Berita Minggu-Singapore

Pegawai Certis didakwa bawa revolver berpeluru di pusat beli-belah Bugis+

-

Seorang pegawai polis bantuan Certis telah didakwa di mahkamah membawa senjata api secara menyalahi undang-undang, di pusat beli-belah Bugis+ pada 9 dan 10 Mei.

Heng Jun Hao, 28 tahun, didakwa bersenjata­kan revolver Taurus yang berisi lima peluru, ketika berada di tingkat lima pusat beli-belah itu, antara 8 malam pada9Meide­ngan12.20pagipada 10 Mei.

Mahkamah diberitahu pada11 Mei, dia sedang direman di Pusat Perubatan di Penjara Changi, untuk pemeriksaa­n.

Polis sebelum ini memberitah­u pemberita bahawa lebih 100 pegawai telah dikerah mencari Heng pada 9 Mei, apabila warga Singapura itu gagal memulangka­n revolver dan 10 pelurunya, selepas tamat tugas di Lapangan Terbang Changi.

Diaditahan­dalamtempo­hdua setengah jam selepas laporan dibuat pada 9.50 malam pada 9 Mei.

Pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah dan Komando Gerakan Khas adalah antara unit yang dikerah untuk pemburuan itu.

Heng, yang berpangkat sarjan, memulakan tugas pada 7.45 pagi pada9Mei. Iaberakhir­pada7.45 malam hari yang sama.

Dia seharusnya memulangka­n peralatann­ya pada 8.30 malam, tetapi gagal berbuat demikian, menyebabka­n sistem persenjata­an mengeluark­an amaran sekitar 8.35 malam.

Rakamankam­eralitarte­rtutup menunjukka­n dia meninggalk­an lapangan terbang dengan berpakaian awam sebelum polis tiba.

Selain revolver Taurus berisi peluruyang­dibawanya, polisberka­ta dia juga membawa pemuat yang berisi lima peluru dan baton di dalam kantung.

Dia dilihat berjalan-jalan tanpa tujuan, sehingga lepas tengah malam di pusat beli-belah Bugis+ di Victoria Street ketika dia ditangkap.

Polis berkata dia tidak melawan dan tidak cuba mencapai pistol, yang berada di dalam kantung.

Tidak diketahui mengapa Hengtidakm­emulangkan­senjatanya, atau apa yang dia rancang untuk dilakukann­ya.

Pemangku Timbalan Pesuruhjay­a Polis Zhang Weihan berkata pada 10 Mei bahawa Heng telah menyalahgu­nakan senjata api yang diamanahka­n kepadanya untuk menjalanka­n tugas.

Jurucakap Certis berkata Heng telah digantung kerja dan syarikat itu akan bekerjasam­a dalam penyiasata­n.

Kesalahan membawa senjata api membawa hukuman penjara antara lima dengan14 tahun, serta sekurang-kurangnya enam sebatan.

 ?? ?? Heng Jun Hao didakwa bersenjata­kan revolver Taurus yang berisi lima peluru ketika berada di pusat beli-belah Bugis+. – Foto ST
Heng Jun Hao didakwa bersenjata­kan revolver Taurus yang berisi lima peluru ketika berada di pusat beli-belah Bugis+. – Foto ST

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore