Berita Minggu-Singapore

Zaqy: Raikan Ilmu@Heartlands tarik lebih ramai peserta

- ▶ DAHLIA ZULKIFLI dahlia@sph.com.sg

Yayasan Mendaki mahu memberi peluang kepada masyarakat untuk memperoleh kemahiran baru dan menjiwai pembelajar­an sepanjang hayat melalui pelbagai wadah, tanpa mengira usia mereka.

Menekankan demikian, Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, berkata, sebagai contoh, usaha ini boleh dilihat melalui acara Raikan Ilmu @ Heartlands di bawah kemen ‘Raikan Ilmu’.

Acara itu, yang juga bernama ‘Raikan Ilmu di Kejiranan’, mendekatka­n lagi peluang menimba ilmu kepada masyarakat di kejiranan mereka.

Malah, kadar penyertaan dalam kegiatan ‘Raikan Ilmu’ telah meningkat 50 peratus pada 2024 daripada 2023, ujar Encik Zaqy.

“Kita sudah hampir di penghujung kempen ‘Raikan Ilmu’ dan pastinya kita telah melihat sambutan yang menggalakk­an daripada masyarakat.

“Yang berbeza tentang kami tahun ini (2024), berbanding tahun lepas (2023), ialah kami telah keluar melalui acara Raikan Ilmu @Heartlands dan meluangkan masa untuk berinterak­si dengan masyarakat.”

Raikan Ilmu @Heartlands telah mengadakan kegiatan bergerak di tiga lokasi sejak akhir Jun – Our Tampines Hub pada 29-30 Jun, Jurong Point (20-21 Julai) dan Kampung Admiralty (27-28 Julai).

Sejak 2022, Mendaki menyasarka­n meluaskan jangkauann­ya untuk merangkumi pelajar dewasa dan lebih tua, dengan bercita-cita menjadi sebuah institusi terkenal dengan pembelajar­an sepanjang hayat.

Encik Zaqy, yang juga Timbalan Pengerusi Mendaki, berkata demikian semasa bercakap kepada wartawan di acara #MakingConn­ections pada 27 Julai.

Acara itu, yang dihadiri sekitar 400 karyawan Melayu/Islam daripada pelbagai sektor, adalah antara acara utama ‘Raikan Ilmu’. Ia antara lain bertujuan menyediaka­n wadah bagi karyawan membina rangkaian kenalan baru dan bertukar-tukar pandangan.

Acara utama semasa #MakingConn­ections 2024 ialah dialog yang disertai Encik Zaqy dan Ketua Pegawai Teknologi Grab, Encik Suthen Thomas Paradathet­h, berjudul ‘Embracing the Future Workforce’ (Menerima Tenaga Kerja Masa Depan).

Mendaki juga mengumumka­n ketua dan penolong ketua bagi sembilan Rangkaian Karyawan Mendaki di acara tersebut.

Rangkaian karyawan Mendaki kini disokong sekitar 1,000 karyawan Melayu/Islam.

“Selain menjalin rangkaian, Mendaki berharap peserta dapat berbakti kepada masyarakat,” kata Encik Zaqy.

 ?? ?? Encik Zaqy Mohamad (tengah) dan Encik Suthen Thomas Paradathet­h (kanan) membincang­kan soal tenaga kerja masa depan bersama peserta dialog #MakingConn­ections, yang dikendalik­an moderator, Encik Matin Mohdari, Ketua Dasar Awam, Hal Ehwal Pemerintah dan Korporat, Kumpulan Expedia. – Foto BM oleh KHALID BABA
Encik Zaqy Mohamad (tengah) dan Encik Suthen Thomas Paradathet­h (kanan) membincang­kan soal tenaga kerja masa depan bersama peserta dialog #MakingConn­ections, yang dikendalik­an moderator, Encik Matin Mohdari, Ketua Dasar Awam, Hal Ehwal Pemerintah dan Korporat, Kumpulan Expedia. – Foto BM oleh KHALID BABA

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore