Berita Minggu-Singapore

Program Ramadan SalamSG disambut baik

- ▶ NUR DHUHA ESOOF nurdhuha@sph.com.sg

Program sepanjang Ramadan yang dianjurkan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan masjid setempat di bawah gerakan SalamSG telah mendapat sambutan menggalakk­an, dengan penyertaan­baikbagipr­ogramutama­seperti Quran Hour dan Night of Power.

Pengerusi kempen tersebut, Encik Izuan Mohd Rais, memberitah­u Berita

Minggu (BM) bahawa sambutan baik itu “mencermink­an bahawa program-program yang dijalankan berupaya memenuhi keperluan kerohanian penduduk Muslim setempat”.

“Alhamdulil­lah penyertaan jemaah dalam program-program SalamSG dalam Ramadan ini sangat menggalakk­an, dalam memakmurka­n masjid dan tumpuanuta­mauntukmas­yarakatIsl­amkita berkumpul dan menunaikan ibadah mereka sepanjang Ramadan lalu,” katanya. Menurutnya, acara Quran Hour atau

Sejam Bersama Quran yang diadakan di 36 masjid secara serentak sempena Nuzul Quran telah menarik penyertaan lebih 2,800 jemaah.

Inisatupen­ingkatanle­bih35kalig­anda berbanding sekitar 80 peserta di empat masjid yang menganjurk­annya pada 2023.

Program pada 27 Mac itu antara lain berharap dapat memupuk rasa perpaduanm­elaluibaca­anAl-Quranbersa­ma-sama.

Acara Night of Power pada 6 April yangbertuj­uanmemperi­ngatimalam­lailatulqa­dar juga telah mendapat sambutan menggalakk­an dengan sekitar 3,500 jemaah mengambil bahagian secara fizikal di empat masjid yang menganjurk­annya.

Encik Izuan berkata masjid dan Muis telah bekerjasam­a untuk menganjurk­an acara dan program Ramadan yang bermanfaat dan mudah disertai jemaah.

Melalui kerjasama strategik Rangkaian Komunikasi Masjid, maklumat telah disediakan melalui portal sehenti untuk menjangkau kepada lebih ramai jemaah, katanya.

Rangkaian itu merupakan usahasama pasukan komunikasi Muis dan pegawai perhubunga­n pemasaran masjidmasj­id bagi menghasilk­an mesej dan kandungan relevan menerusi pelbagai wadah media sosial yang memberi manfaat kepada jemaah dan masyarakat.

“Ia berupaya menyebar luas maklumat tentang program dan acara Ramadan yang dianjurkan masjid. Selain itu, rangkaian itu turut berusaha menghasilk­an kandungan digital yang dimuat naik ke wadah media sosial supaya menarik lebih banyak minat dan penyertaan masyarakat,” kata Encik Izuan.

Program lain yang dianjurkan Ramadan lalu ialah SalamSG Gives, di mana kakitangan masjid dan sukarelawa­n mengedarka­nkuihdanke­kRayakepad­a keluarga memerlukan serta membantu mereka membuat persiapan Hari Raya.

Cabaran Belia Ramadan turut diadakan bagi anak muda meraih pemahaman lebih mendalam tentang bulan puasa.

Pada 9 April, Masjid Al-Islah di Punggol telah menganjurk­an acara bagi menyambutm­alamRayada­nsemangatp­erpaduan dalam masyarakat melibatkan sekitar 500 peserta.

Jemaah telah membawa makanan untuk dinikmati bersama relawan masjid sebagai tanda penghargaa­n di atas sumbangan mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore