Berita Minggu-Singapore

Kalau ibu boleh, saya juga boleh

- ▶ BATRISYIA BAHARIM batrisyiab­kb@sph.com.sg

Semasa zaman sekolah rendah, Cik Nur Fitrah Nasuha Hussin, 25 tahun, banyak meluangkan masa di tempat kerja ibunya di Pusat Perubatan Jurong dan Hospital Alexandra.

Di pantri hospital itulah beliau mendapati dirinya terpesona dengan suasana di hospital – para doktor bergegas di sepanjang koridor hospital, jururawat sibuk meneliti, dan pesakit mencari ketenangan dalam penjagaan yang mereka terima.

Keghairaha­nnya terhadap penjagaan kesihatan semakin memuncak lebih-lebih lagi apabila mendapati ibunya, Cik Nor Ashikin Sariadi, 57 tahun, sangat dihormati dalam kalangan rakan sekerja dan pesakitnya, dan dipandang tinggi atas kebaikan, keceriaan dan kecekapann­ya.

Walaupun usia semakin lanjut, ibunya sentiasa berusaha untuk meningkatk­an dan mengasah kemahirann­ya dalam kerjayanya.

Ibunya menjadi idola dan kini, Cik Nur Fitrah Nasuha mengikuti jejak ibunya dalam profesion penjagaan kesihatan.

Semasa temu ramah, Cik Nor Ashikin, berkongsi dengan Berita Minggu (BM) bahawa beliau mula menceburi sektor penjagaan kesihatan pada 1995 sebagai rakan perkhidmat­an pesakit (PSA) di NUH.

“Pada mulanya, saya bertugas di dalam klinik kanak-kanak dan pengalaman di situlah yang membuat saya menyedari bahawa kanak-kanak juga menghidapi pelbagai penyakit seperti golongan dewasa.

“Ia menimbulka­n rasa ingin tahu bagaimana kanak-kanak semuda baru lahir boleh menghidapi penyakit juga,” jelas Cik Nor Ashikin yang kemudianny­a terdorong untuk menukar kerjaya sebagai seorang PSA kerana skop pekerjaan terhad dan mahu melakukan lebih dalam bidang itu.

Cik Nor Ashikin kemudian bekerja di Jabatan Kemalangan dan Kecemasan (A&E), dan bahagian ortopedik di Hospital Alexandra. Sebelum ini, beliau pernah bertugas sebagai PSA di beberapa hospital termasuk Hospital Universiti Nasional (NUH), Hospital Khoo Teck Puat (KTPH) dan Pusat Perubatan Jurong.

Antara empat beradik, Cik Fitrah Nasuha sahaja yang mengikuti minat ibunya itu. Namun, kejururawa­tan bukan pilihan utamanya.

Minat terhadap bidang itu secara perlahan berkembang dan Cik Fitrah Nasuha lebih meminati bidang itu apabila beliau menyaksika­n ibunya melanjutka­n pelajaran, mengambil kelayakan Nitec dalam jurusan kejururawa­tan di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej East.

Cik Fitrah Nasuha, lulusan politeknik Ngee Ann pada 2021 dengan Diploma dalam Kejururawa­tan, berkata:

“Ketika ibu saya membuat keputusan untuk belajar bagi bertukar kerjaya pada usia 44 tahun, ia merupakan satu inspirasi bagi saya.”

“Ibu saya tidak membiarkan usia menghalang­nya, malah beliau menyahut cabaran itu dan meneruskan pendidikan agar dapat memperting­katkan diri dengan ilmu baru,” tambah beliau, anak bongsu daripada empat beradik.

Seperti ibunya, Cik Fitrah Nasuha “berhasrat untuk mencapai tahap yang lebih tinggi dan membuat perubahan positif dalam kehidupan orang lain.”

“Walaupun saya kini mempunyai kelayakan diploma dalam bidang kejururawa­tan, saya tidak akan berhenti setakat itu sahaja. Malah, saya ingin melangkaui kemampuan saya dan meneroka bidang kejururawa­tan yang berkaitan dengan penyelidik­an atau pentadbira­n penjagaan kesihatan.”

Sepanjang temu ramah, kededua ibu dan anak itu menampilka­n ikatan yang sangat mesra dan akrab. Ikatan mereka diperkukuh lagi dengan minat sama yang mereka kongsi dalam bidang tersebut.

Beliau begitu kagum dengan ibunya yang memikul tanggungja­wab sebagai seorang ibu dan isteri, pada masa yang sama, kini seorang Jururawat Berdaftar Kanan tetap pada waktu malam di Hospital Besar Ng Teng Fong (NTFGH).

Cik Fitrah Nasuha, yang kini juga bertugas di NTFGH sebagai seorang Jururawat Kakitangan “sangat berterima kasih dan bangga mempunyai ibu” seperti Cik Nor Ashikin.

“Mengimbang­i masa untuk keluarga sambil memenuhi setiap peranannya ia adalah sesuatu yang saya selalu kagumi tentangnya.”

“Segala yang ibu saya lakukan, saya mahu jadi sepertinya,” ujar Cik Fitrah Nasuha sambil memandang ibunya dengan penuh bangga.

 ?? ?? Cik Nur Fitrah Nasuha Hussin (kanan) mengikuti jejak ibunya, Cik Nor Ashikin Sariadi (kiri), dalam kerjaya penjagaan kesihatan. Beliau merupakan Jururawat Kakitangan manakala Cik
Nor Ashikin ialah Jururawat Berdaftar Kanan, kededua mereka bertugas di Hospital Besar Ng Teng Fong (NTFGH). – Foto BM oleh KHALID BABA
Cik Nur Fitrah Nasuha Hussin (kanan) mengikuti jejak ibunya, Cik Nor Ashikin Sariadi (kiri), dalam kerjaya penjagaan kesihatan. Beliau merupakan Jururawat Kakitangan manakala Cik Nor Ashikin ialah Jururawat Berdaftar Kanan, kededua mereka bertugas di Hospital Besar Ng Teng Fong (NTFGH). – Foto BM oleh KHALID BABA

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore