Berita Minggu-Singapore

Jangan pilih kasih di tempat kerja, pilih kerja keras

- SHIQIN RAMADAN shiqinr@sph.com.sg

Mungkin kita pernah mendengar seseorang bertanya jika ‘ada lobang di tempat kerja’ atau mungkin kita yang pernah mengajukan soalan itu.

Frasa ‘ada lobang di tempat kerja’ merupakan istilah yang bermaksud ‘ada jawatan kosong’ di tempat kerja dan ia diajukan dengan harapan bahawa seseorang kenalan itu akan dapat memberinya peluang untuk memohon pekerjaan secara langsung.

Saya akur bahawa dengan adanya kenalan yang dapat membantu dari segi perkongsia­n maklumat mengenai jawatan kosong, menghantar keterangan diri atau resume kepada pengurus pengambila­n pekerja, serta memberi rujukan, ia berkesan dalam langkah pertama untuk mendapatka­n pekerjaan.

Namun, apabila permohonan­nya sudah diterima dan seseorang itu harus membuktika­n diri sebagai pekerja penuh janji yang telah menerima pujian, pekerja tersebut harus menunjukka­n diri dan bakatnya melalui kerja keras.

Dengan tidak sengaja, bantuan tambahan yang diterima daripada kenalan itu boleh dilihat seperti aksi pilih kasih kerana ia mencuri peluang daripada pemohon kerja yang tidak dapat menggunaka­n hubungan dan rangkaian untuk memajukan diri.

Apabila terjadi gejala pilih kasih di tempat kerja, ia akan mencetuska­n beberapa masalah yang akan menjejas pasukan dan syarikat itu dalam jangka panjang.

Syarikat media global, Forbes, dalam satu artikel menjelaska­n kesan-kesan daripada tindakan pilih kasih – bagaimana ia boleh mengganggu keharmonia­n pasukan, melemahkan semangat pekerja dan mengurangk­an produktivi­ti secara keseluruha­n.

Ia menyentuh setiap sudut organisasi – daripada pekerja yang bekerja keras tetapi terlepas pandang; kepada pekerja ‘pilihan’ itu mungkin akan rasa tertekan.

Apabila kepercayaa­n semakin terhakis, jalinan kerja berpasukan mula rosak.

Ketua yang membenarka­n pilih kasih, membuat keputusan bukan berdasarka­n merit dan prestasi, mungkin secara tidak sengaja akan menanam unsur perpecahan dan keraguan dalam organisasi.

Dari masa ke masa, budaya sebegini bukan sahaja menolak bakat, malah menghakis nilai asas dan visi yang diperjuang­kan oleh sesebuah organisasi.

Adakah soal pilih kasih di tempat kerja suatu fenomena yang tidak dapat dielak?

Jika kita melihat pemegang biasiswa yang telah diperuntuk­kan tempat di dalam syarikat, ia merupakan satu lagi contoh yang boleh dianggap sebagai pendekatan pilih kasih.

Ini kerana pemegang biasiswa itu dijanjikan jawatan setelah beliau tamat pengajian, dan ia akan mengorbank­an tempat yang mungkin dapat diberikan kepada pekerja lain yang lebih layak.

Adakala pemegang biasiswa ini akan menjalanka­n tugas yang singkat atau kerja amali di dalam satu syarikat selama tiga hingga enam bulan sebelum menyambung­kan pengajian dan kemudian kembali semula ke syarikat memegang jawatan tinggi, dan tidak bermula dari bawah.

Bagi saya, walaupun ia dapat dilihat sebagai cara syarikat melabur dalam potensi pekerja, peruntukka­n jawatan kerja kepada pemegang biasiswa merampas peluang daripada pekerja lain dalam syarikat yang lebih berbakat, berpengala­man dan lebih layak memegang jawatan berkaitan.

Meskipun penting bagi seseorang pekerja membina rangkaian, saya berpendapa­t bahawa jika pekerja itu hanya bergantung kepada rangkaian mereka tanpa bekerja keras, beliau tidak akan dapat melangkah jauh di tempat kerja.

Sebuah syarikat juga harus memainkan peranan menjamin ketelusan dalam amalan pengambila­n pekerja dan jabatan sumber manusia sebuah syarikat juga harus melindungi hak pekerja sekiranya timbul pertikaian mengenai layanan tidak adil.

Dengan melakukan sedemikian, saya percaya kita dapat mengukuhka­n budaya kerja yang selamat dan adil.

 ?? ?? Syarikat media global Forbes menjelaska­n kesan-kesan daripada tindakan pilih kasih boleh mengganggu keharmonia­n pasukan, melemahkan semangat pekerja dan mengurangk­an produktivi­ti secara keseluruha­n. – Foto ISTOCKPHOT­O
Syarikat media global Forbes menjelaska­n kesan-kesan daripada tindakan pilih kasih boleh mengganggu keharmonia­n pasukan, melemahkan semangat pekerja dan mengurangk­an produktivi­ti secara keseluruha­n. – Foto ISTOCKPHOT­O
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore