Berita Minggu-Singapore

Apabila ‘Teko’ berbicara...

- MOHD SAMAD AFANDIE samad@sph.com.sg Artis Eksekutif

Teko, sebuah pameran kumpulan karya seramik terbaru menampilka­n gabungan lapan artis terkemuka Singapura, Han Sai Por, Dr Suriani Suratman, Oh Chai Hoo, Chua Chon Hee, Ahmad Abu Bakar, Chor Mui Ling, Chua Choon Lims dan Loy Yan Ling.

Pameran Teko melambangk­an perpaduan sikap dan kepelbagai­an semangat serta keharmonia­n masyarakat Singapura.

Teko, dalam erti kata bahasa Melayu, bermakna memberi nama kepada sesuatu objek.

Manakala dalam bahasa Cina pula, hu shuo ba dao, ada maknanya tersendiri.

Misalnya, ‘hu’ diterjemah­kan sebagai kapal dan aksara selebihnya tersirat simpulan bahasa Cina, yang bermaksud “bercakap karut”. Ini kemudian ditafsirka­n semula sebagai “cakap teko”.

“Saya tertarik dengan potensi objek biasa seperti teko, dijadikan tema untuk meluahkan sesuatu secara lebih luas. Ini sekali gus mencipta nada baru supaya kreativiti seramik terus berkembang,” ujar Oh, artis tempatan yang telah bekerja secara meluas dengan pelbagai medium.

“Tema ‘Teko’ boleh berbentuk jenaka, mendalam atau penerokaan inovasi dalam teknik seramik yang bertujuan bukan sahaja untuk mempamerka­n kemahiran karyawan malah sebagai wadah untuk meluahkan pandangan dan emosi peribadi,” tambah lulusan Akademi Seni Halus Nanyang (Nafa) Singapura pada 1982 itu.

Karya Oh juga banyak disimpan oleh citrawan (orang yang mengumpul lukisan), Muzium Negara Singapura dan di Istana

Menurut tokoh arca seramik dan ahli antropolog­i sosial, yang juga Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Melayu Universiti Nasional Singapura (NUS), Dr Suriani, hasratnya adalah untuk menjadikan teko, satu perkakas yang berfungsi, kepada sesuatu yang menceritak­an pandangan karyawan.

“Saya suka bagaimana artis daripada latar belakang dan etnik berbeza bergabung. Ia terbukti pada tajuk pameran kami, Teko,” kata Dr Suriani.

“Saya tahu bahasa Melayu mempunyai kata pinjaman daripada Sanskrit, Parsi, Hindi, Tamil, Belanda, Portugis dan Arab. Perkataan teko daripada dialek Hokkien juga merupakan penemuan menarik bagi saya.

“Bagi saya, gabungan perkataan Melayu dan simpulan bahasa Cina mengesahka­n penyatuan perbezaan kaum,” jelasnya lagi.

Adaptasi itu melambangk­an semangat kerjasama dalam kalangan artis, meraikan suara pelbagai budaya dan ekspresi artistik hanya dengan menggunaka­n satu bentuk biasa sebagai batu loncatan kreativiti.

“Kita sebagai artis atau karyawan harus sentiasa mencabar diri dan berani merentas daya kebolehan seni pilihan kita,” kata Dr Suriani.

Para pengunjung dijemput ke Teko bukan sahaja untuk menghargai karya sebagai objek utilitaria­n bahkan sebagai medium kreatif, ekspresi artistik individu dan naratif yang memikat.

Di tangan artis, tanah liat seolah-olah mengalami metamorfos­is dan bertukar menjadi arca seramik kontempora­ri.

Setiap keping arca seramik, yang berharga antara $500 dengan $6,000, menceritak­an kisah perjalanan peribadi, warisan budaya dan semangat yang berkekalan.

“Pameran ini menunjukka­n kepentinga­n persefaham­an dan interaksi sesama manusia melangkaui perkataan dan bahasa,” kata Oh.

 ?? ?? Tokoh-tokoh arca (dari kiri) Loy Yan Ling, Chor Mui Ling, Chua Choon Lims, Han Sai Por, Chua Chon Hee, Oh Chai Hoo, Ahmad Abu Bakar dan Dr Suriani Suratman, bergabung tenaga menjayakan pameran ‘Teko’. – Foto-foto BM oleh KHALID BABA
Tokoh-tokoh arca (dari kiri) Loy Yan Ling, Chor Mui Ling, Chua Choon Lims, Han Sai Por, Chua Chon Hee, Oh Chai Hoo, Ahmad Abu Bakar dan Dr Suriani Suratman, bergabung tenaga menjayakan pameran ‘Teko’. – Foto-foto BM oleh KHALID BABA
 ?? ?? ‘Apa nak kata?’ oleh Dr Suriani Suratman.
‘Apa nak kata?’ oleh Dr Suriani Suratman.
 ?? ?? ‘Small Talk’ oleh Loy Yan Ling.
‘Small Talk’ oleh Loy Yan Ling.
 ?? ?? ‘Borak Borak ‘O’’ (gambar atas dan bawah) oleh Ahmad Abu Bakar.
‘Borak Borak ‘O’’ (gambar atas dan bawah) oleh Ahmad Abu Bakar.
 ?? ?? ‘Liquid Jade Series 3’ oleh Han Sai
Por.
‘Liquid Jade Series 3’ oleh Han Sai Por.
 ?? ??
 ?? ?? ‘Ripples of Serenity’ oleh Oh Chai Hoo.
‘Ripples of Serenity’ oleh Oh Chai Hoo.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore