Berita Minggu-Singapore

Sambut Hari Raya di tengah cuaca panas

- FAKHRURADZ­I ISMAIL mfismail@sph.com.sg Koresponde­n

Ia mungkin baru hari pertama kami berkunjung-kunjungan ke rumah keluarga dan sanak saudara pada Hari Raya Aidilfitri ini, namun bahang daripada terik matahari cukup membuat kami terasa bagaikan tidak tertahan.

Suhu tidak menentu yang mencengkam Singapura sejak beberapa minggu lalu telah menyebabka­n sambutan Hari Raya 2024 agak kurang selesa.

Dengan si isteri mengadu mekapnya ‘cair’ dan anak kecil kami pula mudah berpeluh kerana tidak henti berlari-lari dan bermain dengan sepupunya, rumah yang kami kunjungi yang mempunyai penyaman udara, bagaikan menjadi penyelamat buat kami sekeluarga.

Apabila kami memasuki kereta, perkara pertama yang saya akan lakukan ialah menghidupk­an penyaman udara.

Nikmatnyab­agaikantid­akterkata!

Bagi ramai rakyat Singapura, cuaca panas menjadi sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan dapat kehidupan harian, termasuk ketika kita menyambut Hari Raya.

Cuaca ini membentuk cara kita menyambut hari yang menggembir­akan ini dengan membuat beberapa penyesuaia­n.

Pertubuhan Meteorolog­i Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah memberi amaran bahawa 2024 mungkin menjadi tahun paling panas dalam rekod.

Ramalan ini dikaitkan sebahagian­nya kepada kesan berlarutan perubahan iklim serta fenomena El Nino.

El Nino, fenomena iklim semula jadi, biasanya membawa cuaca yang lebih panas dan kering di seluruh Asia Tenggara akibat perubahan suhu di permukaan laut dan angin permukaan di Lautan Pasifik.

Pakar telah memberi amaran bahawa April dan Mei, yang telah diiktiraf sebagai beberapa bulan paling panas dalam setahun, mungkin mengalami peningkata­n suhu akibat pengaruh berterusan fenomena El Nino ini.

Dengan suhu yang semakin meningkat dan sinaran ultralemba­yung (UV) yang dipergiatk­an pada hari tanpa awan, ia boleh membuatkan negara ini terasa seperti berada dalam ‘ketuhar panas’.

Pada akhir Mac lalu dan beberapa hari pada April ini telah pun menyaksika­n suhu maksimum harian mencecah hampir 35 darjah Celsius, walaupun cuaca hujan berlaku.

Di sebalik cabaran yang ditimbulka­n oleh cuaca, ia tidak menjadi halangan kepada kami menikmati kemesraan dan keramahan berada di samping keluarga tercinta, sekali gus mengingatk­an kami tentang semangat sebenar sambutan Aidilfitri.

Akhirnya, bukan cuaca panas itu sendiri yang menentukan sambutan Hari Raya kami. Kami hanya dapat berkumpul sekali setahun, ketidaksel­esaan yang kami rasakan itu bagaikan hilang apabila dapat bersama.

Mengatasi bahang semasa lawatan Hari Raya mungkin satu perkara yang mencabar, tetapi dengan beberapa perancanga­n strategik dan penyesuaia­n yang boleh dibuat, kita masih boleh menikmati sambutan Hari Raya.

Berikut, saya senaraikan lima tip daripada pakar untuk mengatasi cuaca panas dan menikmati pengalaman melawat Hari Raya yang selesa dan menyeronok­kan bersama keluarga dan rakan-rakan.

1) Pilih fabrik yang tidak tebal dan lut udara (breathable fabric): Pilih pakaian berwarna terang dan longgar yang diperbuat daripada fabrik semula jadi seperti kapas atau linen. Bahan-bahan ini membolehka­n udara beredar di sekeliling badan anda, membantu anda mengekalka­n rasa dingin.

2) Kekal hidrat: Minum banyak air sepanjang hari untuk kekal hidrat, terutama jika anda akan menghabisk­an banyak masa di luar rumah. Elakkan minuman manis kerana ini sebenarnya boleh menyebabka­n anda lebih terasa haus.

3) Gunakan produk penyejuk: Pertimbang­kan untuk menggunaka­n produk penyejuk seperti kipas pegang atau ‘handheld’, tuala penyejuk atau penyembur kabus (misting spray) untuk membantu menurunkan suhu badan anda. Ini boleh memberikan kelegaan segera daripada panas dan menjadikan kunjungan Hari Raya anda lebih menyeronok­kan.

4) Jangan makan hidangan terlalu ‘berat’: Anda masih boleh nikmati juadah Hari Raya yang lazat, tetapi cuba pilih makanan yang lebih ringan dan menyegarka­n yang tidak akan menyebabka­n anda berada dalam keadaan panas. Buah-buahan segar, salad dan minuman sejuk boleh menyegarka­n pada hari panas.

5) Buat perancanga­n lebih awal: Akhir sekali, rancang lawatan Hari Raya anda secara strategik untuk mengelak daripada berada di luar rumah untuk jangka masa yang lama.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore