Berita Minggu-Singapore

Kuih Melayu Maksu pikat mata terus ke hati

- HANNEEYZAH BAHARIN haney@sph.com.sg Koresponde­n Malaysia

“Selain keenakan makanan, saya juga pentingkan ‘persembaha­n’ makanan kerana bak kata pepatah, dari mata akan turun ke hati.”

Itu kata-kata Cik Siti Masitah Awang Kechik atau lebih selesa dipanggil Maksu. Beliau bukanlah satusatuny­a peniaga kuih tradisiona­l Melayu yang sohor di Malaysia, terutama di Lembah Klang.

Namun, pegangan kepada pepatah itulah yang membuatkan kuih jualan wanita dari Sungai Buloh, Selangor, ini dilihat unik dan lebih menarik berbanding yang lain.

Kuih onde-onde, lopes, ketayap dan kaswi pandan antaranya, selain nasi lemak di bawah jenama By Maksu Pastries diakui enak oleh ramai pelanggann­ya dan ia bertambah wow dengan ‘persembaha­n’ kuih yang menarik dan kreatif.

Penggemar kuih Melayu Maksu bukan saja daripada dalam negara, malah datang dari sejauh Singapura.

“Alhamdulil­lah, kebanyakan pelanggan Singapura akan datang membeli kuih saya sepanjang bercuti di Kuala Lumpur dan membawa pulang sebagai oleh-oleh.

“Itu membuatkan saya terharu,” kongsi Maksu kepada Berita Minggu (BM).

Kreativiti Maksu menggunaka­n daun pisang dan pandan sebagai antara elemen hiasan wajib, menaikkan seri kuih Melayunya yang disusun cantik dalam kotak pembungkus­an ala buluh, berpenutup lutsinar, sekali gus menonjolka­n ciri eksklusif dan enak kuihnya.

Mewarisi resipi daripada ibunya, Allahyarha­mha Salmah Yusoff, yang pernah menjual kuih, Maksu berkata walaupun mementingk­an konsep serta persembaha­n menarik untuk setiap jualannya, soal kualiti tidak sesekali diketepika­n.

Menurut Maksu, setiap kuih dan masakan dihasilkan­nya menggunaka­n bahan premium dan semula jadi, malah langsung tidak menggunaka­n sebarang perasa tambahan untuk menyedapka­n makanan.

“Saya tidak menggunaka­n bahan perisa dan pewarna tiruan, sebaliknya menggunaka­n warna dan rasa asli daripada daun pandan.

“Sambal nasi lemak pula hanya menggunaka­n bahan asas iaitu cili, bawang, garam dan gula, tanpa penambahan bahan perasa. Rasa sedap itu datang daripada bahan digunakan dan teknik masakan,” katanya.

Disebabkan itu, kata Maksu, harga kuih jualannya agak berbeza daripada peniaga lain, seiring dengan usaha tinggi yang diletakkan­nya untuk menyediaka­n kuih dan masakan terbaik buat pelanggan.

“Saya sentiasa ambil positif komen pelanggan. Pelanggan setia tidak kisah soal harga kerana mereka tahu menilai produk jualan saya. Ramai kata sukakan kuih Maksu kerana cantik dan sedap. Mereka sering jadikan sebagai buah tangan selain untuk dimakan sendiri.

“Apa saya boleh katakan, penjual kuih Melayu memang ramai, tetapi nilai tambah yang ditawarkan Maksu ialah konsep dan persembaha­n yang tiada pada peniaga lain, selain kualiti bahan yang semuanya menelan lebih kos.

“Cuma kadangkala di media sosial ada warganet cuba ‘mengusik’ tentang harga,” kongsinya bersama BM.

Tambah Maksu, beliau gemar mencari ilmu tentang masakan dan membuat banyak penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) bagi setiap menu yang dihasilkan.

“Untuk penghasila­n kek butter (mentega) cempedak contohnya, saya akan kaji kenapa jenis mentega ini lebih mahal, apa keistimewa­annya dan kelebihann­ya berbanding yang lebih murah. Selepas R&D beberapa kali dan berpuas hati dengan hasilnya, barulah ia dijual kepada pelanggan,” katanya.

Lantaran itu, tidak hairanlah mengapa kuih Melayu, kek, pastri dan segala produk jualan Maksu laris terjual.

Pelanggann­ya bukan juga calangcala­ng. Ramai tetamu kehormat utama (VVIP), kenamaan dan selebriti tempatan yang ‘ketagih’ dengan produk makanan Maksu.

Pereka fesyen dan usahawan, Datuk Rizalman Ibrahim; pelakon Sheila Rusly; pengarah drama, Michael Ang; personalit­i televisyen, Maria Tunku Sabri, antara ribuan pelanggan yang banyak memberi sokongan kepada perniagaan Maksu.

“Yang lebih buat saya terharu, saya tak pernah bayar mereka untuk paid review (ulasan berbayar), sebaliknya mereka beli sendiri dan apabila kena dengan selera, mereka hebahkan pada rakan hingga tular. Tak menang tangan saya melayan pelanggan,” katanya.

Mengimbau kenangan memulakan kerjaya sebagai peniaga kuih Melayu, graduan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ini pernah selesa makan gaji sebagai eksekutif perakaunan.

Namun, pada 2016, Maksu nekad berhenti kerja untuk menjaga ibunya yang sakit.

“Saya sebenarnya bermula dengan perniagaan tart nanas selepas berhenti kerja.

Ketika itu jualannya meledak selepas review daripada Datuk Rizalman.

“Kemudian pada 2022, saya mula fikir mahu kembangkan perniagaan dan terbaca di media sosial mengenai kuih Melayu.

“Dari situlah tercetusny­a idea untuk menjual kuih Melayu dan alhamdulil­lah kekal hingga sekarang.

“Insya-Allah saya akan teruskan legasi dan warisan kuih Melayu kerana kalau bukan kita siapa lagi,” katanya.

Turut menjual kuih sejuk beku, anak bongsu dari lapan beradik ini gembira berkongsi bahawa By Maksu Pastries akan melebarkan sayap perniagaan yang sebelum ini hanya bermula di dapur rumah, ke pusat dapur di lot kedai tidak lama lagi.

Apa saya boleh katakan, penjual kuih Melayu memang ramai, tetapi nilai tambah yang ditawarkan Maksu ialah konsep dan persembaha­n yang tiada pada peniaga lain, selain kualiti bahan yang semuanya menelan lebih kos. Cuma kadangkala di media sosial ada warganet cuba ‘mengusik’ tentang harga.

– Cik Siti Masitah Awang Kechik atau dipanggil Maksu, pengusaha kuih tradisiona­l Melayu di Selangor.

 ?? ?? Pengusaha kuih tradisiona­l Melayu di Selangor tidak menang tangan melayani permintaan pelanggan yang tertarik dengan keenakan dan keindahan persembaha­n kuih air tangan Cik Siti Masitah Awang Kechik, atau lebih selesa dipanggil Maksu. – Foto-foto BM oleh HANNEEYZAH BAHARIN
Pengusaha kuih tradisiona­l Melayu di Selangor tidak menang tangan melayani permintaan pelanggan yang tertarik dengan keenakan dan keindahan persembaha­n kuih air tangan Cik Siti Masitah Awang Kechik, atau lebih selesa dipanggil Maksu. – Foto-foto BM oleh HANNEEYZAH BAHARIN
 ?? ?? Nasi lemak berlauk udang goreng jualan Cik Siti Masitah Awang Kechik atau lebih selesa dipanggil Maksu, tidak menggunaka­n sebarang bahan perasa tiruan, sebaliknya penggunaan bahan yang berkualiti dan mewah menyedapka­n menu yang dihasilkan.
Nasi lemak berlauk udang goreng jualan Cik Siti Masitah Awang Kechik atau lebih selesa dipanggil Maksu, tidak menggunaka­n sebarang bahan perasa tiruan, sebaliknya penggunaan bahan yang berkualiti dan mewah menyedapka­n menu yang dihasilkan.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore