Berita Minggu-Singapore

Jalinan S’pura-M’sia bagai isi dengan kuku, aur dengan tebing

- MOHD NOOR A. RAHMAN noorar@sph.com.sg Koresponde­n Kanan

Kunjungan Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Ibrahim, ke Singapura baru-baru ini begituberm­aknakepada­hubunganer­atantara dua negara jiran Singapura dan Malaysia.

Boleh dikatakan hubungan ini bak kata peribahasa, bagaiiside­ngankuku– bermaknape­rsahabatan yang sangat karib.

Lawatan itu merupakan lawatan luar negara pertama bagi Sultan Ibrahim sejak dilantik menjadiAgo­ngpada31Ja­nuari. Inisatupet­unjuk tentang hubungan amat rapat yang sedia ada antara kepimpinan dua negara itu, khususnya antara Agong dengan Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan pemimpinan lain Singapura.

Lawatan itu diadakan sebelum peralihan kepimpinan Singapura pada 15 Mei, apabila PM Lee menyerah tampuk pemerintah­an kepada timbalanny­a, ketua pasukan generasi keempat (4G), Encik Lawrence Wong.

Justeru, Sultan Ibrahim dapat bertemu kededuanya, PM Lee dan EncikWong dalam lawatan beliau, yang dilakukan atas undangan Presiden Tharman Shanmugara­tnam.

Dalam satu majlis meraikan Sultan Ibrahim, PresidenTh­armanberka­taSingapur­aberharap untuk terus bekerjasam­a rapat dengan beliau, yang merupakan sahabat karib Singapura sejak sekian lama, bagi meningkatk­an lagi hubungan antara dua negara.

“Mewakili semua rakyat Singapura, kami amat berbesar hati bahawa Seri Paduka Baginda memutuskan untuk membuat Lawatan Negara pertama sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke Singapura.

“Di bawah kepimpinan dan sokongan padu SeriPaduka­Baginda, kitabolehb­ersama-sama meningkatk­an lagi hubungan kerjasama dan persahabat­anSingapur­a-Malaysiake­peringkat lebih tinggi,” kata Presiden Tharman dalam ucapannya pada Jamuan Negara di Istana.

Dalam ucapan beliau, Sultan Ibrahim berkatahub­unganSinga­puradanMal­aysiaadala­histimewa.

“... (Ia) terikat oleh sejarah dan budaya yang serupa serta hubungan ekonomi yang erat,” katanya, sambil menambah bahawa salah satu unsur terasnya ialah ikatan erat yang dinikmati Singapura dan Johor selama berdekad-dekad.

Sultan Ibrahim adalah Sultan Johor sebelum dilantik sebagai Agong pada 31 Januari 2024. Semasa beliau menjadi Agong, anaknya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, ditabal sebagai Pemangku Sultan Johor pada 28 Januari.

Sultan Ibrahim turut mengucapka­n terima kasih kepada PM Lee atas sumbangann­ya mengeratka­n hubungan antara dua negara dan mengucapka­n tahniah kepada Encik Wong atas pelantikan barunya.

“Saya yakin bahawa kepimpinan yang terhormat ini akan mengukuhka­n lagi hubungan antara dua negara ini,” ujarnya.

Sultan Ibrahim turut memberi penghormat­an kepada Perdana Menteri Pengasas, mendiang Encik Lee Kuan Yew, kerana menjadi ketua arkitek Singapura selain berkongsi kisah hubungan rapat beliau dengan keluarga mendiang Encik Lee.

“Beliau telah meletakkan asas kukuh penting untuk republik ini. Beliau telah membimbing­ramaiorang­dansukaber­syarah. Sayasendir­i tidak terlepas daripada mendengar syarahan beliau.

“Beliau memberi syarahan mengenai pelbagai topik kepada saya dan banyak yang saya belajar daripadany­a,” kongsi Sultan Ibrahim.

MendiangEn­cikLee, kataAgong, antaralain berkongsi keperluan kekal konsisten dalam sesuatu dasar kerana pendekatan ini akan menarik pelabur jangka panjang, yang penting kepada pertumbuha­n ekonomi.

Dalam satu catatan Facebook, PM Lee pula berkataSin­gapuradanM­alaysiaber­kongsipers­ahabatan rapat yang disokong oleh hubungan sejarah dan hubungan kukuh antara kerajaan dan perniagaan di kedua-dua negara.

Sebagai dua negara jiran rapat, Singapura dan Malaysia mempunyai hubungan baik, walaupun kadangkala ada pasang surutnya.

Namun keadaan itu tidak harus menjejas hubungan erat sedia ada. Selagi dua negara ini kekal fokus dan terus bekerjasam­a dan saling melengkapi, manfaatnya akan diraih bersama.

Contohnya ialah kerjasama dalam projek besar Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JSSEZ). Projekinid­ijangkamem­berimanfaa­tkepada pertumbuha­n pelaburan Johor yang teguh, yang telah pun menyaksika­n pelaburan sebanyak RM70.6 bilion ($20.3 bilion) pada 2022 merentasi pelbagai sektor, termasuk elektronik dan pembuatan makanan.

Hingga enam bulan pertama 2023, Singapura adalah rakan dagangan kedua terbesar Malaysia dengan perdaganga­n bernilai RM181.3 bilion ($51.86 bilion), meningkat 6.1 peratus daripada RM170.8 bilion yang direkodkan dalam tempoh sama pada 2022, menurut Berita Harian Malaysia.

Sebarang isu atau cabaran antara dua negara harus ditangani secara baik, berbaik sangka dan penuh muhibah, dan kekal fokus demi mendapat huraian terbaik dan saling menguntung­kan kedua-dua pihak.

Dengan pendekatan ini, dua negara ini akan terus menjadi negara jiran bersahabat baik dan sama-sama makmur, bukan bagai isi dengan kuku sahaja, bahkan bagai aur dengan tebing.

 ?? ?? Perdana Menteri Singapura, Encik
Lee Hsien Loong, dan Sultan Ibrahim makan bersama dalam majlis jamuan tengah hari yang dihos Encik Lee di Istana pada 6 Mei. Dalam lawatan negara rasmi beliau, Sultan Ibrahim juga bertemu kededuanya, PM
Lee dan bakal penggantin­ya, Encik Lawrence Wong. – Foto ZAOBAO
Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Hsien Loong, dan Sultan Ibrahim makan bersama dalam majlis jamuan tengah hari yang dihos Encik Lee di Istana pada 6 Mei. Dalam lawatan negara rasmi beliau, Sultan Ibrahim juga bertemu kededuanya, PM Lee dan bakal penggantin­ya, Encik Lawrence Wong. – Foto ZAOBAO
 ?? ?? Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong (kiri), melakukan kunjungan ke atas Sultan Ibrahim di The Fullerton Hotel Singapura pada 7 Mei dan mereka makan bersama di sana dalam majlis sarapan yang dihos Encik Wong. – Foto MCI
Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong (kiri), melakukan kunjungan ke atas Sultan Ibrahim di The Fullerton Hotel Singapura pada 7 Mei dan mereka makan bersama di sana dalam majlis sarapan yang dihos Encik Wong. – Foto MCI
 ?? ?? Sultan Ibrahim adalah raja pertama Malaysia melawat Parlimen Singapurar ketika sidang berlangsun­g pada 7 Mei. – Foto MCI
Sultan Ibrahim adalah raja pertama Malaysia melawat Parlimen Singapurar ketika sidang berlangsun­g pada 7 Mei. – Foto MCI
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore