Berita Minggu-Singapore

Kerja keras, tanpa lelah pegawai Home Team sokong bekas pesalah

-

Apabila ditanya mengapa beliau melakukan ini, beliau berkata ini adalah satu amanah bagi beliau dan beliau mahu memainkan peranannya, tidak kira besar atau pun kecil, untuk menyumbang kepada masyarakat.

Encik Ali dan Cik Pei Yin juga berkongsi dengan saya bagaimana mereka sering melibatkan bekas pesalah dalam masyarakat di luar waktu kerja mereka. Sebagai contoh, adalah perkara biasa untuk mereka menerima panggilan telefon daripada bekas pesalah di bawah jagaan mereka pada masa tidak menentu sampai lewat malam, untuk mendengar keluhan mereka.

Daripada meminta orang tersebut menghubung­i mereka pada hari berikutnya, mereka memilih untuk terus melayani dan kadangkala juga bertemu mereka secara peribadi.

Apabila saya bertanya kepada mereka mengapa mereka berbuat demikian, saya tersentuh dengan respons ikhlas mereka – mereka berkata hadiah terbaik yang boleh mereka berikan kepada sesiapa sahaja ialah masa mereka. Ini hanyalah sebahagian daripada banyak contoh bagaimana Pegawai Home Team kami melangkaui panggilan tugas mereka, untuk berkhidmat dalam misi kita.

Saya juga berminat untuk mendengar bagaimana mereka berasakan kerja dalam

Home Team telah berubah sejak beberapa tahun ini. Mereka berkata bahawa mereka telah menemui lebih banyak makna dalam kerja mereka.

Encik Ali menyerlahk­an banyak perkongsia­n dan kerjasama dengan rakan masyarakat telah dibina oleh SPS selama ini, untuk membantu pesalah, bekas pesalah dan keluarga mereka.

Secara peribadi, beliau berasa amat bersemanga­t kerana penglibata­n rakan masyarakat bukan sahaja memberi jaminan kepada pesalah dan bekas pesalah bahawa mereka akan mendapat sokongan, malah ia juga memberi jaminan kepada pegawai bahawa mereka tidak bersendiri­an dalam usaha ini.

Seluruh masyarakat, daripada agensi perkhidmat­an sosial, kumpulan bantu diri kepada institusi keagamaan, dan juga kumpulan sokongan untuk bekas pesalah, berganding bahu bersama SPS untuk melengkapk­an kerja yang mereka lakukan.

Encik Yahya berkata beliau berasa sangat terinspira­si apabila semua masjid di Singapura membuat komitmen untuk menyokong kempen DIH pada tahun 2021.

Ini tidak pernah berlaku sebelumnya. Hari ini, setiap kali beliau pergi ke manamana masjid untuk menunaikan solat, beliau berasa bersemanga­t apabila melihat kain rentang DIH dipamerkan di premis masjid, dan ini membakar semangatny­a untuk terus memperkasa­kan kempen DIH.

Cik Pei Yin juga memberitah­u saya bahawa beliau telah melihat kesedaran yang semakin meningkat dalam masyarakat untuk memberi peluang kedua kepada pesalah.

Contoh yang Cik Pei Yin kongsi ialah peningkata­n bilangan majikan yang sanggup bekerjasam­a dengan YRSG untuk menyediaka­n peluang pekerjaan kepada banduan dan bekas pesalah.

Kerja mereka pastinya tidak selalu berjalan dengan lancar. Sebagai contoh, pesalah di bawah jagaan mereka kadangkala menunjukka­n sikap memberonta­k dan mereka terpaksa bertindak untuk meredakan dan menyelesai­kan keadaan.

Terdapat juga kekecewaan yang perlu dihadapi, apabila kes-kes bekas pesalah yang menunjukka­n harapan kembali ke pangkal jalan terjerumus semula.

Namun mereka tabah, kerana perjuangan mereka lebih besar daripada diri mereka sendiri.

Saya berterima kasih kepada para pegawai berkenaan atas kerja-kerja yang mereka lakukan, dan dalam mengendali­kan cabaran secara profesiona­l.

Apa yang saya dapat daripada maklum balas mereka ialah kita perlu melibatkan diri dan meyakinkan para pesalah di bawah jagaan kita bahawa kita berada di sini untuk membantu mereka. Kita mungkin tidak dapat menyelesai­kan semua isu dan masalah mereka, tetapi kita ingin meyakinkan mereka bahawa mereka tidak bersendiri­an.

Kita sentiasa sedia membantu mereka serta memberi inspirasi kepada mereka bahawa mereka boleh berubah untuk menjadi individu yang lebih baik.

Saya mengambil sedikit masa untuk merenung perbualan-perbualan tersebut.

Sesi itu telah menambah keyakinan saya, terutamany­a melihat pegawai-pegawai ini yang terus memberikan yang terbaik. Terdapat ramai lagi pegawai seperti mereka dalam Home Team.

Kami bertuah kerana mempunyai pegawai yang begitu berdedikas­i dalam memastikan negara kita selamat dan terlindung. Kerja yang dilakukan oleh para pegawai Home Team itu bukanlah mudah, tetapi mereka terus memberikan yang terbaik untuk menghadapi cabaran yang mendatang.

Marilah kita sama-sama meluangkan sedikit masa hari ini untuk menghargai para Pegawai Home Team kita. Jika anda mengenali mereka secara peribadi, atau jika anda bertemu dengan mereka semasa anda keluar dan sebagainya, luangkanla­h sedikit masa untuk berterima kasih kepada mereka kerana memastikan Singapura selamat dan terlindung. Penghargaa­n anda akan membuat mereka lebih bersemanga­t.

 ?? ?? Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim bergambar dengan para pegawai Home Team, (dari kiri) Encik Che Yahya, pegawai Biro Narkotik Pusat (CNB); Encik Muhd Ali dari Perkhidmat­an Penjara Singapura (SPS); dan Cik Low Pei Yin dari Reben Kuning Singapura (YRSG) – Foto MHA
Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim bergambar dengan para pegawai Home Team, (dari kiri) Encik Che Yahya, pegawai Biro Narkotik Pusat (CNB); Encik Muhd Ali dari Perkhidmat­an Penjara Singapura (SPS); dan Cik Low Pei Yin dari Reben Kuning Singapura (YRSG) – Foto MHA

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore