Berita Minggu-Singapore

Air Canada lancar penerbanga­n tanpa henti S’pura-Vancouver

-

Pelancong yang ingin ke Canada kini boleh menaiki penerbanga­n langsung tanpa transit dari Singapura ke Vancouver setelah syarikat penerbanga­n Air Canada merasmikan penerbanga­n sulungnya antara kedua-dua negara.

Pesawat Air Canada mendarat di Lapangan Terbang Changi Singapura pada pagi 4 April, menandakan kemunculan sulung satu-satunya penerbanga­n tanpa henti antara Singapura dengan Canada.

Mencatat jarak12,818 kilometer, laluan tersebut merupakan yang paling jauh bagi Air Canada, dengan masa penerbanga­n sekitar 14 jam dan 40 minit.

Jumlah perjalanan antara Singapura dengan Canada tahun lalu menyaksika­n peningkata­n sihat, melepasi 85 peratus tahap sebelum pandemik melanda, menurut Naib Presiden Eksekutif Pembanguna­n Kargo dan Hab Udara di Changi Airport Group (CAG), Encik Lim Ching Kiat.

Beliau menambah bahawa penerbanga­n tanpa henti itu memudahkan penumpang dari Vancouver yang ingin ke Singapura ataupun negara Asia Tenggara, lebih-lebih lagi sedang Lapangan Terbang Changi merupakan salah satu lapangan terbang antarabang­sa paling terhubung di Asia Tenggara.

“Penumpang dari Singapura boleh juga mengambil kesempatan atas penerbanga­n tanpa henti baru ini untuk mengunjung­i Canada serta bandar lain di Amerika Utara seperti Chicago dan Washington menerusi hab Vancouver Air Canada,” jelasnya.

Mengulas, Naib Presiden Eksekutif Perancanga­n Rangkaian dan Hasil Air Canada, Encik Mark Galardo, berkata penerbanga­n ke Singapura itu merupakan sebahagian daripada peluasan strategik Lapangan Terbang Vancouver, meletakkan lapangan terbang itu sebagai laluan ke Asia yang lebih digemari dari Amerika Utara.

Singapura pula, tambahnya, berfungsi sebagai gerbang kepada penumpang Asia Tenggara, India Selatan dan Australia Barat yang ingin ke Vancouver menerusi kerjasama Air Canada dan Singapore Airlines.

Laluan Singapore-Vancouver beroperasi empat kali seminggu – Selasa, Khamis, Sabtu dan Ahad – pada 9.10 pagi menggunaka­n pesawat Boeing 787-9 Dreamliner.

Penerbanga­n pulang juga beroperasi empat kali seminggu – Isnin, Rabu, Jumaat dan Sabtu.

Mereka yang menaiki Air Canada akan ditawarkan tiga pilihan kelas kabin iaitu ‘signature’, ekonomi premium dan ekonomi.

Setiap penumpang akan dihiburkan dengan pilihan lebih 1,400 jam filem, lebih 1,900 jam rancangan televisyen, dan lebih 600 jam muzik dan podcast serta dapat mengakses hasil kerjasama perdana Air Canada bersama Apple TV+, Audible, Disney+ dan Hayu.

Bagi meraikan penerbanga­n langsung Singapura dengan Vancouver, Air Canada sedang menawarkan promosi bagi tiket yang ditempah selewat-lewatnya 12 April ini.

Orang ramai boleh mendapatka­n penjimatan tambang penerbanga­n bagi perjalanan yang dilakukan sehingga 15 Mac 2025.

 ?? – Foto CHANGI AIRPORT GROUP ?? Pesawat Air Canada disambut dengan pancuran air setelah mendarat di Lapangan Terbang Changi Singapura buat julung-julung kalinya pada pagi 4 April.
– Foto CHANGI AIRPORT GROUP Pesawat Air Canada disambut dengan pancuran air setelah mendarat di Lapangan Terbang Changi Singapura buat julung-julung kalinya pada pagi 4 April.

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore