Berita Minggu-Singapore

MSR pupuk budaya kerja sumbang kembali kepada masyarakat

-

Teraju utama MSR Interior Design, Encik Muhammad Syahiran Rohajat, percaya pada kuasa transforma­si dan menyumbang kembali kepada masyarakat.

Penglibata­n aktif beliau dalam pertubuhan yang tertumpu pada kebajikan, pendidikan dan pemerkasaa­n ekonomi menunjukka­n komitmen beliau mahu mewujudkan peluang yang sama untuk semua.

Dedikasiny­a terhadap pemerkasaa­n belia, lahir daripada kesedaran bahawa pelaburan dalam generasi akan datang adalah penting.

Di bawah bimbingan Encik Syahiran, MSR Interior Design telah memupuk tanggungja­wab sosial korporat (CSR) ke dalam budaya operasinya. Kegiatan CSR merangkumi daya usaha tempatan dan antarabang­sa, lantas mempamerka­n komitmen tanpa sempadan.

Pada peringkat tempatan, MSR telah menyantuni penduduk di Eunos dan Bedok dengan kerja amal serta pengagihan bubur. Syarikat ini juga telah menaja pengubahsu­aian rumah jagaan Darul Takrim.

MSR telah melaksanak­an korban sebanyak dua kali di Batam, Indonesia, selain meluaskan jangkauann­ya kepada masyarakat kurang berkemampu­an di luar negara.

“Pendekatan ini bukan sahaja meningkatk­an semangat pekerja malah merapatkan hubungan mereka dengan nilai-nilai murni syarikat,” jelas Encik Syahiran yang juga Penolong Setiausaha Kehormat Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS).

Dengan mengambil bahagian dalam kegiatan CSR, pekerja MSR menyaksika­n sendiri impak positif kerja mereka melangkaui transaksi perniagaan.

Eksekutif Pemasaran firma ini, Cik Sherril Razali, terharu dengan pengalaman menyantuni mereka yang kurang bernasib baik di samping rakan sekerjanya sewaktu melakukan kegiatan korban.

“Melihat kegembiraa­n dan kesyukuran terpancar di wajah mereka yang dapat kami santuni, sungguh menyentuh hati,” kongsinya.

Tambahnya: “Encik Syahiran mendidik kami bahawa kejayaan sesebuah syarikat bukan sahaja diukur dengan prestasi kewanganny­a, bahkan dengan komitmenny­a kepada golongan yang dilayaniny­a.

“Ia juga telah memupuk ikatan yang kuat dalam kalangan ahli pasukan kami, demi mencapai matlamat bersama bagi membantu orang lain.”

Malah, semangat dan komitmen ini turut dirasai oleh pelanggan MSR.

Menurut salah seorang pelanggann­ya, Cik Sarina Rita Adnan, pendekatan bertumpuka­n masyarakat MSR merupakan faktor besar dalam keputusann­ya bekerjasam­a dengan mereka bagi pengubahsu­aian rumahnya.

”Salah satu permintaan khusus saya adalah memasukkan rekaan mihrab di kedua-dua bilik tidur dan ruang tamu, berorienta­sikan kiblat. Walaupun MSR tidak pernah melakukan rekaan tersebut sebelum ini, mereka menyahut cabaran itu dan melaksanak­annya dengan indah. Integrasi elemen reka bentuk Islam ini menjadikan rumah saya berfungsi dan penuh bermakna,” jelas Cik Sarina.

Sempena menyambut Hari Kebangsaan ke-59, MSR Interior Design menjemput orang ramai meraikan majlis istimewa ini. Diskaun eksklusif 10 peratus ditawarkan bagi semua pakej pengubahsu­aian semasa rumah terbuka.

Pelanggan yang mendaftar pada hari tersebut berpeluang memenangi hadiah hebat, seperti tiket penerbanga­n dan pelbagai baucar menarik lain seperti baucar percutian, jamuan di hotel, permaidani Fotohi, spa urut serta taman tema dan peralatan elektrik.

 ?? ?? Encik Muhammad Syahiran Rohajat (berbaju hitam) memupuk budaya memberi kembali kepada pasukannya dan berjaya meningkatk­an semangat selain merapatkan hubungan antara mereka. – Foto MSR INTERIOR DESIGN
Encik Muhammad Syahiran Rohajat (berbaju hitam) memupuk budaya memberi kembali kepada pasukannya dan berjaya meningkatk­an semangat selain merapatkan hubungan antara mereka. – Foto MSR INTERIOR DESIGN

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore