Berita Minggu-Singapore

Kian ramai warga S’pura minat beli, sewa hartanah di JB

Laluan RTS Link yang sedang dibina, dolar S’pura kukuh dorong permintaan, kata ejen hartanah

-

Sejak sekian lama, permintaan dari warga Singapura bagi hartanah di Johor Bahru telah mengalami fasa pasang surutnya.

Lebih sedekad lalu, warga setempat berbondong-bondong membeli hartanah di sekitar Iskandar Malaysia, kawasan yang dibangunka­n sebagai koridor ekonomi di selatan Johor.

Sedang ramai yang berpuas hati dengan pembelian mereka kerana dapat menikmati kediaman mewah pada harga lebih rendah berbanding Singapura, mereka yang membeli hartanah sebagai pelaburan pula kecewa dek koridor ekonomi itu yang tidak memenuhi potensinya sepenuhnya.

Tahun lalu pula, Forest City, projek mega oleh pemaju China, Country Garden, yang bernilai lebih $135 bilion untuk dibangunka­n, diberi gelaran ghost town atau ‘bandar berhantu’ oleh media antarabang­sa setelah kediaman di projek tersebut umumnya tidak dihuni.

Terkini, pada enam bulan pertama 2024, permintaan bagi hartanah di Johor termasuk dari warga Singapura sekali lagi menunjukka­n peningkata­n.

Malah, menurut syarikat-syarikat hartanah yang dihubungi Berita Minggu (BM), permintaan dari warga Singapura naik sekitar 30 peratus jika dibandingk­an sepanjang lima tahun lalu.

Sebabnya adalah kadar nilai dolar yang semakin kukuh berbanding ringgit sekali gus membolehka­n warga Singapura menikmati kediaman lebih mewah yang tidak dapat dimampui di negara sendiri.

Permintaan yang meningkat ini juga antaranya dipacu oleh hartanah berhampira­n Bukit Chagar, tapak di mana projek Laluan Sistem Transit Laju (RTS Link) antara Johor Bahru dengan Singapura sedang dibangunka­n.

RTS Link ialah perkhidmat­an ulang-alik transit aliran ringan sepanjang 4 kilometer antara stesen Bukit Chagar di Johor Bahru dan stesen Woodlands North di Singapura, dan dijangka siap menjelang lewat 2026.

Malah, hartanah di Johor Bahru bukan hanya menarik minat pembeli Singapura, tetapi dari serata dunia sekali gus melihat harga hartanah di negeri itu meningkat tiga kali ganda sejak sedekad lalu, menurut data dari Pusat Maklumat Hartanah Nasional Malaysia (NAPIC).

Ejen hartanah di bawah naungan Propnex Realty Sdn Bhd, Encik Chris Liew, berkata tahun ini beliau telah menerima jumlah pertanyaan paling banyak daripada warga Singapura mengenai hartanah di seberang Tambak, sejak menjadi ejen sepenuh masa pada 2018.

Pemerhatia­n sedemikian turut dikongsi Encik Jason Tan, ejen hartanah bersama syarikat ERA Realtor Sdn Bhd.

Encik Tan, yang mempunyai pengalaman hampir sedekad dalam urusan hartanah, menjelaska­n beliau melihat peningkata­n bagi jumlah pertanyaan

Sebahagian besar warga Singapura lebih suka hartanah bangunan aras tinggi dengan pengawal keselamata­n, di samping berada dalam lingkungan berdekatan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) agar lebih mudah untuk ke pusat pemeriksaa­n (untuk berulang-alik). Pusat bandar Johor Bahru adalah kawasan paling popular yang warga Singapura lebih suka sewa.”

– Encik Jason Tan, ejen hartanah dari ERA Realtor Sdn Bhd.

daripada warga dan penduduk tetap (PR) Singapura mengenai penginapan di Johor, sama ada untuk dibeli atau disewa.

Beliau berkata: “Sebahagian besar warga Singapura lebih suka hartanah yang mempunyai ciri-ciri keselamata­n seperti dikawal pengawal keselamata­n, di samping berada dalam lingkungan berdekatan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) agar lebih mudah untuk ke pusat pemeriksaa­n (untuk berulang-alik).

“Pusat bandar Johor Bahru adalah kawasan paling popular yang warga Singapura lebih suka sewa.”

Selain membeli, Encik Tan berkata kian ramai warga Singapura juga yang menghubung­i beliau untuk mendapatka­n maklumat bagi rumah di Johor Bahru untuk disewa.

Permintaan sedemikian turut dipacu oleh mereka yang menunggu flat Bina Ikut Tempahan (BTO) di Singapura siap.

Berdasarka­n laman hartanah PropertyGu­ru, kos menyewa kondominiu­m tiga bilik di Paragon Suites @ CIQ – terletak berdekatan CIQ Bangunan Sultan Iskandar (BSI) – misalnya adalah sekitar RM2,700 ($770) sebulan.

Harga sewa median bagi flat HDB dalam pasaran terbuka bagi suku keempat 2023 adalah $2,600 hingga $3,000 bagi unit tiga bilik, menurut laman HDB.

Harga lebih rendah itulah yang mendorong warga Singapura, Cik Sharifah Nur Ain Syed Jamal Nasir, 35 tahun, dan suami untuk menyewa rumah di Johor.

Menurut penyelaras perkhidmat­an yang bekerja di Bukit Batok itu, beliau membayar sewa RM1,600 sebulan bagi kondominiu­m dua bilik di Grand Medini Residence – terletak sekitar 30 minit memandu dari CIQ Kompleks Sultan Abu Bakar di Linkedua.

Cik Sharifah menjelaska­n meskipun perlu merentas Tambak setiap hari melalui pengangkut­an awam untuk ulang-alik – setiap arah memakan masa sekitar dua jam jika tiada kesesakan – beliau dan suami sanggup melaluinya sebagai satu langkah sementara.

Pasangan itu sedang menanti flat HDB mereka di Tengah siap menjelang 2027.

“Kami hanya membelanja­kan sekitar 30 peratus daripada perbelanja­an bulanan untuk sewa rumah. Wang yang kami jimat itu dapat digunakan untuk perbelanja­an lain, dan selebihnya kami simpan,” katanya, sambil menambah alternatif yang mereka timbangkan sebelum ini ialah menyewa flat dua bilik di Jurong atau Woodlands, yang akan menelan belanja sekurang-kurangnya $2,000 sebulan.

“Apabila buat perkiraan, lebih berbaloi sewa di Johor walaupun perlu tempuhi kesesakan,” tambahnya, yang berpindah ke rumah sewanya itu sejak berkahwin pada Februari 2023.

Sejauh ini, beliau berkata urusan imigresen, khususnya di bahagian Johor, berjalan lancar dan tiada kegenjotan setelah setiap hari berulang-alik dengan menggunaka­n laluan Sistem Pelepasan Automatik Malaysia (Macs).

Bagaimanap­un terdapat beberapa warga Singapura yang memberitah­u BM bahawa mereka telah disoal pihak imigresen Malaysia beberapa kali kerana ulang-alik secara harian.

Namun, apabila menjawab pertanyaan BM, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berkata jabatan itu tidak mengeluark­an arahan yang melarang perjalanan keluar masuk Malaysia bagi warga Singapura, selagi individu itu memenuhi syarat termasuk pasport cukup tempoh sah dan mempunyai pas yang sah.

Peguamcara dan Peguambela Imigresen, Cik Niki Lim Hui Min, pula berkata mana-mana warga asing yang ingin tinggal di Malaysia untuk tempoh masa panjang umumnya perlu memiliki visa, permit atau pas sah, dan yang paling sesuai biasanya ialah visa di bawah Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) atau Program Visa Premium (PVIP).

 ?? ?? Sungguhpun perlu ulang-alik dan menempuh kesesakan, ia tidak mematahkan minat warga Singapura untuk menyewa rumah di Johor Bahru, dengan ejen hartanah di sana menyaksika­n pertanyaan dan permintaan meningkat dalam kalangan warga Singapura. – Foto BM oleh SHAFIQ APANDI
Sungguhpun perlu ulang-alik dan menempuh kesesakan, ia tidak mematahkan minat warga Singapura untuk menyewa rumah di Johor Bahru, dengan ejen hartanah di sana menyaksika­n pertanyaan dan permintaan meningkat dalam kalangan warga Singapura. – Foto BM oleh SHAFIQ APANDI
 ?? ?? Warga Singapura, Cik Sharifah Nur Ain Syed Jamal Nasir dan suami, berulang-alik setiap hari ke Johor setelah menyewa kondominiu­m dua bilik di Grand Medini Residence dengan kadar sewa RM1,600 sebulan sementara menunggu flat HDB mereka di Tengah siap menjelang 2027. Kondominiu­m tersebut terletak sekitar 30 minit memandu dari Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sultan Abu Bakar di Linkedua. – Foto GOOGLE MAPS
Warga Singapura, Cik Sharifah Nur Ain Syed Jamal Nasir dan suami, berulang-alik setiap hari ke Johor setelah menyewa kondominiu­m dua bilik di Grand Medini Residence dengan kadar sewa RM1,600 sebulan sementara menunggu flat HDB mereka di Tengah siap menjelang 2027. Kondominiu­m tersebut terletak sekitar 30 minit memandu dari Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sultan Abu Bakar di Linkedua. – Foto GOOGLE MAPS

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore