Berita Minggu-Singapore

SDP lancar kempen bagi GE 2024

- ▶ ANWAR SALEH anwarsaleh@sph.com.sg

Parti Demokratik Singapura (SDP) telah melancarka­n kempen bagi Pilihan Raya Umum (GE) 2024.

Antara isu yang akan diberi tumpuan dalam kempen pilihan raya ini adalah mengenai pekerja asing yang dikatakan SDP sebagai tidak membantu produktivi­ti perniagaan, mendorong kos sara hidup, mewujudkan ketidaksam­aan dan menghakis identiti nasional.

Bercakap semasa acara pelancaran kempendiib­upejabatSD­PdiBukitBa­tok Crescent pada 11 Mei, Setiausaha Agung SDP, Dr Chee Soon Juan, berkata pihaknya akan memberi perhatian kepada isu-isu ini “dalam beberapa minggu dan bulan akan datang” menjelang GE.

“PAP (Parti Tindakan Rakyat) mesti memberitah­u rakyat Singapura secara khusus, berapakah jumlah kemasukan pekerja asing yang akan dikurangka­n, dan bila ia akan melaksanak­annya... Apakahmatl­amatakhirm­erekadanbi­la? Supaya kami dapat memantau apa yang anda katakan,” kata Dr Chee.

Tambahnya, jika PAP tidak memberikan jawapan khusus, SDP akan berusaha untuk mencadangk­an jumlah pemotongan khusus untuk mengurangk­an kemasukan pekerja asing.

Beliau menambah SDP akan membentuk sebuah jawatankua­sa kerja dan bekerjasam­a dengan ahli ekonomi, organisasi dan pakar untuk mengemukak­an cadangan tersebut.

Semasa majlis itu, Pengerusi SDP, Dr Paul Tambyah, turut berkata bahawa SDP “tiada rancangan untuk membentuk pemerintah baru”.

“SDPsecaral­azimmengha­silkan11 atau 12 orang calon, dan kami realistik tidak akan membentuk pemerintah.

“Matlamat kami adalah untuk menghalang PAP daripada mendapat majoriti dua pertiga,” kata Dr Tambyah.

Ketika ditanya wartawan mengenai kawasan mana SDP mungkin bertanding dan calon yang akan diketengah­kan, Dr Chee berkata partinya perlu menunggu laporan Semakan Sempadan Pilihan Raya (EBRC) dikeluarka­n sebelum mengumumka­n rancangan mereka.

 ?? ?? (Dari kiri) Pengerusi Parti Demokratik Singapura (SDP), Dr Paul Tambyah; Setiausaha Agung SDP, Dr Chee Soon Juan; anggota SDP, Dr James Gomez; Ketua Perhubunga­n dan Jenama SDP, Cik Min Cheong-Subramania­m; dan Bendahari SDP, Cik Surayah Akbar. – Foto BM oleh ANWAR SALEH
(Dari kiri) Pengerusi Parti Demokratik Singapura (SDP), Dr Paul Tambyah; Setiausaha Agung SDP, Dr Chee Soon Juan; anggota SDP, Dr James Gomez; Ketua Perhubunga­n dan Jenama SDP, Cik Min Cheong-Subramania­m; dan Bendahari SDP, Cik Surayah Akbar. – Foto BM oleh ANWAR SALEH

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore