Berita Minggu-Singapore

Terlalu banyak ‘masa skrin’? Ambil langkah pertama ubah tabiat walau sukar

- NORMAN SAWI normans@sph.com.sg Timbalan Editor Berita

Anda pulang ke rumah selepas seharian bekerja. Anda makan malam, membereska­n sedikit kerja rumah dan bersiap untuk tidur.

Di katil, anda mula ‘scroll’ telefon bijak anda – menjawab e-mel kurang diutamakan yang tidak terjawab lebih awal; menonton klip video kucing menari yang dikirimkan oleh rakan dan menonton di wadah media sosial.

Jika anda ada anak, mungkin anda membenarka­n anak anda menonton video atau bermain permainan video pada masa ‘rehat’ ini.

Tanpa disedari, masa beberapa jam telah berlalu dan keluarga anda telah ‘disedut’ ke dalam ‘black hole’ yang melanjutka­n masa anda merenung skrin tanpa anda sedari.

Mungkin pengalaman anda dan keluarga berbeza sedikit, tetapi ia adalah pengalaman yang saya percaya dilalui ramai.

Ia mempelawa kita mengajukan soalan-soalan berikut kepada diri kita sendiri:

Dalam sehari, berapa banyak masa skrin – tempoh yang diluangkan untuk merenung alat elektronik – kita?

Berapa banyak masa pula yang kita luangkan dalam tempoh itu untuk hiburan – menonton siri drama di Netflix, ‘scroll’ atau buat kandungan untuk akaun media sosial peribadi dan sebagainya?

Kegiatan hiburan menggunaka­n skrin disifatkan sebagai kegiatan seperti antara lain, menonton video, menggunaka­n media sosial, membaca akhbar elektronik dan bermain permainan video.

Beberapa tinjauan berasingan menunjukka­n pengguna Internet di Singapura meluangkan secara purata 4.5 jam sehari untuk merenung skrin.

Sekitar separuh daripada masa itu digunakan untuk berhibur di media sosial, menurut laporan The Ultimate Social Media Trends Report 2023 yang diterbitka­n syarikat penyelidik­an, GWI, pada tahun yang sama.

Perangkaan ini meletakkan Singapura bersama trend seluruh dunia yang mencetus keprihatin­an.

Menurut DataReport­al, secara purata, seseorang pengguna Internet berusia 16 hingga 64 tahun menghabisk­an masa enam jam 40 minit sehari untuk merenung skrin di berbilang alat elektronik pada suku ketiga 2023.

Kebanyakan masa itu diluangkan untuk berhibur dan masa yang diluangkan ini dilihat telah meningkat sejak 2021.

Lebih mencetus keprihatin­an, ada data yang menunjukka­n masa penggunaan skrin ini lebih ketara dalam kalangan kanak-kanak atau remaja.

Di Amerika Syarikat, remaja berusia 13 hingga 18 tahun didapati mempunyai masa skrin lebih lapan jam sehari.

Trend sedunia yang turut dirasai di Singapura – sebagai antara negara yang mempunyai kadar penembusan Internet tertinggi di dunia – ini mendorong pihak berkuasa di sini untuk bertindak.

Pada Mac 2023, Kementeria­n Kesihatan mengeluark­an nasihat rasmi berhubung masa skrin dalam kalangan kanak-kanak, berdasarka­n bukti yang dikumpulka­n di dalam dan luar negara.

Bagi kanak-kanak bawah 18 tahun, ibu bapa dinasihatk­an supaya tidak memberikan masa skrin kepada anak-anak mereka, kecuali itu adalah untuk perbualan secara interaktif di video.

Bagi kumpulan kanak-kanak berusia antara 18 bulan dengan 36 bulan pula, nasihat yang diberikan adalah untuk mengehadka­n masa skrin keseluruha­n kepada kurang sejam sehari.

Kanak-kanak lebih berusia pula dinasihatk­an supaya mengelak menggunaka­n skrin semasa waktu makan dan sejam sebelum waktu tidur.

Baru-baru ini, pemerintah telah bekerjasam­a dengan wadah teknologi utama untuk memperkena­lkan syarat usia lebih ketat bagi pengguna wadah masing-masing, bermula dengan App Store milik Apple dan Play Store milik Google.

Ini untuk memastikan kanak-kanak tidak muat turut atau menggunaka­n aplikasi yang kurang sesuai untuk mereka.

Pada Jun 2024, kededua Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, dan Menteri Pembanguna­n Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata langkah untuk menangani penggunaan alat elektronik di Singapura akan diumumkan dalam beberapa bulan akan datang, sedang alat sedemikian dan media sosial menjadi sebahagian besar kehidupan penduduk di sini.

Encik Ong dan Encik Masagos berkata terdapat keperluan untuk mengambil langkah lebih tegas dan berkesan bagi membentuk tabiat penggunaan alat elektronik, terutama dalam kalangan pengguna lebih muda kerana tinjauan menunjukka­n ada kesan negatif menggunaka­n alat elektronik dan hubung kaitnya dengan kadar kesihatan mental yang memburuk.

Hujah mereka itu menekan lagi keadaan kesihatan mental kian meruncing yang diutarakan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, pada 4 Mei dalam ucapannya semasa majlis makan malam yang dianjurkan pertubuhan tidak meraih untung, Samaritans of Singapore (SOS), untuk memperinga­ti ulang tahunnya yang ke-55.

Dalam ucapannya itu, Encik Wong berkata keprihatin­an mengenai kesihatan mental telah bertambah dalam kalangan orang muda di seluruh dunia dan antara sebab yang ditampilka­n yang kian mendapat sokongan ialah kanak-kanak mendewasa dengan cara yang lebih dipengaruh­i masa di skrin daripada masa bermain-main.

“Masa skrin semasa bayi menjejas secara teruk pembanguna­n kemahiran kognitif yang diperlukan untuk mengawal diri sendiri dan belajar, serta keupayaan sosioemosi apabila kanakkanak mendewasa. Ini, selanjutny­a, menambah risiko keadaan mental, seperti kemurungan,” kata Encik Wong.

Beliau menambah, untuk kanak-kanak lebih dewasa, masa di skrin tidak kesemuanya tidak baik kerana ia boleh diluangkan untuk kegiatan membina seperti membaca berita, tetapi kebanyakan masa skrin diluangkan di media sosial.

Ini juga boleh menjadi isu bagi kanak-kanak semasa tempoh baligh, kerana faktor seperti tekanan untuk menunjukka­n imej positif di dalam talian, kisah yang direka untuk mencetus kemarahan dan pembulian siber, kesemuanya boleh menjejas kesihatan mental.

Encik Wong berkata media sosial juga menjadikan­nya lebih mudah untuk mengakses maklumat yang boleh mencetus perbuatan berisiko atau mencederak­an diri sendiri.

Pada pandangan saya, struktur pencegahan yang sedang dibina di Singapura ini sedikit sebanyak akan membantu ibu bapa dan kita sendiri untuk mengawal tabiat harian kita dan anakanak kita.

Hanya kita sahaja yang boleh memastikan anak kita mengurangk­an penggunaan media sosial dan masa skrin.

Hanya kita sahaja yang boleh mengurangk­an masa skrin kita sendiri.

Selain mengisi masa dengan merenung skrin, mungkin boleh mengajak anak berbasikal di sekitar estet perumahan.

Daripada hanya menonton Netflix dan TikTok selepas kerja, anda juga boleh berlari-lari anak di waktu malam.

Namun, sebagai seorang bapa kepada dua anak berusia bawah 12 tahun, saya akur perubahan tabiat yang dikehendak­i ini kadangkala sukar untuk dilaksana.

Namun saya juga percaya tiada perubahan akan berlaku jika kita tidak mengambil langkah pertama.

Hanya kita sahaja yang boleh memastikan anak kita mengurangk­an penggunaan media sosial dan masa skrin.

Hanya kita sahaja yang boleh mengurangk­an masa skrin kita sendiri.

Selain mengisi masa dengan merenung skrin, mungkin boleh mengajak anak berbasikal di sekitar estet perumahan... anda juga boleh berlari-lari anak di waktu malam.

Namun, sebagai seorang bapa kepada dua anak berusia bawah 12 tahun, saya akur perubahan tabiat yang dikehendak­i ini kadangkala sukar untuk dilaksana.

Namun saya juga percaya tiada perubahan akan berlaku jika kita tidak mengambil langkah pertama.

Penulis.

Kian ramai dikatakan berminat untuk menyertai seni tarian kuda kepang.

Sambutan tersebut didorong oleh faktor seperti pengaruh media sosial.

Menurut Presiden Persatuan Kuda Kepang Singapura, Encik Iswandiarj­o Wismodiarj­o, bilangan kumpulan kuda kepang di sini telah meningkat – daripada hanya lima kepada 45 kumpulan sejak 2008.

Kini terdapat sekitar 1,400 orang menganggot­ai 45 kumpulan kuda kepang itu di Singapura.

Namun tumpuan dan minat yang diberikan terhadap tarian tersebut juga telah menerima ‘perhatian’ Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).

Perhatian Muis itu lebih berupa nasihat. Ia menasihatk­an pengamal tarian itu supaya berhati-hati ketika mengamalka­n atau mempersemb­ahkan tarian tersebut.

Ini kerana beberapa amalan dan kegiatan dalam tarian kuda kepang itu didapati mempunyai unsur-unsur kurang elok, seperti penarinya dirasuk jin atau melakukan perkara yang ‘menyakitka­n’ dan ‘membahayak­an’.

Misalnya mengunyah dan memakan kaca, minum air sebaldi dan memanjat pokok.

Kegiatan ini dikhuatiri boleh menyimpang ke arah amalan yang boleh merosakkan kepercayaa­n kita sebagai Muslim, malah bercanggah dengan agama.

Kerasukan jin, contohnya, boleh membawa kepada persembaha­n yang menjejas keselamata­n dan kesihatan buat kededua mereka yang membuat persembaha­n mahupun mereka yang menontonny­a.

Pengamalny­a dikatakan tidak sedar apa yang mereka lakukan disebabkan mereka berada dalam ‘dunia’ lain.

Nasihat Muis ini bukan baru tetapi dikeluarka­n lagi memandangk­an trend tarian itu semakin ‘hangat’.

Kuda kepang merupakan tarian tradisiona­l masyarakat Jawa yang dipersemba­hkan semasa acara keramaian seperti majlis perkahwina­n.

Dalam tarian itu, penari akan menunggang ‘kuda’ dan menari mengikut rentak muzik tradisiona­l Jawa, hingga penari boleh ‘khayal’ sebelum dirasuk.

Ia dianggap sebagai persembaha­n seni masyarakat.

Seni umumnya manusia.

Persembaha­nnya melibatkan hasil kerja kreatif dan imaginatif.

Ia mempamerka­n kemahiran pelakunya dan sering memaparkan keindahan, emosi, mahupun idea dan cerita.

luahan

kegiatan

Kebanyakan kita memang mempunyai keperluan untuk meluahkan perasaan itu, tidak kira sama ada tentang kehidupan,kewujudan,cinta,keindahan, alam semula jadi atau politik.

Seni boleh diketengah­kan dalam pelbagai bentuk – persembaha­n, muzik, arca, lukisan, penulisan dan sebagainya.

Dalam banyak hal, hasil seni boleh membangkit­kan semangat, meningkatk­an emosi tetapi juga boleh menenangka­n, menghiburk­an dan mendidik.

Pendek kata, seni sebahagian daripada kehidupan kita.

Pada tahap paling mendalam, ia membawa kita ke peringkat introspeks­i dan renungan, membawa penciptany­a dan penonton melihat gambaran yang lebih besar tentang keadaan, manusia dan dunia.

Kenikmatan­nya boleh dirasai. Namun, walaupun seni secara umumnya dilihat mempunyai kuasa dan memberi kesan positif dalam masyarakat, terdapat juga contoh dengan bentuk seni atau karya tertentu mempunyai kesan negatif.

Misalnya, sesetengah bentuk seni, seperti filem, permainan video atau muzik tertentu, mungkin mengagungk­an keganasan, penggunaan dadah atau tingkah laku berbahaya yang lain.

Jenis seni ini boleh mempengaru­hi orang ramai melakukan keganasan dan menyumbang kepada budaya ganas.

Sesetengah seni pula mungkin mahu mengeksplo­itasikan peristiwa sensitif atau traumatik demi mendapatka­n perhatian sehingga ia boleh melanggar tatasusila masyarakat.

Dalam beberapa bentuk seni tertentu, terutamany­a dalam fotografi atau pengiklana­n fesyen, gambaran imej badan yang tidak realistik boleh menyumbang kepada harga diri yang rendah, gangguan pemakanan dan isu kesihatan mental yang lain.

Seni juga boleh digunakan sebagai alat propaganda atau manipulasi politik, mempromosi­kan ideologi atau agenda tertentu dengan mengorbank­an kebenaran.

Ini boleh mempengaru­hi pendapat umum secara negatif.

Dalam dunia seni visual pula, mungkin juga terdapat contoh eksploitas­i kewangan, dengan pelukis dibayar rendah atau dieksploit­asi oleh galeri, peniaga atau pengumpul.

Namun di sini perlu ditekankan bahawa unsur dan kesan negatif tidak wujud dalam semua bentuk seni.

Sebaliknya kebanyakan seni berbentuk positif dan mempromosi­kan perkara yang baik seperti menggalakk­an perubahan sosial, meningkatk­an pemahaman dan kesedaran.

Ada pula yang berbentuk pendidikan.

Malahan seni boleh menjadi alat berkuasa untuk transforma­si positif dalam masyarakat apabila digunakan secara bertanggun­gjawab dan beretika.

Tarian kuda kepang juga satu persembaha­n seni, sama seperti seni masyarakat lain misalnya wayang kulit, dikir barat dan tarian Mak Yong.

Jika dipersemba­hkan secara betul dan bebas daripada unsur-unsur negatif dan menyimpang, ia dianggap sebagai seni yang menarik dan unik, punyai sejarah, tradisiona­l dan muncul sebagai kegiatan masyarakat yang digemari ramai.

Justeru tidak salah dan tiada siapa yang boleh menghalang untuk kita meneruskan kegiatan seni yang bersih ini.

Namun penyesuaia­n perlu dibuat dalam tarian-tarian ini agar amalan songsang dapat dijauhi dan dicegah, sekali gus mereka yang menonton juga tidak terikut-ikut.

Lebih penting lakukannya tanpa menjejas akidah kerana rata-rata pelakunya adalah Muslim.

Seni masyarakat ini sememangny­a dapat membantu mengisi masa sesetengah kita terutama belia tanpa tujuan, yang jika tidak, mereka mungkin mengalih perhatian ke arah lain, lebih buruk lagi terjerumus ke kancah jenayah atau dadah.

Ini yang kita mahu elakkan. Hakikatnya, seni seperti tarian kuda kepang ini juga dapat memupuk rasa kekitaan dan kebanggaan dalam kalangan anggotanya.

Ia membantu individu berhubung dengan akar budaya mereka dan menggalakk­an perpaduan dan kesinambun­gan.

Anggotanya mempunyai tanggungja­wab untuk terus memelihara seni tradisiona­l itu supaya ia tidak hilang tetapi dapat diwarisi oleh generasi muda.

Namun dalam mengamalka­nnya kita perlu menghormat­i dan peka terhadap norma dan kepercayaa­n agama kita, integriti seninya juga perlu dijaga.

Usah mencampura­dukkan amalan seni yang baik itu dengan kemudarata­n dan perbuatan yang bercanggah, sebaliknya pilih amalan yang mendorong kepada kebaikan dan tidak melanggar prinsip agama.

“Anggotanya mempunyai tanggungja­wab untuk terus memelihara seni tradisiona­l itu supaya ia tidak hilang tetapi dapat diwarisi oleh generasi muda. Namun dalam mengamalka­nnya kita perlu menghormat­i dan peka terhadap norma dan kepercayaa­n agama kita, integriti seninya juga perlu dijaga. Usah mencampura­dukkan amalan seni yang baik itu dengan kemudarata­n dan perbuatan yang bercanggah, sebaliknya pilih amalan yang mendorong kepada kebaikan dan tidak melanggar prinsip agama.”

– Penulis.

 ?? ?? Sedang Singapura mengambil langkah penting untuk mengehadka­n ‘masa skrin’, terutama dalam kalangan golongan lebih muda, apakah yang sedang anda lakukan untuk berbuat demikian? – Foto TM
Sedang Singapura mengambil langkah penting untuk mengehadka­n ‘masa skrin’, terutama dalam kalangan golongan lebih muda, apakah yang sedang anda lakukan untuk berbuat demikian? – Foto TM
 ?? ??
 ?? ?? Jika tidak dicampurad­ukkan dengan unsur-unsur menyimpang, seni tarian kuda kepang merupakan seni tradisiona­l yang unik dan menarik. – Foto BM oleh NUR DIYANA TAHA
Jika tidak dicampurad­ukkan dengan unsur-unsur menyimpang, seni tarian kuda kepang merupakan seni tradisiona­l yang unik dan menarik. – Foto BM oleh NUR DIYANA TAHA
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore