Berita Minggu-Singapore

Jepun bakal bina pagar kawal pelancong di tempat lihat Gunung Fuji

-

TOKYO: Satu pagar besi tinggi bakal dibina bagi mengawasi pelancong yang sukar dikawal setelah perilaku mereka menimbulka­n masalah dan rasa kurang senang dalam kalangan warga tempatan di tapak bergambar popular Gunung Fuji, kata seorang pegawai Jepun pada 6 Jun.

Ini menyusuli pembinaan skrin hitam pada Mei di bandar berdekatan bagi menghalang pemandanga­n terkenal Instagram yang menunjukka­n gunung berapi diliputi salji itu dari kawasan belakang kedai serbaneka.

Penduduk kini mengadu tentang ramainya pengunjung asing di jalan raya di Fujisan Yumeno Ohashi (Jambatan Impian Gunung Fuji), untuk memetik gambar gunung tertinggi yang cantik di Jepun itu.

Jambatan tersebut merupakan jejatas biasa di atas sungai, dengan laluan sempit yang dipisahkan dari jalan raya oleh dinding konkrit setinggi paras pinggang.

Namun orang ramai bersimpang-siur melintasi jalan raya kerana ingin mencari ruang bergambar antara kedua-dua laluan trafik, kata pegawai pelanconga­n Fuji City, Encik Haruhito Yoshizaki.

Di sana, mereka bergaya untuk dipetik gambar, berputar-putar ke sana ke mari bagi rakaman video atau bersantai, malah ada yang membawa bagasi mereka.

Bagi mencegah perilaku yang menimbulka­n risiko itu, pihak berkuasa telah memasang perancah besi rendah dan petanda bagi memberitah­u orang ramai supaya menjauhi landasan itu.

Seterusnya, pihak berkuasa berkata mereka merancang mendirikan pagar jaring besi setinggi 1.8 meter di sekitar kawasan tersebut menjelang akhir Jun.

Warga setempat “mengalu-alu pengunjung asalkan peraturan asas dipatuhi”, kata Encik Yoshizaki sambil berkata langkah tersebut bertujuan meredakan “rasa kecewa penduduk tempatan”.

Beliau menambah bahawa mereka mungkin boleh membina laluan bagi pelancong berjalan sambil membuat lawatan bagi menggalakk­an kunjungan yang lebih bersifat bertimbang rasa. – AFP

 ?? ?? Pelancong asing bergambar di tangga menuju ke Fujisan Yumeno Ohashi, berlatarbe­lakangkan Gunung Fuji. – Foto EPA-EFE
Pelancong asing bergambar di tangga menuju ke Fujisan Yumeno Ohashi, berlatarbe­lakangkan Gunung Fuji. – Foto EPA-EFE

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore