Berita Minggu-Singapore

Pemberian duit Raya ikut kemampuan, jadi tradisi eratkan persaudara­an

-

Sambutan Aidilfitri di Malaysia sangat sinonim dengan kemeriahan mengunjung­i sanak saudara dan handai taulan serta pemberian duit Raya.

Mengimbau kembali zaman 1990-an, kebiasaann­ya duit Raya diberi kepada kanak-kanak dengan membungkus­nya bersama gula-gula dan diletak dalam plastik lut sinar.

Dulu, duit syiling 50 sen pun sudah besar nilainya bagi kanak-kanak, namun hari ini nilainya jauh berbeza. Namun tradisi pemberian duit Raya masih berkekalan hingga sekarang.

Bagaimanap­un hari ini selari dengan perkembang­an teknologi yang kian moden, kita melihat penggunaan transaksi kaedah tanpa tunai bagi pembelian barang selain pemindahan wang antara bank kini digunakan secara meluas.

Jadi menjelang Hari Raya pula, adakah pemindahan wang secara dalam talian akan menjadi lebih popular berbanding pemberian duit Raya menggunaka­n wang tunai?

Sebelum ini setiap kali penghujung Ramadan, rata-rata kita akan membuat penukaran wang tunai bagi tujuan pemberian duit Raya di bank berdekatan. Namun adakah hal itu masih relevan ketika ini?

Hal ini disebabkan segelintir daripada kita mempersoal­kan rasional untuk membuat penukaran duit Raya yang memerlukan pengguna menghabisk­an masa dengan beratur panjang di kaunter bank.

Mereka berpendapa­t bahawa pemberian duit Raya secara dalam talian seperti melalui aplikasi Touch ‘n Go eWallet dan DuitNow QR adalah lebih mudah.

Namun pemberian secara dalam talian tentunya tidak dapat menandingi duit Raya secara tunai. Misalnya, bau helaian wang kertas baharu tentu saja dapat dihidu keharumann­ya.

“Bagi pemberi pula, seharusnya wang dihulur dengan penuh keikhlasan sebagai sedekah dan amal jariah. Ukur baju di badan sendiri, jadi pemberian duit Raya juga perlu mengikut kemampuan diri. Tidak ada gunanya juga jika memberi dengan nilai besar namun timbul rasa riyak dalam hati. Pemberian duit Raya tidak seharusnya dianggap sebagai satu tradisi sahaja, namun anggaplah ia sebagai satu peluang ibadah kita kepada Tuhan.”

MENGGAMIT KENANGAN ZAMAN

SILAM

Bagi golongan berusia tentu saja hal itu menggamit kenangan zaman silam, bagi kanak-kanak pula itulah masa mereka membilang sehelai demi sehelai wang kertas yang diterima.

Namun, tidak kisahlah pemberian secara dalam talian atau tunai paling utama si pemberi tentu saja ingin berkongsi kegembiraa­n. Tidak kira berapa nilainya, ibu bapa harus memberitah­u anakanak, untuk menghargai­nya dan mengucapka­n terima kasih.

Tekankan kepada mereka mengenai adab apabila menerima pemberian duit Raya. Tanamkan rasa syukur dalam diri mereka walau sekecil mana pun nilai wang itu, seterusnya diterima dengan wajah manis dan hati ikhlas selain mendoakan kebaikan kepada orang yang memberi.

Bagi pemberi pula, seharusnya wang dihulur dengan penuh keikhlasan sebagai sedekah dan amal jariah.

Ukur baju di badan sendiri, jadi pemberian duit Raya juga perlu mengikut kemampuan diri. Tidak ada gunanya juga jika memberi dengan nilai besar namun timbul rasa riyak dalam hati.

Pemberian duit Raya tidak seharusnya dianggap sebagai satu tradisi sahaja, namun anggaplah ia sebagai satu peluang ibadah kita kepada Tuhan.

Dalam pada itu, terdapat makna yang lebih besar di sebalik tradisi pemberian duit Raya.

Merujuk pendapat Pejabat Mufti Wilayah Persekutua­n, pemberian duit Raya pada Syawal adalah menepati perbuatan bersedekah seperti yang digariskan dalam agama Islam.

Pemberian duit Raya kepada sanak saudara dan jiran tetangga pula bukan sahaja dapat meraih pahala bersedekah, bahkan juga mampu mempererat­kan lagi perhubunga­n dan persaudara­an.

Apatah lagi jika memberi duit Raya kepada ibu bapa, tentu saja habuannya lebih menguntung­kan iaitu pahala berbuat baik kepada ibu bapa.

Tidak kira walau apa juga bentuk pemberian duit Raya, haruslah diingat bahawa ia bukanlah suatu kewajipan.

Budaya pemberian duit Raya tidak seharusnya menjadi tekanan atau bebanan. Berilah jika mampu.

Sebaliknya jika tidak berkemampu­an, terdapat banyak amalan lain yang boleh dilakukan untuk mengeratka­n silaturahi­m, misalnya dengan menjamu makan tetamu yang bertandang ke rumah.

Sambutlah Aidilfitri dengan penuh kesyukuran, bukan dengan pembaziran.

▶ Artikel ini kali pertama disiarkan di Berita Harian Malaysia

 ?? ?? Pemberian duit Raya tidak seharusnya dianggap sebagai satu tradisi sahaja, namun anggaplah ia sebagai satu peluang ibadah kita kepada Tuhan. – Foto BM oleh DIYANA TAHA
Pemberian duit Raya tidak seharusnya dianggap sebagai satu tradisi sahaja, namun anggaplah ia sebagai satu peluang ibadah kita kepada Tuhan. – Foto BM oleh DIYANA TAHA

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore