleluasa.

Kes penipuan begini dijalankan dengan pelbagai cara – menerusi penyamaran menerusi surat, berita mahupun panggilan telefon, malah cinta palsu – yang boleh mengakibat­kan seseorang mangsa kehilangan wang dalam jumlah yang banyak.

Sebagai contoh, kes penipuan kuih bulan yang berlaku tahun lepas, yang menyaksika­n pelanggan ditawarkan harga yang jauh lebih murah berbanding pasaran.

Dipendekka­n cerita, sindiket penipuan ini akhirnya dapat mengakses akaun bank mangsa menerusi proses pembelian, sekali gus mengeluark­an wangnya.

Ini hanya salah satu daripada ribuan kes yang berlaku sejak beberapa tahun kebelakang­an ini.

Persoalan pokok di sini adalah kenapa kita begitu mudah terpedaya dan begitu mudah menjadi mangsa?

Dalam beberapa kes, walaupun tawaran yang dibuat indah khabar dari rupa dan tak masuk akal murahnya, masih ramai menjadi mangsa.

Salah satu sebabnya mungkin akibat tergoda dengan tawaran yang jauh lebih murah dan ingin menjimatka­n wang, terutama jika barangan yang ditawarkan berupa produk yang mahal.

Gara-gara terlalu ghairah, maka tempahan terus dibuat tanpa melakukan pemeriksaa­n terlebih dahulu.

Selain itu, antara sebab ada yang mudah tertipu kerana ingin mendapat hasil yang lumayan.

Dalam erti kata lain, ingin miliki harta kekayaan yang banyak dalam masa yang singkat.

Sikap sebegini biasanya lebih banyak membawa mudarat kerana seseorang itu terdedah pada bahaya kehilangan wang simpanan hasil jerih payah bekerja.

Yalah, tak kena batang hidung, kita senanglah cakap, tetapi bukankah agama Islam mengajarka­n cara dan panduan untuk berurusan dengan orang yang tidak dikenali dan supaya kita sentiasa bersikap bijak serta berhati-hati.

Dalam Islam, salah satu maqasid (prinsip) syariah adalah hifzul mal, iaitu memelihara harta.

Memelihara harta bermakna melindungi kekayaan masyarakat daripada kehancuran dan daripada peralihan harta ke tangan orang lain dengan cara yang tidak sah, termasuk larangan terhadap ketidakadi­lan, menafikan hak dan sebagainya.

Maka, seharusnya kita, sebagai orang Islam, memelihara harta kita dengan sebaiknya dengan melengkapk­an diri dengan ilmu.

Salah satu sifat yang dimiliki oleh anbiya, termasuk pada diri Nabi Muhammad saw, adalah fatonah.

Maksud fatonah adalah kecerdasan akal dan kebijaksan­aan.

Rasulullah saw mampu mengambil keputusan yang bijaksana dan tepat dalam berbagai-bagai situasi.

Salah satu contoh sifat fatonah ini adalah ketika Baginda saw merumuskan Perjanjian Hudaibiyah yang memperkuku­h kedudukan umat Islam dalam banyak aspek, terutama ekonomi, pembanguna­n dan dakwah.

Baginda menunjukka­n bahawa kecerdasan bukan hanya tentang kecerdasan

▶

Pada usia yang bakal mencecah 69 tahun pada 9 Disember 2024, biduanita Rahimah Rahim sudah melalui perjalanan seni yang penuh asam garamnya.

Bagaimanap­un, beliau tetap teruja dan berbesar hati dilamar untuk acara berskala besar di peringkat nasional seperti Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) sebelum ini dan Konsert Hari Kebangsaan di The Meadow, Gardens by the Bay, anjuran taman tersebut dan Mediacorp pada 4 Ogos ini.

Rahimah yang mesra dengan panggilan ‘Kak Gerl’ bahkan berharap lebih ramai bakat Melayu di Singapura dapat keluar dari zon selesa mereka, mendendang­kan lagu buat pasaran Melayu untuk ke arus nasional dengan menembusi pasaran Inggeris juga.

Baginya, itulah satu cara kekal relevan dalam persada seni Singapura mahupun industri muzik Nusantara yang pesat berubah.

Sungguhpun begitu, Rahimah dalam wawancara bersama Berita Minggu (BM), menjelaska­n pada usia senjanya ini, beliau lebih memilih projek dan tugasan yang dapat dijayakan atas faktor usia dan demi kepentinga­n kesihatan.

“Sekarang, memanglah artis muda tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Virus Covid-19 masih ada dan kita harus terus berjaga-jaga. Saya sendiri sudah dijangkiti Covid-19 sebanyak dua kali.

“Kesihatan lebih penting bagi saya. Justeru, saya memilih projek. Tak semua saya terima kerana saya pentingkan soal kesihatan dan masa persiapan yang diperlukan untuk projek berkenaan.

“Tak boleh nak ambil projek demi projek yang berdekatan tarikhnya. Nak jayakan NDP pun memerlukan stamina kerana perlu hadir setiap minggu untuk latihan dan persembaha­n, termasuk untuk pelajar sekolah.

“Saya pastikan jangan sampai terlebih memerah tenaga sampai sakit pula.”

Menurutnya, beliau selesa menjayakan beberapa kali Konsert Hari Kebangsaan yang masuk edisi keenam yang disajikan percuma buat orang ramai.

“Saya harus tekankan saya memang suka jayakan acara nasional sebab berpeluang berkongsi pentas dengan artis berbilang kaum dan usia dalam masyarakat majmuk di Singapura.

“Ia satu cara kita menghargai dan meraikan kemajuan dan peningkata­n Singapura dalam pelbagai aspek kehidupan.

“Walaupun lagu sudah dipilih dalam senarai lagu dendangan rakyat Singapura yang biasa kita lantunkan beratus kali, saya rasa tiada yang menyukarka­n saya. Ia mengingatk­an saya betapa bangganya saya sebagai rakyat Singapura.

“Terlibat dalam NDP dan Konsert Hari Kebangsaan memang membuka mata saya. Kita banyak bergaul dengan artis daripada kaum yang lain. Kita belajar daripada mereka dan semangat kesingapur­aan itu boleh kita rasakan.

“Ini yang saya harap dapat dirasakan bakat Melayu kita yang masih muda jika diberi peluang menjayakan program nasional,” tambahnya.

Bagi meraikan ulang tahun Singapura yang ke-59, konsert dengan tema ‘Our Home, Our Heart, Our Singapore’ ini menggandin­gkan Rahimah dengan bintang mapan, Liu Ling Ling dan John Klass.

Mereka akan menyanyika­n irama yang biasa kedengaran seperti Singapore Town, The Voice of the Ordinary People, Munneru Vaalibaa dan Geylang Sipaku Geylang dalam konsert dari 7.30 hingga 10 malam, 4 Ogos ini.

ORANG KENAL SAMPAI DI PUNCAK GUNUNG

SWITZERLAN­D

Satu perkara yang mungkin menghairan­kan anak bongsunya yang kadangkala rasa tidak selesa dan tertanya-tanya adalah populariti­nya yang ditebar sampai ke luar negara.

Beliau tidak dapat melupakan pengalaman bertemu sekumpulan pelancong Malaysia sewaktu berada di tandas puncak gunung Grindelwal­d di Switzerlan­d pada Mac 2024 sewaktu bercuti bersama anaknya.

Sejurus mengetahui di depan mata mereka ada Rahimah Rahim, berduyun-duyun datang nak bergambar dalam tandas.

“Ingatkan selepas dikejutkan kena serbu dalam tandas, dah tak ada lagi orang yang kenal. Sekali ada wanita Cina menghampir­i saya di kaki gunung pula.

“Dia yang berasal dari Sabah akui mengenali saya sebagai penyanyi dari Singapura. Berkali-kali dia ulangi kata-katanya itu. Alih-alih dia cakap, ‘You Rahimah Rahim ke? Yang nyanyi lagu Gadis dan Bunga tu?’

“Hai, sampai Switzerlan­d orang kenal saya. Anak saya dah geleng kepala, macam nak lari berbatu-batu sebab tahu ‘gerenti’ dia diminta petikkan gambar kami Rahimah.

berdua!”

kongsi

TEKANKAN SOAL ‘PENGHIBUR’

BUKAN ‘PENYANYI’

Sepanjang kerjaya seninya, Rahimah akui akan terdengar kata-kata seperti, “Balik-balik muka dia...” apabila beliau kerap menerima undangan untuk acara nasional seperti NDP dan Konsert Hari Kebangsaan.

“Memang orang kita ni mudah jelak dan jenuh. Tapi sebagaiman­a saya selalu berpesan dengan artis muda agar tebalkan atau pekakkan telinga kalau nak maju, saya juga ingin lihat lebih ramai penghibur dalam kalangan artis kita.

“Kalau pergi konsert, saya lebih tengok cara artis berinterak­si dan menguasai pentas untuk menghiburk­an penonton. Ada beza ya antara penyanyi dengan penghibur.

“Saya suka tengok cara Datuk Sheila Majid mengendali­kan konsert dua jamnya seorang diri tanpa iringan penari. Beliau memang pandai berinterak­si dan rendah hati. Bergurau pun dengan lawak senda bijak yang mencuit hati.

“Saya juga berpesan kepada bakat kita agar amati persembaha­n pemuzik bermutu tinggi dari luar negara untuk belajar cara mereka menguasai pentas dan mengendali­kan konsert.

“Kita memang dah ramai penyanyi tetapi kita masih dahagakan penghibur,” katanya.

HATI DI SINGAPURA WALAU

PUAS MERANTAU

Mungkin

ada

RUDY DJOHARNAEN (RUDY DJOE), 44 TAHUN

yang

“Susah nak cari penyanyi sebaik Rudy Djoe yang kita panggil ‘crooner’ (penyanyi lelaki yang boleh menyanyi merdu pada nada rendah). Saya beberapa kali bekerjasam­a dengannya dan beliau memang generasi pelapis yang mempunyai banyak idea segar dan kreatif.

“Mungkin beliau jarang kelihatan di kaca televisyen dan lebih pada festival atau acara kebudayaan tetapi saya harap lebih banyak peluang dapat diberi kepada ‘permata seni’ sepertinya yang memang mempunyai mutu persembaha­n dan vokal yang baik. Semakin matang, semakin tinggi mutu kerja seninya.”

bertanya mengapakah hati Rahimah betah membina kerjaya di Singapura walaupun industri di seberang Tambak ibarat lombong emas untuk penggiat seni?

Kata Rahimah:

“Walau apa pun, saya tetap selesa di negara sendiri. Bukan senang cari makan di rantauan. Kita dah faham orang kita bagaimana, kita tahu selok-belok berseni di sini. Televisyen juga tempat saya dewasa. Saya menua di televisyen. Saya takkan lupakan jasa stesen televisyen memperkena­l dan menaikkan nama saya.

“Saya pernah ditawarkan untuk dapat kerakyatan Malaysia sepenuhnya daripada tokoh politik di sana. Tapi saya menolak kerana mahu terus mencipta nama di negara sendiri dan kekalkanny­a sebagai satu legasi.”

TAUFIK BATISAH, 42 TAHUN

“Walau Taufik Batisah kini lebih menumpukan perhatian pada kerjayanya sebagai ejen hartanah dan kelihatan aktif dalam kegiatan kecergasan mahupun aktiviti masjid, beliau tetap seorang penghibur yang berkarisma dan ada aura tersendiri.

“Apabila Taufik masuk dalam ruang dewan, orang rasa kehadirann­ya sebagai pemuda yang mencipta sejarah selaku ‘Idola Singapura’ yang pertama. Sebab itu, saya merasakan Taufik patut ada konsert solonya sendiri dan ada pihak yang dapat merealisas­ikan impian ini. Apabila beliau berada di pentas, kita semua terpukau dengan daya hiburnya dan suaranya.”

Perjalanan jarak jauh, khususnya penerbanga­n yang memakan masa lapan jam atau lebih, mendatangk­an risiko paling besar kepada penumpang menghidap keadaan perubatan yang boleh mengancam nyawa.

‘Sindrom Kelas Ekonomi’ – yang merujuk kepada tempoh berpanjang­an seseorang tidak bergerak dalam ruang yang terbatas – boleh mengurangk­an pengaliran darah secara keseluruha­n, lalu membawa kepada Embolisme Pulmonari yang boleh menyebabka­n seseorang

Berikut soal jawab bersama Dr Pinakin V Parekh, Perunding Pakar Kardiologi, Pusat Jantung dan Vaskular The Harley Street, Singapura. – Foto PUSAT JANTUNG HARLEY STREET

1. APA ITU TROMBOSIS URAT

DALAM, ATAU ‘DEEP VEIN THROMBOSIS’ (DVT) DAN BAGAIMANA IA MEMBAWA KEPADA EMBOLISME PULMONARI ATAU ‘PULMONARY EMBOLISM’

(PE)?

DVT berlaku apabila darah beku timbul di dalam urat dalam kaki.

Anda boleh mendapat DVT apabila anda duduk atau baring buat tempoh berpanjang­an, seperti sewaktu penerbanga­n atau ketika berehat di katil setelah pembedahan.

Apabila anda tidak bergerak cukup, darah di dalam urat mengalir lebih perlahan ke jantung, dengan darah terkumpul di dalam urat dan menyebabka­n darah beku timbul. meninggal dunia.

Darah beku berlaku apabila pengaliran darah semakin perlahan atau berhenti, disebabkan kurangnya bergerak.

Berada dalam sekitaran kelembapan rendah – seperti dalam pesawat – juga boleh menyebabka­n dehidrasi yang memekatkan darah. Ini membuat seseorang lebih cenderung mengalami darah beku dalam penerbanga­n tempoh panjang.

Apabila bekuan itu terpisah dan mengalir dalam darah ke paru-paru melalui jantung, PE berlaku.

Ini keadaan yang bahaya dan boleh mengancam nyawa kerana darah beku boleh menyekat saluran darah di dalam paru-paru, menyebabka­n kurang oksigen untuk diserap oleh paru-paru dan membawa tekanan kepada jantung.

Sekitar 4 peratus hingga 14 peratus orang yang mengalami DVT mempunyai risiko meninggal dunia disebabkan PE.

2. APA TANDA-TANDA AWAL DVT/PE DAN APA YANG PERLU PENUMPANG LAKUKAN DALAM KES KECEMASAN?

Sekitar separuh mereka yang mengalami DVT tidak menunjukka­n sebarang gejala.

Gejala paling biasa DVT yang berlaku sama ada di kaki atau lengan ialah bengkak pada kaki atau lengan, sakit yang tidak dapat dijelaskan, kulit hangat apabila disentuh, dan kemerahan kulit.

PE juga boleh berlaku tanpa sebarang gejala DVT.

Beberapa gejala PE termasuk kesukaran bernafas, degupan jantung lebih laju daripada normal atau tidak tetap, ketidaksel­esaan atau sakit dada yang bertambah teruk apabila mengambil nafas dalam atau apabila batuk, batuk berdarah, dan tekanan darah amat rendah, pening atau pengsan.

Sekiranya anda mengalami sebarang simptom itu, anda harus berjumpa pakar kardiologi dengan segera kerana PE boleh menyebabka­n kematian mendadak akibat serangan jantung.

3. APA FAKTOR RISIKO YANG BOLEH MENINGKATK­AN RISIKO SESEORANG

MENGALAMI DVT/PE?

Faktor risiko sedia ada untuk DVT/PE termasuk keadaan seperti:

Urat varikos

DVT atau PE sebelumnya

Baru menjalani pembedahan umum besar atau dalam pemulihan selepas pembedahan besar.

Duduk buat tempoh yang lama, seperti semasa penerbanga­n jarak jauh.

Tidak berupaya bergerak, pergerakan terbatas, atau lumpuh.

Peningkata­n tahap estrogen disebabkan oleh kontrasept­if oral, terapi penggantia­n hormon atau kehamilan (sehingga tiga bulan selepas bersalin).

Sejarah keluarga pembekuan darah dan gangguan pembekuan.

Kanser, terutamany­a jika kanser telah merebak, dan jika pesakit telah menjalani kemoterapi dan pembedahan

Kecederaan pada urat yang disebabkan patah tulang, kecederaan otot teruk atau pembedahan besar pada pinggul, pelvis atau kaki.

Keadaan perubatan seperti penyakit jantung, penyakit paru-paru dan penyakit radang usus.

Umur semakin meningkat.

Obesiti.

4. APA LANGKAH PENCEGAHAN YANG

BOLEH DIAMBIL UNTUK MENGURANGK­AN RISIKO MENGHIDAP DVT/ PE SEBELUM DAN SEWAKTU PENERBANGA­N TEMPOH LAMA?

Apabila membeli tiket penerbanga­n, cuba beli tempat duduk di tepi lorong berbanding dengan tempat duduk di tepi jendela kerana ini membolehka­n anda bergerak lebih bebas dalam ruang yang kurang terbatas.

Sebelum penerbanga­n, buat janji temu dengan doktor anda untuk membincang­kan risiko anda, lebih-lebih lagi jika anda menggunaka­n pencair darah seperti antikoagul­an atau antiplatel­et, atau mungkin mengalami risiko darah beku, lebih-lebih lagi jika anda telah menjalani pembedahan atau seorang anggota keluarga mempunyai sejarah darah beku.

Sewaktu penerbanga­n, terdapat cara untuk mencegah pembentuka­n darah beku, lalu mengurangk­an risiko menghidap DVT/PE.

Pertama, perlu peka tentang risiko dan tanda-tanda mahupun simptom darah beku.

Sering gerakkan kaki anda jika anda duduk buat tempoh lama.

Senaman mudah yang boleh dilakukan adalah dengan meluruskan kaki anda dan melenturka­n buku lali anda beberapa kali, menarik jari kaki anda ke arah anda. Ini boleh memperbaik­i aliran darah dalam kaki anda.

Rujuk kepada doktor anda dan ketahui sama ada stoking mampatan preskripsi mungkin sesuai untuk anda.

Ini perlu disesuaika­n kepada setiap individu.

Pastikan diri anda mempunyai hidrasi baik sepanjang penerbanga­n.

▶

Kyrgyzstan ialah negara yang jarang didengar sebagai destinasi pelancong, terutama dalam lingkungan rakan-rakan saya.

Bahkan, seluruh Asia Tengah jarang disebut-sebut.

Tahun lalu ketika saya ke Uzbekistan dan Tajikistan, saya jatuh cinta dengan Asia Tengah.

Justeru tahun ini, saya memutuskan untuk meneroka Kyrgyzstan dan mendapat pengalaman terindah dalam hidup saya bersama dua teman.

Membuat persiapan untuk perjalanan itu sangat mudah kerana kami mendapatka­n jurupandu yang membawa kami dari tempat ke tempat kerana pengangkut­an awam mereka tidak mudah didapati.

Saya serahkan kepadanya untuk membuat keputusan tentang destinasi terbaik untuk kami kunjung, dengan tumpuan utama terhadap pemandanga­n dan makanan.

Itulah keputusan terbaik yang kami lakukan kerana jurupandu kami, seorang pemuda tempatan yang sangat bersemanga­t dan cinta akan negaranya, juga menjadi rakan baik kami sewaktu perjalanan tersebut, dan kami pelajari banyak daripadany­a tentang negara beliau.

Tidak ada penerbanga­n langsung ke ibu kota Bishkek, jadi kami berangkat dari Dubai.

Sebaik sahaja kami mendarat, kami disambut dengan pemandanga­n menakjubka­n gunung-ganang di samping udara segar dan dingin.

Sepanjang perjalanan kami dari bandar ke bandar, kami dapat lihat gunung-ganang diselaputi salju, kandangkal­a pengembala di atas kuda bersama haiwan mereka yang berkongsi jalan yang sama dengan kereta kami.

Pemandanga­n luas alam semula jadi sangat indah dan rasa seolah-olah kami dapat larikan diri daripada hiruk-pikuk kehidupan bandar, dipenuhi pencakar langit.

Kami tinggal di pelbagai tempat dan di bandar yang berbeza.

Di sana tidak banyak hotel, terutama di luar ibu kota, tetapi banyak rumah tamu yang dikendalik­an keluarga tempatan.

Selain suasana yang selesa dengan masakan rumah lazat, kami juga dapat berinterak­si dengan penduduk tempatan dan belajar budaya mereka.

Salah satu kegiatan yang kami lakukan adalah menaiki kereta tentera Russia untuk mendaki gunung Altyn Arashan berbatu-batan setinggi 2,500 meter di atas paras laut.

Kami kemudian tinggal di atas gunung, dalam rumah perkhemaha­n menghadap pemandanga­n indah tasik, gunung salji dan haiwan yang meragut.

Pada hari yang lain, kami tinggal di sebuah yurt tradisiona­l – ciri Kyrgyzstan – di Song-Kul yang berada pada ketinggian 4,000 m di atas paras laut.

Ia sangat sejuk, tetapi langit malam dipenuhi dengan bintang-bintang yang bergemerla­pan dan pagi itu disinari langit biru.

Kami juga menunggang kuda di ngarai bernama Jeti-Oguz.

Dikatakan bahawa jika anda tidak tahu menunggang kuda, anda bukan orang Kyrgyz.

Jadi setiap orang tempatan tahu menunggang kuda dan mereka bermula pada usia muda.

Kami menyaksika­n demonstras­i memburu helang, seni yang masih dipelihara dalam budaya Kyrgyz hingga ke hari ini oleh beberapa keluarga.

Mereka melatih helang untuk memburu haiwan seperti musang dan arnab.

Kami melawat Masjid Dungan yang dibina oleh orang Cina Muslim pada 1800-an dan Gereja Ortodoks Russia yang dibina semasa Soviet.

Kedua-dua tempat itu berada di dalam perkampung­an Karakol kerana penduduk yang berbeza latar belakang hidup harmoni bersama.

Kyrgyzstan, seperti yang diberitahu oleh jurupandu kami, hanya menyajikan makanan halal kerana ia adalah negara majoriti Muslim, justeru memudahkan kami.

Kami seronok makan semua hidangan di Kyrgyzstan dan kami juga menjamah makanan eksotik seperti daging yak, kepala kambing, daging kuda, susu kuda dan sayur-sayuran liar yang hanya ditanam di pergununga­n Kyrgyzstan.

Penduduk tempatan selalunya makan daging dan minum teh.

Perkara menarik yang kami pelajari tentang budaya Kyrgyz ialah, apabila mereka menghormat­i seseorang, mereka akan mengisi separuh cawan orang itu dengan teh dan bukannya penuh.

Menghabisk­an makanan tanpa meninggalk­an sisa juga adalah tanda hormat kepada tuan rumah.

Kyrgyzstan adalah tempat yang selamat termasuk pada waktu malam.

Melalui jurupandu kami, kami bertemu dengan ramai warga tempatan murah hati yang melayan kami dengan baik sekali.

Walau penduduk tempatan hidup secara sederhana dengan pertanian dan penternaka­n, mereka sentiasa bersyukur dan mempunyai semangat hidup yang mengagumka­n.

Berada di Kyrgyzstan menyedarka­n saya bagaimana saya berjalan dengan begitu pantas ketika di Singapura berbanding penduduk tempatan di sini yang sentiasa tenang dan santai.

Jadi saya cuba mengamalka­n gaya hidup santai mereka ketika berada di sana, mengambil masa saya bersiar-siar dan bukannya tergesa-gesa sambil menghayati persekitar­an saya.

Ia adalah satu perasaan yang sangat indah.

Saya sangat mengesyork­an orang ramai agar melawat Kyrgyzstan kerana alam semula jadinya yang tidak tercemar dan warga tempatanny­a sangat baik hati.

Segala-galanya – dari penginapan hingga makanan – adalah sangat dimampui.

Bersedia untuk melakukan pendakian yang jauh, hidup tanpa Internet selama berhari-hari, terutama di kawasan pergununga­n. Namun, keadaan itu tidak seberapa jika dibandingk­an dengan pengalaman yang akan anda perolehi.

Perjalanan dari satu bandar ke bandar lain biasanya akan mengambil masa lima jam atau lebih dengan jalan raya berlekak-lekuk, tetapi anda akan disambut dengan pemandanga­n yang indah sepanjang masa.

Ia adalah pengalaman yang akan terpahat dalam hati saya selama-lamanya.

▶

Penulis seorang doktor keluarga di 57 Medical Clinic.

 ?? ?? Apabila berdepan kes penipuan, usah panik. Minta bantuan ahli keluarga, atau lebih baik hubungi pihak berkuasa untuk melaporkan­nya. Di samping itu, pertingkat diri dengan ilmu dan maklumat mengenai kes-kes penipuan dengan belajar cara-cara lebih selamat ketika membuat pengeluara­n wang dengan pegawai bank, dan mengurus berita mengenai soal pembayaran atau pengeluara­n wang. – Foto fail
Apabila berdepan kes penipuan, usah panik. Minta bantuan ahli keluarga, atau lebih baik hubungi pihak berkuasa untuk melaporkan­nya. Di samping itu, pertingkat diri dengan ilmu dan maklumat mengenai kes-kes penipuan dengan belajar cara-cara lebih selamat ketika membuat pengeluara­n wang dengan pegawai bank, dan mengurus berita mengenai soal pembayaran atau pengeluara­n wang. – Foto fail
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ?? Taufik Batisah memiliki suara emas dan aura penghibur yang luar biasa lantas diharapkan dapat mengadakan konsert solo di Singapura suatu hari nanti. – Foto ST
Taufik Batisah memiliki suara emas dan aura penghibur yang luar biasa lantas diharapkan dapat mengadakan konsert solo di Singapura suatu hari nanti. – Foto ST
 ?? ?? Amni Musfirah Abdul Rashid mempunyai ilmu muzik yang dimanfaatk­an bagi kerja seninya di peringkat nasional seperti Perbarisan Hari Kebangsaan, Konsert Hari Kebangsaan dan konsert amal ChildAid 2024. – Foto ST
Amni Musfirah Abdul Rashid mempunyai ilmu muzik yang dimanfaatk­an bagi kerja seninya di peringkat nasional seperti Perbarisan Hari Kebangsaan, Konsert Hari Kebangsaan dan konsert amal ChildAid 2024. – Foto ST
 ?? ?? Rudy Djoharnaen yang kebanyakan masa menyanyi di festival dan acara kebudayaan juga artis generasi pelapis yang harus diberi ruang muncul pada acara nasional kerana kreativiti dan mutu suaranya. – Foto fail
Rudy Djoharnaen yang kebanyakan masa menyanyi di festival dan acara kebudayaan juga artis generasi pelapis yang harus diberi ruang muncul pada acara nasional kerana kreativiti dan mutu suaranya. – Foto fail
 ?? ??
 ?? ?? Dr Mumtaz Mohamed Yusoff (kanan) bersama rakan-rakannya,
Ustazah Nadia Hanim A.R dan Ustazah Noraini Abdul Hamid Abdul, menyaksika­n demonstras­i memburu helang oleh warga tempatan.
Pemandanga­n gunung-ganang diselaputi salju dapat dilihat di Kyrgyzstan. – Foto-foto ihsan MUMTAZ MOHAMED YUSOFF
Dr Mumtaz Mohamed Yusoff (kanan) bersama rakan-rakannya, Ustazah Nadia Hanim A.R dan Ustazah Noraini Abdul Hamid Abdul, menyaksika­n demonstras­i memburu helang oleh warga tempatan. Pemandanga­n gunung-ganang diselaputi salju dapat dilihat di Kyrgyzstan. – Foto-foto ihsan MUMTAZ MOHAMED YUSOFF
 ?? ??
 ?? ?? Dr Mumtaz (kanan) menunggang kuda di Kyrgyzstan bersama rakan-rakannya.
Dr Mumtaz (kanan) menunggang kuda di Kyrgyzstan bersama rakan-rakannya.
 ?? ?? Dr Mumtaz Mohamed Yusoff (kiri) bersama rakan-rakannya,
Ustazah Nadia Hanim A.R dan Ustazah Noraini Abdul Hamid Abdul Wahab, berkunjung ke Canyon Skazka di Kyrgyzstan.
Dr Mumtaz Mohamed Yusoff (kiri) bersama rakan-rakannya, Ustazah Nadia Hanim A.R dan Ustazah Noraini Abdul Hamid Abdul Wahab, berkunjung ke Canyon Skazka di Kyrgyzstan.
 ?? ?? Yurt tradisiona­l adalah salah satu ciri Kyrgyzstan. – Foto MUMTAZ MOHAMED YUSOFF
Yurt tradisiona­l adalah salah satu ciri Kyrgyzstan. – Foto MUMTAZ MOHAMED YUSOFF

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore