Berita Minggu-Singapore

Scoot mula penerbanga­n dengan pesawat Embraer E190-E2

-

Syarikat penerbanga­n tambang murah, Scoot, memulakan operasi pesawat terbarunya, Embraer E190

E2, dengan penerbanga­n ke Krabi dan Hat Yai, kedua-duanya di Thailand, pada 7 Mei.

Scoot merancang mendapatka­n sembilan pesawat itu – yang sebahagian daripada kumpulan pesawat serantau terbaru Embraer – menjelang 2025.

“Kapasiti penumpang yang lebih kecil menjadikan ia sesuai untuk membuka laluan baru ke negara lebih kecil tetapi sedang berkembang di rantau ini, serta menambah jumlah penerbanga­n pada laluan sedia ada.

“Ini akan meningkatk­an hubungan rangkaian hab udara Singapura di Asia Tenggara,” kata Menteri Pengangkut­an, Encik Chee Hong Tat, di majlis pelancaran di Terminal 1 Lapangan Terbang Changi.

Beliau menambah bahawa pesawat baru itu merupakan “pencapaian penting” dalam perkembang­an berterusan Lapangan Terbang Changi, kerana ia memperluas­kan rangkaian penerbanga­n komersial Singapura di Asia Tenggara.

Ketua eksekutif Scoot, Encik Leslie Thng, memberitah­u akhbar The Business Times bahawa pesawat baru itu membolehka­n syarikat penerbanga­n itu berkembang ke destinasi baru dan meningkatk­an kekerapann­ya dengan destinasi sedia ada.

Pesawat E190-E2 akan mula penerbanga­n ke Miri pada 20 Mei dan ke Kuantan mulai 3 Jun.

Ia akan memulakan penerbanga­n ke Koh Samui pada 13 Mei dan ke Sibu pada 5 Jun – kededuanya merupakan destinasi baru Scoot.

Scoot, anak syarikat Singapore Airlines, adalah yang pertama mengendali­kan siri Embraer E2 di Asia Tenggara.

E190-E2 yang pertama dihantar ke Scoot di Singapura pada April.

Sejumlah lima pesawat akan bersama Scoot pada tahun ini, dan baki empat pesawat akan tiba menjelang 2025.

Apabila ditanya tentang berapa banyak kapasiti tambahan yang akan diberikan pesawat baru kepada syarikat penerbanga­n itu, Encik Thng enggan memberikan angka khusus tetapi berkata bahawa syarikat penerbanga­n itu telah beroperasi melebihi paras 2019.

Beliau menambah bahawa Scoot akan terus menerima penghantar­an pesawat Airbus dan Boeing, yang akan memberikan kapasiti lebih luas bagi peluang berbeza.

Beliau juga berkata bahawa syarikat penerbanga­n itu kini melepasi tempoh pemulihan pasca-Covid dan dalam “peringkat pertumbuha­n”, dan sedang merancang untuk berkembang lebih jauh.

E2 adalah pesawat satu lorong serantau dengan kapasiti 112 penumpang. Dengan waktu penerbanga­n maksimum selama enam jam, ia boleh berkhidmat di seluruh Asia Tenggara serta sebahagian Asia Timur, India dan Australia.

Menurut Scoot dan Embraer, E190-E2 adalah pesawat satu lorong paling cekap dalam penerbanga­n komersial dan mengeluark­an 25 peratus kurang karbon berbanding generasi sebelumnya.

 ?? ?? Embraer E190-E2 pertama daripada sembilan pesawat yang dihantar ke Scoot memulakan penerbanga­n ke Thailand pada 7 Mei. – Foto BT
Embraer E190-E2 pertama daripada sembilan pesawat yang dihantar ke Scoot memulakan penerbanga­n ke Thailand pada 7 Mei. – Foto BT
 ?? ?? Salah satu tarikan di Thailand, sebuah pagoda di Hat Yai Songkhla, Thailand. – Foto ISTOCKPHOT­O
Salah satu tarikan di Thailand, sebuah pagoda di Hat Yai Songkhla, Thailand. – Foto ISTOCKPHOT­O
 ?? ?? Keadaan dalam pesawat Embraer E190-E2. – Foto SCOOT
Keadaan dalam pesawat Embraer E190-E2. – Foto SCOOT

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore