Berita Minggu-Singapore

Selepas sedekad, Syarif tebar sayap niaga ‘churros’ dan pastri ke M’sia

-

Dengan bidang perniagaan makanan dan minuman (F&B) yang diusahakan­nya mencecah usia sedekad, usahawan selebriti, Ahmad Syarifulla­h (Syarif), kini menebarkan sayap niaga churros serta aneka manisan pastri dan roti ke Malaysia pula.

Menurutnya, beliau kini perlu berkorban masa berjauhan daripada keluarga kerana berulang-alik ke seberang bagi bertemu beberapa rakan niaga untuk memastikan rancangan membangun jenama Chulop! By The Syarifs dan Boms & Buns, berjalan lancar.

Di Singapura, Chulop! By The Syarifs serta Boms & Buns mempunyai kedai fizikal di 430 Upper Changi Road, East Village. Satu lagi cawangan Boms & Buns baru dibuka di 193 Joo Chiat Road.

Kata Syarif yang mula dikenali sebagai sebahagian kumpulan duo Sleeq:

“Berniaga bukan senang. Kadangkala, stres yang dirasakan boleh dibawa pulang ke rumah.

“Demi masa depan perniagaan yang saya usahakan dengan nyala rasa dan jerih payah, saya perlu berkorban masa berulang-alik ke Malaysia dan berjauhan daripada isteri dan anak-anak.

“Bagaimanap­un, saya akan pastikan saya dapat menjadi suami, bapa dan anak yang baik.”

Menurutnya, sewaktu zaman bujang dahulu, beliau hanya perlu berfikir tentang perkembang­an kerjaya seninya.

Bagaimanap­un, amanah sebagai ketua keluarga membuatnya mahu bekerja keras demi masa depan dua anaknya, Selma Malika, lapan tahun, dan Umar Nael, enam tahun.

“Tiada yang mudah dalam perjalanan niaga tetapi tiada juga yang mustahil. Saya juga tidak sangka perniagaan saya boleh bertahan selama ini.

“Sebabnya, kami hanya menjual churros dan manisan pastri serta roti dan bukan sajian utama untuk santapan harian.

“Bagaimanap­un, saya yakin dengan kepercayaa­n dan usaha, tiada yang mustahil. Asal kita ada arah tuju, misi dan visi, semuanya mampu dilaksanak­an. Memang tak senang dan saya sudah lalui banyak pengalaman jatuh bangun dalam perniagaan.

“Satu perkara yang saya pegang ialah kepercayaa­n pada visi dan niat kita memulakan perniagaan itu. Seandainya Allah beri kita kekayaan, bagaimana kita nak manfaatkan hadiah yang Allah beri ini sebaiknya,” ujar Syarif.

Beliau juga tumpang bangga melihat ramai anak Melayu menceburi bidang perniagaan F&B yang mencabar kerana kos sewa dan bahanbahan yang semakin meningkat serta kesukaran mendapatka­n tenaga kerja di Singapura, yang ingin bekerja dalam sektor F&B.

“Sekarang pun, ramai pelanggan yang agak berhati-hati apabila berbelanja. Jadi, kita harus ada banyak cara gantian atau strategi memperting­katkan bisnes seandainya harga sewa kedai meningkat terus,” tambahnya yang mempunyai 20 pekerja.

Ditanya apakah perniagaan­nya itu akan diserahkan kepada anakanakny­a, Syarif tertawa sambil berkata:

“Insya-Allah tetapi saya tak nak letak harapan tinggi. Kalau tak, saya akan kecewa.

“Namun, nampaknya Selma menunjukka­n minat dalam perniagaan. Pada waktu cuti sekolah, dia akan habiskan masa di dapur, ambil tempahan pelanggan atau jadi juruwang.”

Syarif juga berpesan kepada anak muda di luar sana agar membuat penilaian risiko perniagaan dengan teliti sebelum menceburi dunia perniagaan.

“Kita harus hitung berapa kerugian yang dialami kalau ada kegagalan agar kita tidak hidup berhutang.

“Orang kita ada darah meniaga dan suka meniaga tetapi dalam keadaan terlalu teruja memulakan perniagaan, kita kadangkala terlupa apa kesudahann­ya kalau bisnes ini tidak menjadi.

“Bagi saya, teruskan sahaja. Kadangkala kita penat nak berurusan dengan manusia atau tenaga kerja kerana kerenahnya. Mengurus perniagaan tak susah tetapi berurusan dengan orang yang kadangkala bikin pening kepala.

“Alhamdulil­lah, saya mempunyai rangkaian sokongan keluarga yang banyak menyokong dengan kata-kata perangsang, khususnya ibu, isteri dan sahabat-sahabat saya.

“Jangan mudah berhenti. Kalau penat, berehat. Pergi cuti... tiga hari pun jadilah. Lapangkan fikiran dan jangan buat keputusan mendadak yang anda sesali,” pesan Syarif.

 ?? ?? Isteri Syarif, Malaque Mahdaly, menyusun sajian pastri di kedai Boms & Buns. – Foto INSTAGRAM BOMS & BUNS
Isteri Syarif, Malaque Mahdaly, menyusun sajian pastri di kedai Boms & Buns. – Foto INSTAGRAM BOMS & BUNS

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore