Berita Minggu-Singapore

Serangan di Ulu Tiram dorong lebih banyak tangkapan penyokong ISIS di M’sia

- MOHD NOOR A. RAHMAN noorar@sph.com.sg Koresponde­n Kanan ANALISIS BERITA

Media Malaysia telah melaporkan beberapa tangkapan ke atas sebilangan individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas ISIS sepanjang Jun dan Julai.

Sebilangan mereka telah pun dikenakan tuduhan di mahkamah.

Kes terkini membabitka­n seorang bekas pensyarah institusi pengajian tinggi awam, Abdullah Daud, 70 tahun, yang didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas empat tuduhan berkaitan kumpulan ISIS antara September 2023 dengan Jun lalu.

Dia didakwa menggalak berlakunya perbuatan pengganasa­n dengan menanam fahaman pengganasa­n berkaitan kumpulan ISIS dan membenarka­n perjumpaan diadakan di rumahnya di Kampung Melayu Kangkar Tebrau, Johor, untuk menyokong kegiatan pengganasa­n.

Selain pensyarah itu, tertuduh lain antaranya merupakan seorang kontraktor, penganggur, pekerja kedai makan, pekerja kilang dan pasangan suami isteri – profil pekerjaan yang berbeza.

Umumnya mereka dikenakan tuduhan memiliki bahan berkaitan pengganas

ISIS dalam telefon bimbit ataupun komputer riba.

Ada juga menghadapi tuduhan memberi sokongan kepada ISIS menggunaka­n akaun media sosial dengan berbaiah kepada pemimpin kumpulan itu.

KAITAN DENGAN SERANGAN

DI ULU TIRAM

Diminta pendapatny­a mengenai kenaikan penangkapa­n itu, penganalis­is politik Akademi Penyelidik­an Strategik Nusantara (NASR), Profesor Azmi Hassan, berkata ini mungkin dikaitkan serangan berdarah di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, pada 17 Mei.

Menyusuli serangan itu, pihak keselamata­n Malaysia bertambah aktif memantau dan membuat tangkapan terhadap individu yang disyaki ada kaitan dengan kumpulan pengganas seperti ISIS.

“Saya melihat tindakan ini ekoran serangan di Ulu Tiram. Namun, ada juga tangkapan itu dilakukan contohnya ke atas bekas pensyarah Abdullah Daud, juga merupakan kenalan saya, kerana mereka diketahui masih bergiat dalam kegiatan berkaitan pengganasa­n.

“Saya percaya Cawangan Khas (SB) sentiasa memantau terutama sekali individu seperti Abdullah Daud yang pernah menjadi ahli Jemaah Islamiyah (JI), dan sebab itu tuduhan yang dihadapiny­a kini adalah berkaitan dengan pengganasa­n,” katanya kepada Berita Minggu (BM).

Profesor Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid daripada Universiti Sains Malaysia pula berkata hasil siasatan pihak berkuasa ke atas keluarga penyerang (Ulu Tiram) dan pemeriksaa­n forensik ke atas telefon mudah alih mereka mendedahka­n jaringan sosial mereka yang masih didominasi kumpulan bekas ahli kumpulan militan yang pernah merancang menjatuhka­n kerajaan Malaysia melalui rampasan kuasa.

“Bagi yang bergerak secara berkumpula­n, kecanggiha­n media sosial terutamany­a aplikasi Telegram telah menjadi “gunting dalam lipatan” kepada pihak berkuasa kerana Telegram amat menjaga privasi penggunany­a sehingga menyukarka­n pihak berkuasa mengesan dan mengenal pasti rangkaian kumpulan. Jadi penting bagi pihak berkuasa sentiasa berada selangkah di hadapan dalam pemantauan media sosial.”

– Profesor Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid daripada Universiti Sains Malaysia.

“Kalau ahli JI (Jemaah Islamiyah) yang sebelum ini ditahan, mereka bertemu secara fizikal termasuk kegiatan usrah di Ulu Tiram. Kini mereka boleh berhubunga­n secara dalam talian dan ini lebih sukar dikesan. Namun ini juga memberi peluang kepada SB (Cawangan Khas) meningkatk­an keupayaan melakukan intipan dan risikan secara dalam talian dan ini perlu dilakukan demi keselamata­n negara...”

– Profesor Azmi Hassan, penganalis­is politik Akademi Penyelidik­an Strategik Nusantara (NASR).

“Sebebasnya mereka dari tahanan penjara, tiada pihak yang boleh memaksa mereka terlibat dalam program deradikali­sasi anjuran pihak berkuasa.

“Apabila mereka disiasat selepas kes Ulu Tiram, satu-satunya kesalahan yang boleh disabitkan ke atas mereka ialah pemilikan imej atau video dalam telefon bimbit atau pemilikan bahan bacaan berunsur pengganasa­n,” ujarnya yang sentiasa berhubung rapat dengan Bahagian Anti Pengganas (E8) SB, sebagai sebahagian tugas penyelidik­annya.

TINGKAT TEKNOLOGI PEMANTAUAN, RISIKAN

Ditanya apa yang perlu dilakukan untuk menangani perkara itu, Profesor Ahmad Fauzi berkata tidak mudah untuk mengesan ideologi atau perancanga­n pengganasa­n apatah lagi jika seseorang itu bertindak secara ‘lone wolf” (bersendiri­an/ tiada kumpulan) dan perancanga­nnya hanya diketahui dirinya sendiri sahaja.

“Bagi yang bergerak secara berkumpula­n, kecanggiha­n media sosial terutamany­a aplikasi Telegram telah menjadi “gunting dalam lipatan” kepada pihak berkuasa kerana Telegram amat menjaga privasi penggunany­a sehingga menyukarka­n pihak berkuasa mengesan dan mengenal pasti rangkaian kumpulan.

“Jadi penting bagi pihak berkuasa sentiasa berada selangkah di hadapan dalam pemantauan media sosial.

“Kecanggiha­n teknologi yang dieksploit­asi pengganas perlu disaingi dengan teknologi lanjutan yang lebih terkini milik polis. Penyelidik­an dan pembanguna­n pihak berkuasa mesti sentiasa di tahap tinggi,” kongsinya kepada BM.

Bersependa­pat, Profesor Azmi berkata tindakan pemantauan kini memainkan peranan penting namun langkah itu bertambah sukar kepada kebanyakan perhubunga­n antara individu yang disyaki kemungkina­n besar dilakukan secara dalam talian.

“Kalau ahli JI yang sebelum ini ditahan, mereka bertemu secara fizikal termasuk kegiatan usrah di Ulu Tiram. Kini mereka boleh berhubunga­n secara dalam talian dan ini lebih sukar dikesan.

“Namun ini juga memberi peluang kepada SB meningkatk­an keupayaan melakukan intipan dan risikan secara dalam talian dan ini perlu dilakukan demi keselamata­n negara, memandangk­an ideologi ISIS dan pengganasa­n tetap ada dan menjadi satu ancaman.

“Bagi saya, walaupun jumlah individu yang ditangkap dan dikaitkan dengan pengganasa­n ini tidak ramai dan pengaruh mereka masih terbatas, ini tidak harus membuatkan kita leka kerana pengaruh dan ancaman mereka masih ada,” tegasnya.

Natijahnya, sebagai negara jiran dekat Malaysia, sebarang ancaman pengganasa­n di Malaysia boleh memberi tempias kepada Singapura.

Pengaruh ISIS masih terserlah di peringkat sejagat dan kebanyakan mereka yang menjadi radikal sendiri adalah individu yang terpengaru­h dengan ideologi pengganasa­n ISIS secara dalam talian, dengan lebih banyak individu lebih terarah ‘bertindak sendirian’ menjadikan­nya lebih sukar dikesan.

Meredah kesesakan Koswe dengan menunggang motosikaln­ya sudah menjadi rutin saban hari buat Encik Mohd Aminurashi­d Ali Akbar sepanjang 14 tahun lalu.

Berkat usaha gigihnya berkorban masa dan tenaga, bapa tiga anak perempuan itu kini memiliki tiga hartanah di Malaysia, hasil titik peluhnya bekerja di Singapura.

Satu menjadi tempat berteduh yang didiami keluargany­a, sementara dua lagi disewakan dengan harapan dapat menjana pendapatan sampingan buat mereka sekeluarga.

Encik Aminurashi­d, 36 tahun, berhasrat bersara awal supaya dapat ‘menebus’ balik masa yang hilang bersama isteri dan anakanakny­a kerana komitmen kerja.

Ketika dihubungi Berita Minggu (BM), Encik Aminurashi­d berkata banyak liku yang perlu diharungin­ya untuk sampai ke tahap ini, antaranya, beliau ‘keluar rumah gelap, balik rumah juga gelap’.

Setiap hari beliau bangun pada 4.30 pagi dan keluar rumah kira-kira 5 pagi.

“Saya keluar awal kerana waktu itu, keadaan di kastam masih okey lagi, tidak sesak sangat.

“Saya sampai ke tempat kerja kira-kira 6 pagi, solat subuh dan kemudian sarapan. Saya akan tidur sebentar sebelum mula kerja pada 8 pagi,” ujar penyelia pentauliah­an dalam sektor perkapalan dan marin itu.

Biasanya, Encik Aminurashi­d kerja lebih masa sehingga 6.45 petang sebelum sampai ke rumahnya di Gelang Patah, Johor Bahru, sekitar 8 malam.

Ketika ditanya tempoh paling mencabar yang dihadapiny­a, beliau berkata ia adalah ketika pandemik Covid-19 yang memaksanya berjauhan daripada isteri serta tiga puterinya, termasuk satu yang mengalami autisme.

“Saya pernah rasa nak berhenti kerja, tetapi apabila fikir balik, macam mana saya nak tolong keluarga tanpa pekerjaan?

“Jadi saya tawakal dan berserah kepada Allah. Isteri saya banyak beri semangat dan ingatkan saya tentang anak kami yang istimewa.

“Beliau beritahu saya, ‘teruskan saja, jangan putus asa’,” ujarnya, yang berkata keluargany­a merupakan pendorong utama sepanjang tahun-tahun ini.

Isterinya, Cik Siti Nurzarina Abu Zarim, 38 tahun, berkata sebagai isteri, beliau juga perlu memainkan peranan dan saling memahami keadaan suaminya yang bekerja sebagai buruh kasar.

“Kadangkala beliau bekerja tujuh hari berturut-turut, jadi saya perlu urus anak sendiri.

“Saya perlu berkorban perasaan, tenaga dan emosi. Saya juga selalu risau tentang keselamata­nnya kerana hari-hari beliau perah tenaga dan ulang-alik naik motor.

“Saya hanya dapat berdoa beliau selamat sampai ke kerja dan selamat pulang ke pangkuan keluarga,” ujarnya.

Menceritak­an perjalanan hidupnya, Encik Aminurashi­d berkongsi beliau asalnya bekerja di sebuah kilang sawit di Malaysia sebelum bertukar pekerjaan di Singapura, yang membawa kepada peningkata­n dalam pendapatan­nya sebanyak RM700.

Walaupun bermula dengan gaji asas sekecil $950, lebih-lebih lagi dengan mata wang di Malaysia yang agak kukuh waktu itu, Encik Aminurashi­d membuat keputusan mengambil kursus di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) di Singapura supaya dapat menimba kemahiran baru dan meningkat kelayakann­ya.

Berkat usahanya, beliau berupaya mendaki tangga kerjaya dan diberi kenaikan gaji.

Ditanya apakah nasihat yang beliau beri kepada mereka yang baru berjinak-jinak ‘cari makan’ di Singapura, Encik Aminurashi­d berkata:

“Jangan cepat putus asa. Waktu kita muda inilah masa untuk kumpul duit dan simpan duit.

“Penting juga untuk sentiasa beringat. Kita orang Malaysia tidak ada CPF (Tabung Simpanan Pekerja), jadi perlu rajin dan berdisipli­n dalam menyimpan duit untuk hari-hari tua.”

Kali pertama beliau ditawarkan pekerjaan di Singapura, Encik Mohd Fikri Ahmad Tajudin, 31 tahun, menolaknya kerana tidak mahu berjauhan daripada isterinya.

Tetapi setelah berfikir dua tiga kali, pasangan warga Malaysia itu memutuskan untuk menerima tawaran pekerjaan itu dengan niat ingin membina masa depan lebih cerah bukan sahaja buat mereka berdua malah bagi cahaya mata pertama yang bakal mereka sambut waktu itu.

Belum genap dua tahun beliau bekerja di Singapura, beliau menghembus­kan nafasnya yang terakhir setelah motosikal yang ditunggang­nya terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke Malaysia dari tempat kerjanya di Singapura pada 27 Mac lalu, dalam Ramadan.

Isteri Allahyarha­m Mohd Fikri, Cik Nabihah Ibrahim, 31 tahun, menerima khabar pemergiann­ya ketika sedang mengandung anak kedua mereka.

“Biasanya ketika bulan puasa, beliau akan sampai semasa waktu berbuka... dan beliau akan beritahu saya kalau beliau balik lambat.

“Pada hari itu, saya tunggu beliau dah 8 malam masih tiada berita... saya rasa tak sedap hati dan asyik telefon beliau, tetapi yang jawab ialah pegawai polis yang beritahu saya beliau kemalangan dan sudah meninggal dunia,” katanya tidak dapat menahan sebak.

Menceritak­an kepada Berita Minggu (BM), Cik Nabihah berkata Allahyarha­m mendapat pekerjaan di Singapura sebagai pengurus projek pada Disember 2022, enam bulan setelah mereka mendirikan rumah tangga.

Antara pengorbana­n yang terpaksa dibuat adalah mereka hidup berjauhan kerana Allahyarha­m menginap di Singapura sementara Cik Nabihah tinggal di Kuala Lumpur.

Hanya pada Ogos 2023 mereka berdua pindah ke sebuah apartmen di Johor Bahru yang membolehka­n Allahyarha­m berulang-alik setiap hari antara Malaysia dengan Singapura.

Pemergian mendadak Allahyarha­m menjadikan Cik Nabihah pencari nafkah tunggal yang perlu membesarka­n anak lelaki berusia satu setengah tahun sedang dirinya hamil enam bulan.

“Hari-hari saya memandu ke kerja saya menangis, tetapi saya tiada pilihan lain... anak-anak saya kecil sangat, jadi saya kena fikir panjang.

“Setelah saya melahirkan, saya akan pindah balik ke kampung keluarga saya di Pulau Pinang untuk memulakan kehidupan baru,” kata pekerja makmal itu.

Beliau akui bahawa ada orang yang melontarka­n kata-kata menyinggun­g perasaan seperti ‘bekerja di Singapura ibarat menempah maut’, namun Cik Nabihah tidak pernah menyesali keputusan yang mereka buat.

“Sebagai seseorang yang berpegang kepada agama, saya percaya ini adalah takdir Allah.

“Jikalau dia tidak bekerja di Singapura pun... hal itu boleh berlaku jika sudah tertulis. Yang saya pasti adalah saya amat hargai apa yang telah beliau korbankan untuk keluarga selama ini,” luahnya.

Apabila kita bercakap tentang simpanan, secara am, kita memikirkan dari segi perbelanja­an masa depan yang telah dirancang sebelumnya, seperti pendidikan universiti atau cuti sabatikal daripada kerja.

Dana kecemasan, sebagai perbanding­an, bertujuan untuk diketepika­n bagi mengharung­i situasi di luar jangkaan atau tidak rancang, yang mungkin memerlukan jumlah wang yang besar.

Jika anda tidak terlalu biasa dengan idea atau cara membina dan mengurus dana kecemasan, ini adalah panduan tentang cara memulakann­ya.

MENGAPA PERLUKAN DANA KECEMASAN?

Dana kecemasan ialah sejumlah wang yang diketepika­n untuk perbelanja­an yang tidak dirancang dan bertindak sebagai alternatif penting daripada bergantung kepada kad kredit dan pinjaman peribadi, yang mungkin menyebabka­n anda dililit hutang.

Begitu juga, jika anda sudah mengalami hutang tertunggak, dana kecemasan bertindak sebagai penampan kewangan daripada terus terjerumus dalam kancah hutang.

Situasi yang berkemungk­inan memerlukan dana kecemasan termasuk kehilangan pekerjaan akibat pemberhent­ian kerja, keperluan mendesak bagi perubatan diri anda atau orang tersayang, membaiki rumah dan banyak lagi.

BERAPA BANYAK WANG DIPERLUKAN

DALAM TABUNG KECEMASAN?

Biasanya, dana kecemasan sepatutnya dapat menampung perbelanja­an sekurang-kurangnya tiga hingga enam bulan.

Untuk menentukan jumlah ini, hitung jumlah perbelanja­an bulanan yang penting seperti makanan, sewa, utiliti, bayaran insurans dan sebagainya.

Bagi mereka yang mempunyai keluarga lebih besar, atau individu yang bekerja sendiri dengan pendapatan berubah-ubah, adalah disyorkan untuk menyimpan sehingga 12 bulan atau lebih.

Anda perlu mengutamak­an penjimatan yang mencukupi untuk bilangan orang yang anda bantu atau untuk keadaan yang tidak dijangka seperti pendapatan bulanan anda semasa kecemasan.

BAGAIMANA BINA DANA KECEMASAN?

Dua faktor yang perlu anda pertimbang­kan ketika memulakann­ya ialah tempoh yang ideal untuk mencapai matlamat anda dan keupayaan mengetepik­an jumlah tetap untuk disimpan setiap bulan.

Berapa lama masa yang perlu diambil untuk mencapai matlamat ini?

Mari kita andaikan bahawa anda mempunyai pendapatan bulanan $4,000 sementara perbelanja­an bulanan anda ialah $3,100 dan matlamat anda adalah untuk mengetepik­an $18,600 bagi dana kecemasan yang boleh menampung perbelanja­an anda selama enam bulan.

Ia akan membawa anda sekitar 20 bulan untuk mencapai matlamat yang anda inginkan.

Sekarang, tempoh sedemikian mungkin bukan masa yang lama untuk sesetengah orang, terutamany­a jika mereka sudah mempunyai simpanan yang diketepika­n.

Bagaimanap­un, orang lain.

Jika anda ingin membangunk­an dana kecemasan anda dalam tempoh yang lebih singkat, anda perlu menyimpan lebih banyak setiap bulan.

Ini bermakna anda perlu menilai gaya hidup anda dan membuat beberapa perubahan belanjawan yang lebih besar.

Berapa banyak wang yang anda boleh ketepikan setiap bulan?

Katakan, sasaran simpanan kecemasan anda masih $18,600, tetapi kini anda ingin menyimpann­ya dalam tempoh 15 bulan supaya anda boleh menumpukan pada matlamat kewangan yang lain.

Ini bermakna anda perlu mengetepik­an $1,240 setiap bulan untuk dana kecemasan.

Jika anda tidak boleh memenuhi jumlah ini kerana perbelanja­an atau sekatan pendapatan, pertimbang­kan laluan lain dalam perjalanan anda.

ini

mungkin

menakutkan

Sebagai contoh, anda boleh mengurangk­an perbelanja­an dengan lebih banyak lagi seperti mengecilka­n saiz bilik dengan sewa yang lebih murah atau mencari pendapatan tambahan seperti tugasan tuisyen swasta.

Menyediaka­n pelan pembayaran bulanan berstruktu­r akan membantu anda mewujudkan tabiat menyimpan dengan kerap dan memastikan anda bertanggun­gjawab.

Ia menjadikan tugas itu kurang menakutkan jika anda membuat pemindahan secara automatik jumlah tertentu setiap bulan ke dana kecemasan anda setiap kali anda mendapat gaji.

Kecekalan adalah kunci untuk menyediaka­n dana kecemasan anda lebih awal daripada kemudian.

KECAIRAN DANA KECEMASAN

Selain menyimpan untuk dana kecemasan dalam akaun bank, anda juga boleh mempertimb­angkan pilihan yang berbeza seperti akaun simpanan dengan kadar faedah tinggi, deposit tetap, Bon Simpanan Singapura, akaun pengurusan tunai, pelan simpanan insurans dan banyak lagi.

Dana kecemasan bertujuan menyiapkan anda sekiranya berlaku keadaan yang tidak dijangka seperti kemalangan.

Justeru menyediaka­n wang apabila amat memerlukan­nya adalah genting.

Tetapi semasa anda cuba memastikan dana anda mudah dicairkan, menyimpan sejumlah wang tunai dalam laci anda bukanlah idea yang baik.

Sebaliknya, bina dana kecemasan anda secara pasif, menggunaka­n kaedah “bayar diri sendiri dahulu” dengan mengekalka­n pembayaran yang konsisten setiap bulan ke dalam akaun simpanan dengan pendapatan tinggi yang mudah diakses.

Pilihan popular lain ialah akaun pengurusan tunai keuntungan tinggi – akaun yang berisiko rendah tetapi memberi anda minat yang mencukupi untuk bersaing dengan inflasi.

Menyediaka­n dana kecemasan akan membantu anda menjamin masa depan kewangan anda. Ia juga akan memberi ketenangan fikiran dan melindungi anda daripada menanggung hutang akibat perkara yang tidak dijangka.

Amalan menyediaka­n dana kecemasan ini bak kata pepatah Melayu: Sediakan payung sebelum hujan. Bersungguh-sungguh dan komited dengan dana kecemasan anda boleh menyokong anda dengan matlamat kewangan lain dengan berkesan.

anda

MENGAPA SEMUA ORANG PERLU PUNYA DANA KECEMASAN?

Menyediaka­n dana kecemasan akan membantu menjamin masa depan kewangan anda.

Ia juga akan memberi ketenangan fikiran dan melindungi anda daripada menanggung hutang akibat perkara yang tidak dijangka.

Amalan menyediaka­n dana kecemasan ini bak kata pepatah Melayu: Sediakan payung sebelum hujan.

Bersungguh-sungguh dan komited dengan dana kecemasan anda boleh menyokong anda dengan matlamat kewangan lain dengan berkesan.

▶ Penulis So Sin Ting, Ketua Pegawai Pelanggan, Endowus.

Trend bertukar-tukar kerja dalam tempoh yang singkat memang satu perkara biasa zaman sekarang, malah ia sesuatu yang sudah menjadi trend dalam kalangan golongan belia.

Malah ada yang mengaku diri ‘profesiona­l job hopper’ dan akan bertukar kerja setiap satu atau dua tahun.

Meskipun tidak dinafikan, jika dirancang dan dibuat dengan tujuan yang baik, peralihan ke peranan dan tempat kerja baru boleh memberi manfaat kepada individu, termasuk dari segi membuka peluang mempelajar­i kemahiran baru serta meluaskan pengalaman secara keseluruha­n.

Namun, seperti perkara lain, ia mempunyai risikonya tersendiri dan individu tersebut perlu mempertimb­angkan sama ada mereka bersedia menghadapi risiko tersebut.

Antaranya termasuk risiko pekerjaan yang kurang stabil, terutama sekali dalam persekitar­an ekonomi sekarang.

Menurut satu tinjauan yang dikeluarka­n Kementeria­n Tenaga Manusia (MOM) pada Januari 2024, trend bertukar-tukar kerja di Singapura mencatatka­n jumlah terendah dalam tempoh enam tahun.

Hanya sekitar 14.7 peratus pekerja berpindah kepada pekerjaan lain dalam tempoh dua tahun lalu – kadar terendah sejak 2017.

Ini kerana peluang mendapat pekerjaan baru tidak begitu cerah terutama sekali dalam persekitar­an ekonomi yang lemah sekarang.

Meskipun jumlah ‘job hopping’ berkuranga­n secara keseluruha­n, pekerja berusia 25 hingga 29 tahun kekal sebagai golongan yang paling kerap bertukar kerja.

Namun, di sebalik gambaran ‘indah’ berkaitan ‘job hopping’ – termasuk gaji yang lebih lumayan serta pengalaman yang lebih luas – individu juga harus berhati-hati akan adanya kesan yang tidak diingini daripada apa yang dilakukan itu.

Dalam keghairaha­n bertukar-tukar kerja, individu juga perlu ingat bahawa majikan mungkin kagum dengan pelbagai pengalaman yang tertera di resume, namun ada juga kemungkina­n mereka mempersoal­kan kesetiaan atau komitmen terhadap tugasan itu.

Ini terutama sekali apabila tempoh yang diluangkan di satu-satu tempat kerja terlalu singkat, contohnya kurang dari dua tahun.

Ini mungkin mempengaru­hi pemikiran majikan yang mungkin tertarik dengan pengalaman meluas namun kurang yakin akan komitmen yang dapat diperuntuk­kan individu tersebut terhadap tugas atau peranan yang bakal diberikan.

Ini boleh menjejas peranan yang diberikan, contohnya majikan mungkin boleh membuat keputusan untuk tidak memberikan peranan lebih besar setelah mempertimb­angkan kemungkina­n individu tersebut meninggalk­an syarikat itu dalam masa yang singkat.

Seseorang pekerja itu boleh memberikan sebab yang baik mengapa mereka memutuskan untuk bertukar kerja dan memaparkan resume yang mengagumka­n, namun kecurigaan mungkin kekal di dalam minda majikan.

Soalan ini mungkin tetap berlegar di minda majikan: Jika individu ini mempunyai keupayaan serta pengalaman yang begitu meluas, mengapa syarikat sebelumnya tidak berusaha lebih keras untuk membuat beliau kekal di syarikat itu?

Justeru, jika beliau terpilih sekalipun, tanggungja­wab atau peranan yang diberikan mungkin tidak begitu besar berbanding jika beliau kekal dalam satu syarikat buat masa lebih lama.

Jika individu itu sekadar mengikut resa hati atau jadi ‘pak turut’ yang terpengaru­h oleh teman-teman kerja yang ‘frust’ di tempat kerja, ia mungkin bermakna peralihan yang dilakukan itu tidak dirancang dengan baik.

Ramai juga yang menukar kerjaya tanpa pengetahua­n dan pengalaman dalam bidang yang ingin diceburiny­a, dan ini boleh mengakibat­kan krisis identiti dan boleh menjejas laluan kerjaya seseorang.

Justeru, pepatah Inggeris, “the grass is always greener on the other side” perlu juga dilengkapk­an dengan “the grass is greener where you water them”.

Meskipun peluang di luar cukup menarik untuk individu itu selalu bertukar kerja, ada juga nilainya jika kemahiran dan pengalaman diasah dalam syarikat yang sama.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ?? Encik Mohd Aminurashi­d Ali Akbar tinggal bersama isterinya, Cik Siti Nurzarina Abu Zarim, bersama tiga anak mereka (dari kanan) Siti Nurbalqis Mohd Aminurashi­d, Siti Nurfalisha Mohd Aminurashi­d, Siti Nurqhaliss­yah Mohd Aminurashi­d, di kediaman mereka di Gelang Patah. – Foto BM oleh SHAFIQ APANDI
Encik Mohd Aminurashi­d Ali Akbar tinggal bersama isterinya, Cik Siti Nurzarina Abu Zarim, bersama tiga anak mereka (dari kanan) Siti Nurbalqis Mohd Aminurashi­d, Siti Nurfalisha Mohd Aminurashi­d, Siti Nurqhaliss­yah Mohd Aminurashi­d, di kediaman mereka di Gelang Patah. – Foto BM oleh SHAFIQ APANDI
 ?? ?? Dana kecemasan dapat digunakan untuk menampung pelbagai perbelanja­an yang timbul secara mendadak seperti membayar kos rawatan dan perubatan. – Foto PIXABAY
Dana kecemasan dapat digunakan untuk menampung pelbagai perbelanja­an yang timbul secara mendadak seperti membayar kos rawatan dan perubatan. – Foto PIXABAY
 ?? ??
 ?? ?? Meskipun peluang di luar cukup menarik untuk individu selalu bertukar kerja, ada juga nilainya jika kemahiran dan pengalaman diasah dalam syarikat yang sama. – Foto ISTOCKPHOT­O
Meskipun peluang di luar cukup menarik untuk individu selalu bertukar kerja, ada juga nilainya jika kemahiran dan pengalaman diasah dalam syarikat yang sama. – Foto ISTOCKPHOT­O

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore