Berita Minggu-Singapore

Masalah kecederaan boleh hambat peluang skuad Belanda

- HAMBURG (Jerman)

: Pasukan Belanda tiba di kejohanan Euro 2024 dengan beberapa masalah.

Jurulatih pasukan itu, Ronald Koeman, mempunyai tiga kebimbanga­n yang perlu diberi tumpuan.

Kesemua kebimbanga­n itu ada kaitan dengan kecederaan melibatkan penjaga gawang Justin Bijlow (Feyenoord); Frenkie de Jong (Barcelona) di bahagian midfield; dan Memphis Depay dalam jentera serangan.

Terkini, De Jong, 27 tahun, disahkan tidak akan disertakan bersama skuad Belanda akibat kecederaan.

Dalam catatan media sosialnya, De Jong sendiri berkata:

“Saya sedih dan kecewa kerana tidak akan ke Euro. Kami telah bekerja keras sejak beberapa minggu lalu, namun buku lali saya perlukan masa (untuk pulih).”

De Jong tidak bermain sejak buku lalinya itu cedera ketika kelabnya, Barcelona tewas 3-2 kepada Real Madrid pada 21 April.

Pasukan Belanda akan bertemu Poland pada 16 Jun di Stadium Volksparks­tadion di Hamburg.

Pada masa ini Koeman belum membuat keputusan siapa yang akan bermula sebagai penjaga gawang utama.

Sebagai ganti, beliau boleh memasukkan Mark Flekken (Brentford) atau Bart Verbruggen (Brighton), yang kurang berpengala­man bagi pertanding­an antarabang­sa.

Koeman sedar bahawa pasukannya mesti bermain dengan lebih baik di Jerman untuk mara lebih jauh selepas peringkat kumpulan.

“Kami sedar bahawa kami perlu perbaiki beberapa bahagian untuk bersaing dengan negara lain.

“Bola sepak boleh dan mesti diperbaiki,” kata Koeman selepas pasukannya berjaya melayakkan diri ke Euro 2024.

Ronald Koeman, 61 tahun, merupakan jurulatih berpengala­man.

Ini kali kedua beliau membawa pasukan negara itu ke sebuah pertanding­an besar.

Pertama kali beliau bersama skuad Belanda adalah ketika pasukan negara itu layak ke Euro 2020, namun kebetulan pada masa itu Barcelona menawarkan­nya kontrak dengan kelab Sepanyol itu membayar persatuan bola sepak Belanda sebanyak 4 juta euro ($5.8 juta) sebagai pampasan.

Dan Koeman kemudian meninggalk­an Belanda sebelum Euro 2020 bermula.

Namun beliau kembali selaku jurulatih Belanda semula pada Januari 2023.

Pasukan Belanda memang terkenal kerana cara serangan mereka.

Reputasi gaya permainan mereka amat terkenal pada 1974 apabila mereka dikatakan menetapkan pendekatan baru.

Kini, pasukan itu lebih terkenal dengan para pemain pertahanan­nya.

Kapten Belanda, Virgil van Dijk, juga merupakan pemain Liverpool yang sejauh ini mampu memimpin pasukan itu di dalam dan luar padang.

Pemain berusia 32 tahun itu dikatakan mempunyai hubungan yang amat baik dengan Koeman seperti juga hubungan rapatnya dengan bekas jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp.

Malah Koeman sendiri yang telah membawa Van Dijk ke England semasa beliau menguruska­n kelab Southampto­n dan memberitah­unya bahawa beliau mampu menjadi salah seorang pemain terbaik di dunia.

Dalam musim kali ini, pemain yang amat menarik perhatian sebenarnya adalah Tijjani Reijnders.

Pemain midfield berusia 25 tahun itu mula membuat penampilan di peringkat antarabang­sa dengan bermain dalam pasukan AC Milan.

Perpindaha­nnya dari kelab AZ Alkmaar ke Milan dikatakan berharga 19 juta euro pada musim panas lalu.

Kerajinan Reijnders begitu luar biasa kerana namanya mula meningkat naik sejak beliau bermain bersama PEC Zwolle dan kemudian dipinjamka­n ke RKC Waalwijk, sebelum beliau ke AC Milan.

Beliau menandatan­gani kontrak selama lima tahun dengan Milan dan sejak itu menjaringk­an beberapa gol jarak jauh yang menakjubka­n buat kelab dan negaranya.

Koeman sendiri mempunyai harapan tinggi kepada Reijnders dan dijangka meletakkan pemain itu dalam kesebelasa­n utama di samping De Jong.

Sementara itu, Poland, yang dibimbing bekas jurulatih pasukan bawah 19 dan 21 tahun negara itu, Michal Probierz, akan mempunyai beberapa pemain yang kini bermain dalam kelab-kelab di England.

Antaranya Matty Cash (Aston Villa); Jakub Kiwior (Arsenal); Jan Bednarek (Southampto­n); dan Jakub Moder (Brighton).

Pasukan itu dijangka menaruh harapan mereka kepada Robert Lewandowsk­i yang kini merupakan penyerang utama di Barcelona.

Beliau dijangka bermain di samping Karol Swiderski yang kini bermain dengan kelab Serie A, Verona.

Kededua Poland dan Belanda berada dalam Kumpulan D bersama Austria dan Perancis.

Ramalan: Belanda dan Perancis dijangka mara ke peringkat selanjutny­a. – Agensi berita.

 ?? ?? Robert Lewandowsk­i menjadi tonggak jentera serangan Poland dalam Euro 2024.
Antara bintang Belanda yang bakal ke Euro 2024 dan dijangka mendapat perhatian para peminat sukan ialah pemain Liverpool, Virgil van Dijk.
Robert Lewandowsk­i menjadi tonggak jentera serangan Poland dalam Euro 2024. Antara bintang Belanda yang bakal ke Euro 2024 dan dijangka mendapat perhatian para peminat sukan ialah pemain Liverpool, Virgil van Dijk.
 ?? ?? Pasukan Belanda diramal dapat melangkah ke peringkat selanjutny­a dalam Euro 2024. – Foto-foto REUTERS
Pasukan Belanda diramal dapat melangkah ke peringkat selanjutny­a dalam Euro 2024. – Foto-foto REUTERS
 ?? ?? Poland masih mampu memberi tentangan kepada pasukan Belanda, namun perlu mengawasi beberapa pemain lawan yang berpengala­man dan dikenali di Eropah.
Poland masih mampu memberi tentangan kepada pasukan Belanda, namun perlu mengawasi beberapa pemain lawan yang berpengala­man dan dikenali di Eropah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore