Berita Minggu-Singapore

FBI sahkan Trump terkena peluru dalam percubaan membunuhny­a

- WASHINGTON:

Mantan Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, sememangny­a terkena peluru atau serpihan peluru penembak, kata Biro Siasatan Federal (FBI) pada 26 Julai.

Dengan pengesahan FBI itu, ia sekali gus meleraikan persoalan berhubung kecederaan calon Republikan sewaktu perhimpuna­n kempennya pada awal Julai.

Encik Trump, mengalami pendarahan pada bahagian muka dan telinga susulan serangan pada 13 Julai, ketika beliau berucap di Butler, Pennsylvan­ia.

FBI menganggap serangan itu – melibatkan seorang lelaki bersenjata melepaskan lapan tembakan dari luar perimeter keselamata­n acara itu – sebagai percubaan membunuh.

Namun Pengarah FBI, Encik Christophe­r Wray, memberitah­u penggubal undang-undang Amerika pada 24 Julai bahawa terdapat keraguan tentang “sama ada peluru atau serpihan peluru yang terkena telinganya”.

Berikutan kenyataan baru daripada FBI – yang telah lama didakwa Trump sebagai sebahagian daripada agenda negara untuk berkomplot terhadapny­a – calon pilihan raya presiden Republikan itu dalam satu hantaran di platform Truth Social berkata:

“Saya menganggap itu permohonan maaf terbaik yang akan kami dapat daripada Pengarah Wray, tetapi ia diterima sepenuhnya!”

Pada 26 Julai, Encik Trump memuat naik surat daripada mantan doktor dari Rumah Putih yang mengatakan bahawa luka itu hampir pasti disebabkan oleh peluru.

“Tiada bukti lain yang menunjukka­n bahawa ia adalah benda lain selain peluru,” tulis ahli kongres Republikan, Encik Ronny Jackson, di Truth Social.

Dua peserta perhimpuna­n cedera parah dalam serangan itu, dan seorang anggota bomba Pennsylvan­ia berusia 50 tahun ditembak mati.

Lelaki bersenjata itu dibunuh oleh penembak tepat Perkhidmat­an Rahsia Amerika.

Pada 25 Julai, Encik Trump turut menafikan komen Encik Wray dan menuduhnya berpihak kepada politik.

Siasatan New York Times yang diterbitka­n pada 26 Julai berkata, “analisis terperinci trajektori peluru, rakaman, foto dan audio... sangat menunjukka­n bahawa Encik Trump telah diserang oleh peluru pertama daripada lapan peluru yang dilepaskan oleh lelaki bersenjata itu”. – AFP.

 ?? ?? Calon Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump (tengah), mengalami pendarahan pada bahagian muka dan telinga susulan serangan pada 13 Julai ketika beliau berucap di Butler, Pennsylvan­ia. – Foto REUTERS
Calon Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump (tengah), mengalami pendarahan pada bahagian muka dan telinga susulan serangan pada 13 Julai ketika beliau berucap di Butler, Pennsylvan­ia. – Foto REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore