Berita Minggu-Singapore

Tiga penginapan mesra alam di Thailand

- ▶ NUR HUMAIRA SAJAT nhumaira@sph.com.sg

Cuti sekolah Jun hampir tiba. Ibu bapa yang masih menggaru kepala memikirkan destinasi percutian akan datang, boleh timbangkan menaiki pesawat ke Thailand! S Hotels & Resorts sarankan tiga penginapan mesra alam dengan beberapa kegiatan bermakna yang boleh dilakukan di tiga pulau yang indah di Thailand – Koh Phi Phi, Koh Samui dan Phuket.

Setiap resort berusaha menghapusk­an sisa makanan dengan menu makanan yang disediakan adalah dari sumber tempatan, termasuk penggunaan bahan dari taman organik. Anda juga berpeluang untuk mengikuti kelas memasak secara peribadi.

1. SAII PHI PHI ISLAND VILLAGE

Terletak di tengah kebun kelapa seluas 70 ekar dengan butir pasir halus sepanjang 800 meter di tepi pantai, tetamu resort boleh melakukan kegiatan berkayak sambil meneroka hutan bakau atau menaiki bot jenis longtail sekitar Koh Phi Phi.

Tetamu resort juga boleh selami dunia bawah air di Marine Discovery Centre. Ahli biologi marin yang ada di situ akan berkongsi kepakaran mereka dan mengundang seisi keluarga menyertai program seperti pemulihara­an jerung bamboo shark dan pembiakan ikan clown fish.

Menerusi pakej Marine Discovery, setiap kegiatan dilakar agar dapat memupuk penghargaa­n yang lebih mendalam buat alam sekitar yang dapat meninggalk­an kesan positif.

Harga bermula dari 7,240 baht Thai ($267) semalam.

2. SAII LAGUNA PHUKET

Terletak di antara lagun berkilauan dengan Laut Andaman di pesisir Phuket, resort ini dapat memberikan anda pemandanga­n matahari terbenam. Penginapan di sini juga sesuai bagi mereka yang ingin mengisi masa dengan kegiatan lasak.

Tetamu di resort ini boleh berseronok dengan kegiatan squasy, tenis, memanah, tinju Thai, golf, gelongsor air kanak-kanak dan lain-lain.

Ahli keluarga juga boleh mengeratka­n hubungan antara mereka menerusi kegiatan belajar memasak bersama, dengan menggunaka­n bahan segar dari taman organik resort tersebut. Kelab kanak-kanak di resort ini menawarkan pelbagai kegiatan juga seperti membuat biskut, tarian Thai, yoga dan permainan mencari harta karun, sesuai buat si cilik.

Di bawah pakej ‘Stay & Play Your Way’, harga bermula dari 6,750 baht Thai ($249) semalam.

3. SAII KOH SAMUI CHOENGMON

Resort ini menghadap perairan biru yang tenang di Hanuman Bay, dan tetamu resort berpeluang meneroka dunia bawah laut yang kaya menerusi kegiatan snorkeling dan kayak di terumbu karangnya.

Sebagai sebahagian pakej ‘Island Hopping Adventures’ atau menjelajah dari pulau ke pulau, tetamu resort boleh menaiki bot longtail tradisiona­l untuk berkunjung ke pulau eksotik berdekatan, termasuk Koh Tan dan Koh Madsum.

Harga bermula dari 9,500 baht Thai ($350) semalam termasuk rawatan spa, sarapan dan makan tengah hari atau makan malam untuk dua orang, dan perkhidmat­an pengangkut­an pergi balik dari lapangan terbang ke resort.

Guna kod promosi BERITAHARI­AN apabila menempah penginapan di hotel-hotel berikut untuk

menikmati diskaun.

Kod promosi ini sah sehingga

akhir 2024.

 ?? – Foto-foto S HOTELS & RESORTS ?? Ibu bapa boleh bawa anak-anak mereka bercuti di pulau indah di Thailand.
– Foto-foto S HOTELS & RESORTS Ibu bapa boleh bawa anak-anak mereka bercuti di pulau indah di Thailand.
 ?? ?? Resort SAii Koh Samui Choengmon menghadap perairan biru yang tenang di Hanuman Bay. – Foto S HOTELS & RESORTS
Resort SAii Koh Samui Choengmon menghadap perairan biru yang tenang di Hanuman Bay. – Foto S HOTELS & RESORTS
 ?? ?? Tetamu resort SAii Phi Phi Island Village boleh melakukan kegiatan berkayak sambil meneroka hutan bakau atau menaiki bot jenis ‘longtail’ sekitar Koh Phi Phi.
Tetamu resort SAii Phi Phi Island Village boleh melakukan kegiatan berkayak sambil meneroka hutan bakau atau menaiki bot jenis ‘longtail’ sekitar Koh Phi Phi.
 ?? ?? Resort SAii Laguna Phuket terletak di antara lagun berkilauan dengan Laut Andaman di pesisir Phuket.
Resort SAii Laguna Phuket terletak di antara lagun berkilauan dengan Laut Andaman di pesisir Phuket.

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore