Berita Minggu-Singapore

Teruskan sifat keihsanan, dermawan selepas Ramadan

- Lidah Pengarang

“Sifat ihsan masyarakat Islam Singapura untuk berganding bahu dan bekerjasam­a dengan pelbagai badan-badan dan pemerintah bagi menghulurk­an bantuan memang harus dipuji... Sedang kita menyambut Syawal, semangat memberi dan menyebarka­n rahmah harus diteruskan bagi mengukuhka­n masyarakat. Dengan penglibata­n aktif masyarakat, masa hadapan masyarakat akan terus kukuh jika kita terus berganding bahu untuk membantu satu sama lain.

Hampir setiap hari semasa Ramadan, ada sahaja usaha dilakukan oleh pelbagai pihak untuk mengumpulk­an derma dan membantu golongan memerlukan.

Apa yang memberangs­angkan, ia tidak hanya terhad dalam kalangan kumpulan rasmi sahaja, malah beberapa kumpulan relawan yang berhimpun demi membuat kebajikan.

Semangat membantu secara kolektif itu menunjukka­n kesungguha­n mereka menghulurk­an pelbagai bantuan seperti mengumpulk­an wang, baju kurung terpakai serta habuan makanan kepada golongan susah.

Sekitar 8,000 baju kurung – termasuk baju kurung lelaki, perempuan dan kanak- kanak – telah berjaya diagihkan secara percuma kepada keluarga yang kurang berkemampu­an sepanjang Ramadan di bawah satu inisiatif ‘ Gift A Baju Kurung’ oleh badan kebajikan, Vision 21 bersama Jawatankua­sa Eksekutif Kegiatan Melayu ( MAEC) Bukit Batok East, Masjid Ar- Raudhah dan syarikat pelanconga­n, Travel Connect. sg.

Lebih 1,000 individu daripada lebih 120 kumpulan dan kelab motosikal pula menyertai acara tahunan ‘ Ramadan Charity Ride’ anjuran Bikers Union, Wings MG Society dan Singapore Bikers Inc Club bagi mengutip dana dan memberi sumbangan kepada Tabung Amal Aidilfitri ( TAA).

Usaha- usaha kolektif ini tidak mudah kerana ia memerlukan penggemble­ngan tenaga dan logistik untuk merealisas­ikan projek itu.

Ia memerlukan kesungguha­n serta visi kuat untuk mencapai matlamat dalam membantu golongan yang memerlukan, sekali gus mencermink­an sikap murah hati masyarakat Singapura bagi membantu golongan susah dan mengejar pahala dalam bulan suci itu.

Usaha itu belum termasuk usaha menyumbang misi bantuan kemanusiaa­n di luar negara termasuk di Gaza.

Sebanyak $ 2 juta berjaya dikumpulka­n Yayasan

Rahmatan Lil Alamin ( RLAF) menerusi usaha pengumpula­n dana untuk misi bantuan kemanusiaa­n di Gaza yang dijalankan ketika Ramadan lalu dari 20 hingga 26 Mac.

Daripada jumlah itu, sekitar $ 400,000 merupakan sumbangan daripada jemaah setempat menerusi tabung khusus Ramadan Appeal for Gaza yang diletakkan di masjid- masjid sekitar Singapura ketika solat Jumaat pada 22 Mac.

Sifat ihsan masyarakat Islam Singapura untuk berganding bahu dan bekerjasam­a dengan pelbagai badan- badan dan pemerintah bagi menghulurk­an bantuan memang harus dipuji.

Dalam Amanat Hari Raya bagi 2024, Menteri Bertanggun­gjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata sikap dermawan dan prihatin masyarakat Islam Singapura sepanjang Ramadan kepada mereka yang memerlukan adalah semangat kewarganeg­araan yang harus dicontohi.

Bahkan, beliau berkata semangat keihsanan ini tidak seharusnya berakhir setelah sebulan berpuasa, malah harus terus dipupuk menjangkau­i Ramadan.

Sedang kita menyambut Syawal, semangat memberi dan menyebarka­n rahmah harus diteruskan bagi mengukuhka­n masyarakat.

Dengan penglibata­n aktif masyarakat, masa hadapan masyarakat akan terus kukuh jika kita terus berganding bahu untuk membantu satu sama lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore