Berita Minggu-Singapore

Haji ‘Backpacker’ boleh cetus pelbagai rantaian masalah

- Sedutan rencana ini kali pertama disiarkan di Malaysiaki­ni.

Setiap Muslim yang berakal dan sihat tubuh badan pasti mempunyai keinginan yang kuat untuk menyempurn­akan ibadah haji, yakni rukun Islam yang kelima.

Malahan masih lagi ramai yang menanti giliran pascapenda­ftaran haji bersama Tabung Haji (TH) dengan penuh sabar. Ini kerana mereka faham bahawa konsep istita’ah (kemampuan) itu merangkumi giliran mengerjaka­n haji di samping kewajipan mentaati peraturan kerajaan Malaysia dan Arab Saudi.

Walaupun begitu, dalam keadaan sebahagian besar rakyat Malaysia yang menanti giliran mengerjaka­n haji, terdapat segelintir rakyat yang terkandas di Makkah dan Madinah kerana ingin mengerjaka­n haji dengan menggunaka­n visa pelancong atau dinamakan sebagai Haji DIY (Do-ItYourself) atau Haji ‘Backpacker’.

Mereka tidak memilih laluan mengerjaka­n haji bersama agensi kerajaan seperti TH atau agensi swasta di bawah Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang berlesen. Sebaliknya, mereka memilih untuk bersama syarikat dan sindiket.

Mereka telah memasuki Saudi dengan menggunaka­n visa pelancong dan mengerjaka­n umrah pada peringkat awalnya, kemudianny­a mereka tidak pulang ke tanah air dan menunggu sehingga musim haji untuk mengerjaka­n haji.

Dalam modus operandi itu, terdapat kalangan mereka yang tahu lebih awal dan cuba untuk menggunaka­n atribut haji palsu seperti penggunaan gelang haji palsu, kad identiti palsu dan visa serta permit haji palsu. Dalam keadaan lain, terdapat juga mereka yang ditipu visa dan permit haji yang palsu.

Sindiket juga akan menawarkan khidmat pengangkut­an yang didakwa ada permit, juga maktab atau penginapan palsu yang bertindan dengan penginapan jemaah haji yang sah atau penginapan secara

‘backpack’.

Jelasnya, penipuan yang dilakukan peringkat awal lagi melalui visa pelanconga­n telah melahirkan rantaian 1,001 penipuan lain. Sedangkan dalam ibadah haji, perkara yang dicari adalah unsur mabrur, iaitu haji yang diterima baik di sisi Allah swt.

Bagi golongan yang gagal memahami konsep istita’ah dengan baik, mereka akan mendakwa mereka mengejar keredaan Allah walau terpaksa melanggar peraturan kerajaan.

Dalam isu visa dan permit haji, kuota yang dihadkan adalah bertujuan untuk keselamata­n dan ketenangan jemaah haji menyempurn­akan ibadah haji. Keselamata­n nyawa jemaah diutamakan agar tidak berlaku tragedi yang menyebabka­n korban nyawa.

Jadi, visa dan permit termasuk dalam konsep istita’ah yang menjadi syarat dalam pelaksanaa­n ibadah haji. Seorang yang mempunyai kefahaman agama yang baik, akan memahami bahawa tindakan kerajaan adalah selari dengan hukum Islam.

Walaupun begitu, kadangkala timbul sikap beragama yang ekstrem dalam kalangan umat Islam. Mereka akan cuba merasional­kan dan mewajarkan tindakan yang bertentang­an dengan peraturan.

Mereka menganggap ia hanyalah peraturan duniawi semata-mata, sedangkan bagi mereka, keutamaann­ya adalah melaksanak­an haji kerana ia adalah rukun yang wajib disempurna­kan walaupun terpaksa membelakan­gkan peraturan setempat.

Apa yang berlaku kemudianny­a dianggap sebagai ujian Allah kepada mereka dalam mencari keredaan-Nya.

Dalam hal ini, permit atau tasrih adalah bagi memudahkan umat Islam beribadat dan menolak kesulitan.

Ini kerana ia bertujuan untuk menyusun bilangan besar jemaah haji, bagi mengelak berlakunya kesesakan, rusuhan dan korban jiwa serta membolehka­n jemaah mengerjaka­n haji dengan selesa, tenang dan selamat, sesuai dengan jumlah kemudahan asas yang tersedia.

Selain itu, permit juga membolehka­n pihak berkuasa Saudi merancang langkah yang terbaik bagi musim haji dalam aspek keselamata­n dan kesihatan serta khidmat lain dengan penawaran khidmat yang terbaik dan terkawal.

Jadi bilangan kuota permit haji yang dikeluarka­n selari dengan kapasiti dan khidmat yang disediakan. Ini disebabkan jika tiada sebarang pembatasan, ruang ibadat yang terhad akan menjadi terlalu padat dan sukar dikawal.

Tegasnya, tiada haji tanpa permit. Pihak berkuasa Saudi telah menguatkua­sakan peraturan yang tegas bagi orang yang melanggarn­ya.

Menurut Hai’ah Kibar Ulama Saudi, tidak harus pergi mengerjaka­n haji tanpa permit dan mereka yang melakukann­ya adalah berdosa kerana melanggar arahan pemerintah. Walaupun begitu, terdapat pandangan yang menyatakan bahawa ibadah haji mereka adalah sah.

Justeru, sebagai seorang Muslim yang memahami syarat wajib haji dan konsep istita’ah, patuhilah peraturan dan undang-undang pihak berkuasa Saudi dan kerajaan Malaysia.

Sabarlah menanti giliran yang ditetapkan pihak TH. Jika ada bajet lebih, mereka boleh menggunaka­n khidmat PJH yang dilantik agar tidak berlaku kes terkandas, dan penipuan sindiket yang berleluasa.

Laksanakan haji dengan saluran yang sahih agar tidak berada dalam keadaan takut ditangkap dan jauhi pantang larang serta segala bentuk penipuan agar ibadah haji kita itu diterima di sisi Allah swt sebagai haji yang mabrur.

“... Kadangkala timbul sikap beragama yang ekstrem dalam kalangan umat Islam. Mereka akan cuba merasional­kan dan mewajarkan tindakan yang bertentang­an dengan peraturan.

Mereka menganggap ia hanyalah peraturan duniawi semata-mata, sedangkan bagi mereka, keutamaann­ya adalah melaksanak­an haji kerana ia adalah rukun yang wajib disempurna­kan walaupun terpaksa membelakan­gkan peraturan setempat.

Apa yang berlaku kemudianny­a dianggap sebagai ujian Allah kepada mereka dalam mencari keredaan-Nya.’’

 ?? ?? Jemaah haji berkumpul di kawasan Kaabah di Makkah pada 4 Jun menjelang permulaan ibadah haji 2024. Dalam melakukan ibadah haji, perkara yang dicari adalah unsur mabrur, iaitu haji yang diterima baik di sisi Allah swt, dan mesti dielak sebarang unsur penipuan. – Foto AFP
Jemaah haji berkumpul di kawasan Kaabah di Makkah pada 4 Jun menjelang permulaan ibadah haji 2024. Dalam melakukan ibadah haji, perkara yang dicari adalah unsur mabrur, iaitu haji yang diterima baik di sisi Allah swt, dan mesti dielak sebarang unsur penipuan. – Foto AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore