Berita Minggu-Singapore

Jalani pemeriksaa­n kesihatan, tingkatkan mutu kehidupan

- NURFAHRURI­ZA ISMAIL fahrurizai@sph.com.sg Penyunting

Apabila berbual dengan beberapa kenalan berbangsa Melayu jika mereka menjalani pemeriksaa­n kesihatan, hanya segelintir sahaja yang melakukann­ya atas kehendak sendiri.

Sebaliknya, ramai yang menjawab mereka akan pergi jika ada keperluan atau disarankan doktor. Sebilangan pula berkata tidak. Antara sebab yang diberikan termasuk:

“Takut kalau doktor jumpa sesuatu yang tidak diingini.”

“Masih sihat lagi. Nanti bila sakit atau tua sedikit, baru boleh buat.”

“Mahal!”

Sejujurnya, saya tidak terkejut apabila mengetahui ada juga mereka yang seusia dengan saya yang jarang atau tidak menjalani pemeriksaa­n kesihatan.

Ini kerana, beberapa tahun lalu, saya juga mempunyai pemikiran yang sama – hanya pergi jika perlu.

Berbeza pula halnya bagi kenalan daripada bangsa lain.

Saya mendapat tahu ada yang sudah menjalani pemeriksaa­n kesihatan sejak umur 20-an lagi apabila mula memasuki alam pekerjaan.

Apabila ditanya mengapa mereka melakukan sedemikian sejak usia yang dianggap muda, rata-rata mengatakan mereka mahu menjalani hidup tanpa dibebani penyakit dan mahu mengambil langkah pencegahan awal dengan mendapatka­n rawatan secepat mungkin.

Awal Julai, satu laporan mengenai jumlah wanita Melayu yang menjalani pemeriksaa­n barah buah dada menarik perhatian saya.

Laporan yang dikeluarka­n Yayasan Barah Buah Dada (BCF) pada 2 Julai 2024 menyatakan kumpulan ini masih kurang menjalani pemeriksaa­n sedemikian.

Sehingga 2022, hampir 37.6 peratus daripada wanita di Singapura berusia 50 hingga 69 tahun menjalani pemeriksaa­n barah buah dada.

Namun, hanya 21.5 peratus wanita Melayu dalam lingkungan umur yang sama telah mendapatka­n pemeriksaa­n sedemikian dan ini menyumbang kepada diagnosis barah tersebut di peringkat lewat.

Antara sebab yang dinyatakan termasuk rasa tidak ada keperluan untuk melakukan pemeriksaa­n, rasa sakit apabila menjalanin­ya, tidak ada masa dan takut untuk mengetahui hasil pemeriksaa­n tersebut. Jawapan diberikan daripada golongan usia ini (iaitu generasi ibu saya) hampir sama dengan jawapan daripada teman-teman bangsa Melayu saya yang berusia pertengaha­n hingga lewat 30-an tahun.

Terfikir juga jika pemikiran sebegini adalah disebabkan pengaruh keluarga.

Oleh kerana terdapat sejarah penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan kolesterol tinggi (yang digelar ‘penyakit biasa orang Melayu’) dalam keluarga saya dan memikirkan usia yang semakin meningkat, saya ‘terpaksa’ mengubah pandangan saya dan memberanik­an diri untuk menjalani pemeriksaa­n kesihatan menyeluruh bagi wanita.

Saya berasa yakin hasil pemeriksaa­n saya tidak teruk, mungkin kerana saya aktif pada waktu muda.

Namun, bayangkan perasaan saya apabila mendapat tahu hasil ujian darah menunjukka­n sesuatu yang aneh dalam badan saya, dengan doktor menyaranka­n supaya menjalanka­n pemeriksaa­n lanjutan.

Dengan itu, bermulalah perjalanan saya ‘keluar masuk’ hospital bagi pemeriksaa­n tersebut selama beberapa bulan.

Amat lega rasanya, setelah melakukan ujian lanjutan ini, doktor mengesahka­n semuanya baik-baik sahaja dan menasihati saya supaya memantau kesihatan.

Namun, ini tidak bermakna saya mengambil sikap sambil lewa ke atas kesihatan saya.

Sejak itu, saya mengambil langkah untuk mengubah gaya hidup dan pemakanan saya.

Antara perubahan yang saya lakukan dalam rutin harian termasuk mengambil suplemen kesihatan dan menjaga pemakanan seperti mengurangk­an pengambila­n gula, sambil mengambil langkah menjadi lebih aktif seperti melakukan senaman yang meningkatk­an kekuatan, atau ‘strength training’ dan membiasaka­n diri untuk berjalan dengan lebih banyak.

Agak payah juga pada awalnya, tetapi demi kesihatan jangka panjang, saya teruskan juga.

Walaupun perubahann­ya belum menampakka­n kesan ketara setakat ini, saya yakin ia akan membuahkan hasil dalam jangka panjang.

Kini, saya menasihatk­an temanteman dan ahli keluarga tidak kira usia supaya menjalanka­n pemeriksaa­n sedemikian bagi kebaikan diri sendiri, agar mereka dapat meningkatk­an mutu kehidupan tanpa memikirkan ‘pantang larang’ yang perlu diambil disebabkan penyakit yang boleh dihindar.

Tambahan lagi, program Pemeriksaa­n Kesihatan Demi Kehidupan atau ‘Screen For Life’ menawarkan pemeriksaa­n kesihatan bersubsidi bagi warga dan Penduduk Tetap Singapura berdasarka­n umur dan jantina.

Jadi, janganlah apabila keadaan sudah darurat baru mahu ambil tindakan.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore