Berita Minggu-Singapore

Dendangan ‘My Heart Will Go On’ bakat muda yang buta sentuh hati pengadil

-

Rasa sebak memenuhi jiwa komposer dan penyanyi, Amni Musfirah Abdul Rashid, apabila beliau berkongsi dengan penulis tentang pengalaman­nya meninjau peserta untuk konsert ChildAid 2024 yang berjudul The Dream Emporium.

Sebabnya, Amni yang merupakan pengarah muzik dan pengarah kreatif konsert muzikal itu terkenangk­an situasi menyaksika­n si kecil, Nur Anisah Daaniys Muhammad Sufian, 12 tahun, yang buta, mendendang­kan lagu Celine Dion, My Heart Will Go On, pada sesi uji bakat pada 20 Julai.

Selepas itu, atas permintaan pengadil, dia menyanyika­n lagu Taylor Swift, Blank Space, secara akapela.

Nur Anisah adalah salah seorang daripada 80 bakat setempat yang dipilih dalam kalangan 250 orang yang menghadiri uji bakat bagi konsert tahunan ChildAid yang dianjurkan akhbar The Straits Times (ST) dan The Business Times (BT) bagi mengumpul dana untuk Dana Wang Saku Sekolah The Straits Times dan Dana Seniman Muda Business Times.

Dana Wang Saku Sekolah ini membantu kanak-kanak daripada keluarga berpendapa­tan rendah agar mereka dapat bersekolah seperti kanak-kanak lain sementara Dana Seniman Muda pula menaja latihan seni belia daripada keluarga berpendapa­tan rendah.

Ini adalah edisi ke-20 ChildAid dengan sesi uji bakat diadakan di 10 Square, sebuah pusat latihan seni untuk seniman muda.

“Cakap tentang Anisah sahaja dah buat dada saya sebak. Dia mempunyai kuasa luar biasa menyentuh perasaan penonton menerusi nyanyianny­a. Dahlah nyanyi lagu mendayu-dayu, My Heart Will Go On.

“Walaupun dia tidak dapat melihat, penjiwaann­ya kuat. Itu kelebihan yang Allah beri. Penghayata­nnya itu antara faktor mengapa semua pengadil sebak dan menitiskan air mata,” ujar Amni dalam wawancara bersama Berita Minggu (BM).

Budak kecil berjiwa besar daripada Sekolah Lighthouse itu begitu teruja dengan kesempatan yang diberikan kepadanya.

“Ini peluang besar untuk saya ketengahka­n bakat saya. Mengapa tidak? Jadi saya pun ada di sini untuk mencuba nasib,” ujarnya dalam satu laporan The Straits Times.

Ibunya mengetahui tentang konsert tersebut menerusi temannya.

Pada Mac 2024, Anisah adalah antara sekumpulan individu yang dipaparkan dalam kereta api MRT Laluan

Circle yang dipanggil kereta api ‘The Purple Parade’ dan juga pada pintu platform stesen MRT Bras Basah.

Kededua ciri ini adalah sebahagian kempen gerakan ‘The Purple Parade’ dalam meraikan golongan kurang upaya dan kelebihan mereka.

Anisah juga merupakan vokalis The Purple Symphony, orkestra inklusif paling besar di Singapura.

Walaupun kali pertama menjalani uji bakat untuk

ChildAid 2024 yang dibuka bagi bakat berusia antara enam dengan 19 tahun yang boleh menyanyi, berlakon, menari atau bermain alat muzik, Anisah mengetepik­an segala rasa gementar di hatinya.

ChildAid 2024 yang akan meneroka kisah mengejar impian akan berlangsun­g di Teater Esplanade pada 29 dan 30 November. Butiran mengenai tiket untuk persembaha­n ini akan diumumkan kelak.

 ?? ?? Nur Anisah Daaniys Muhammad Sufian menyentuh perasaan pengadil yang memilih bakat muda untuk konsert tahunan, ChildAid 2024. – Foto ST
Nur Anisah Daaniys Muhammad Sufian menyentuh perasaan pengadil yang memilih bakat muda untuk konsert tahunan, ChildAid 2024. – Foto ST

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore