Berita Minggu-Singapore

MOM: Sekitar 30% tempat kerja langgar peraturan keselamata­n haba

-

Sekitar 30 peratus daripada 250 tempat kerja yang diperiksa antara Mac dengan Jun didapati melanggar peraturan keselamata­n haba.

Ini tatkala tempoh cuaca paling panas pada 2024, apabila suhu pada hari-hari tertentu mencecah lebih 36 darjah Celsius.

Di 78 tempat kerja, kakitangan yang melakukan tugas berat tidak diberikan masa rehat di tempat teduh yang mencukupi, atau tidak disertakan dalam program penyesuaia­n cuaca panas.

Semua itu adalah antara beberapa contoh pelanggara­n peraturan, kata Kementeria­n Tenaga Manusia (MOM).

Kementeria­n itu telah melaksanak­an pemeriksaa­n di tempat tugas termasuk tapak binaan, limbungan kapal, loji pemprosesa­n dan kerja-kerja landskap.

Menurut MOM, ia telah mengambil tindakan penguatkua­saan seperti mengenakan denda dan mengeluark­an notis kepada syarikat yang gagal mematuhiny­a.

Syarikat tersebut kini telah melaksanak­an langkah keselamata­n haba mengikut ketetapan yang diperlukan.

Pemeriksaa­n yang dilakukan antara Mac dengan Jun itu adalah yang pertama sejak langkah dipertingk­at untuk mengurangk­an tekanan haba ke atas pekerja yang bertugas di luar bangunan.

Ia sejajar dengan pengumuman pada Oktober 2023. Di bawah langkah baru itu, pekerja yang bertugas di luar bangunan wajar diberikan masa rehat setiap jam semasa tempoh tekanan haba berada di tahap sederhana atau tinggi.

Ukuran itu berdasarka­n Suhu Glob Bebuli Basah atau Wet Bulb Globe Temperatur­e (WBGT) yang mengambil kira kelembapan, kelajuan angin dan sinaran suria serta mengukur bagaimana kesan haba itu menjejas manusia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore