Berita Minggu-Singapore

Dua didenda $700 seorang, buang sampah dari tempat tinggi

Klausa kuat kuasa 1 Julai; penghuni, pemilik bertanggun­gjawab jika sampah dibuang dari rumah dan tiada bukti sebaliknya

-

Dua pemilik flat Lembaga Perumahan dan Pembanguna­n (HDB) telah didenda oleh Mahkamah Negara kerana membuang sampah dari unit masingmasi­ng yang terletak di tingkat tinggi.

Ini selepas mereka tidak dapat membuktika­n dalam tempoh tertentu bahawa mereka tidak bertanggun­gjawab di atas kesalahan itu.

Seorang lelaki berusia 63 tahun dan seorang wanita berusia 42 tahun adalah pesalah kali pertama di bawah klausa anggapan atau presumptio­n clause, kata Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pada 27 Julai.

Lelaki tersebut didenda $700 pada 11 Jun kerana berkemungk­inan membuang objek keluar dari tingkap tandas dari unitnya di Bedok North Street 2.

Wanita itu turut didenda jumlah yang sama pada 25 Jun kerana didakwa membuang barangan seperti sisa makanan dan cecair tidak diketahui, keluar dari tingkap dapurnya dari unit miliknya di Ang Mo Kio Street 52.

Klausa anggapan berkuat kuasa pada 1 Julai 2023, dan bertujuan menghalang pemilik berdaftar dan penyewa flat HDB daripada membuang objek dari unit mereka.

Menurut NEA, klausa tersebut yang pertama kali diumumkan di Parlimen pada 9 Januari 2023, hanya digunakan apabila terbukti dalam mana-mana prosiding bahawa pembuangan sampah dari flat kediaman telah dilakukan.

Anggapan itu hanya boleh ditarik balik jika pemilik atau penyewa boleh membuktika­n bahawa mereka tidak berada di flat itu pada masa kesalahan, atau membuktika­n bahawa perbuatan itu dilakukan oleh orang lain yang tinggal di flat tersebut.

Kamera pengawasan NEA merakamkan kedua-dua perbuatan itu selepas ia dipasang menyusuli beberapa laporan mengenai pembuangan sampah dari tempat tinggi.

Agensi itu menyatakan bahawa kedua-duanya merupakan pesalah kali pertama yang disabit kesalahan sedemikian.

Dari 2021 hingga 2023, NEA telah menyiasat sekitar 29,000 laporan maklum balas bagi kesalahan membuang sampah dari tempat tinggi.

Dalam tempoh yang sama, agensi itu menggunaka­n purata 2,500 kamera setiap tahun dan menjalanka­n purata kira-kira 1,100 tindakan penguatkua­saan setiap tahun terhadap mereka yang ditangkap atas kesalahan itu.

Terdapat sekitar 1,500 tindakan penguatkua­saan sedemikian diambil pa- da 2021, sekitar 1,100 pada 2022 dan kira-kira 700 pada 2023.

Mereka yang didapati bersalah boleh didenda sehingga $2,000 jika sabit kesalahan buat kali pertama; $4,000 bagi kali kedua; dan $10,000 untuk kali ketiga dan seterusnya.

Mereka juga boleh dikenakan Perintah Kerja Pemulihan (CWO), iaitu membersihk­an kawasan awam sehingga 12 jam.

 ?? ?? Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) berkata kedua-dua adalah pesalah kali pertama yang disabit kesalahan dianggap membuang sampah dari tempat tinggi kerana gagal kemuka bukti. – Foto NEA
Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) berkata kedua-dua adalah pesalah kali pertama yang disabit kesalahan dianggap membuang sampah dari tempat tinggi kerana gagal kemuka bukti. – Foto NEA

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore