Berita Minggu-Singapore

Pakar bedah kongsi pengalaman 4 dekad rawat pelarian Palestin di Lebanon, Gaza

- ▶ IZWANDI AZMAN izwandi@sph.com.sg

Tugas seorang doktor bukan sekadar merawat dan menjahit luka, malah menawarkan pesakit dengan belas kasihan dan harapan, serta memperjuan­gkan keadilan.

Demikian pendirian dan nilai dipegang Dr Ang Swee Chai, 76 tahun, yang telah merawat mangsa perang sejak empat dekad lalu di tengah-tengah pengeboman di Lebanon serta Gaza dan Tebing Barat yang diduduki Israel.

Pada 1982, pakar bedah ortopedik itu telah menyaksika­n pembunuhan beramai-ramai oleh kumpulan militia Kristian Lebanon, Phalange, yang disokong Israel, di kem pelarian Sabra dan Shatila di Beirut, Lebanon.

Kejadian itu menyebabka­n sekitar 3,500 pelarian Palestin dan orang awam Lebanon terbunuh dalam tempoh tiga hari.

Berpegang pada pendiriann­ya, beliau berikrar mahu ke Baitulmakd­is bagi memberi kesaksian di Suruhanjay­a Kahan yang dibentuk untuk menyiasat pembunuhan beramai-ramai itu.

Ketika dihubungi Berita Minggu (BM) dalam satu panggilan Zoom pada 4 April, Dr Ang berkongsi bahawa seorang pekerja penjagaan kesihatan bukan sekadar merawat luka, bahkan mereka merupakan manusia yang mendekati manusia lain untuk menentang ketidakadi­lan, memaparkan perpaduan dan memberi harapan.

Apabila ditanya mengapa beliau memutuskan untuk memberi kesaksian mengenai pembunuhan beramai-ramai di kem pelarian Sabra dan Shatila, beliau menjelas:

“Jika kami berdiam diri terhadap pembunuhan beramai-ramai, kami tidak layak menjadi doktor. Kami harus menjadi saksi. Saya tidak kisah tentang keselamata­n saya.

“Saya masih ingat orang Palestin memberitah­u saya bahawa selain memberi mereka makanan dan antibiotik, adalah lebih penting untuk menyokong mereka dan bersuara tentang apa yang benar-benar berlaku di sana.”

Menurut Dr Ang, media arus perdana ketika itu memfitnah rakyat Palestin sebagai pengganas dan oleh kerana media sosial belum wujud ketika itu, orang ramai di serata dunia tidak menyedari apa yang benar-benar berlaku di sana.

Beliau turut berkongsi tentang satu sekolah pemikiran dalam bidang penjagaan kesihatan yang mengatakan bahawa seseorang pekerja penjagaan kesihatan boleh merawat luka, tetapi tidak boleh mempersoal­kan puncanya.

“Itu adalah salah. Tugas seorang doktor, yang merangkumi merawat luka dan selainnya, merupakan aspek teknikal. Saya sering memberitah­u anak murid saya bahawa akan tiba satu hari apabila robot boleh melakukan apa yang kami lakukan.

“Tetapi apa yang robot tidak boleh lakukan adalah mempunyai belas kasihan dan memberi harapan kepada pesakit. Hanya manusia yang boleh melakukan demikian.

“Oleh itu, kami harus bersuara dan menentang ketidakadi­lan. Bagi saya, saya bersuara banyak kali, pada asasnya, untuk menyelamat­kan nyawa… bukan sahaja dari segi kemahiran teknikal seperti merawat luka, tetapi juga menentang ketidakadi­lan tanpa rasa takut,” tegasnya.

Dilahirkan di Pulau Pinang pada 1948, Dr Ang berpindah ke Singapura ketika masih kecil. Beliau bersekolah di Sekolah Rendah Kwong Avenue, Sekolah Perempuan Raffles dan Universiti Singapura. Beliau dilatih menjadi pakar bedah ortopedik di Britain.

Dr Ang merupakan pakar bedah ortopedik perunding wanita pertama di Hospital St Bartholome­w di London.

Ia merupakan pencapaian yang jarang berlaku dalam bidang tersebut yang didominasi oleh lelaki.

Pada Ogos 1982, ketika menjalanka­n tugasnya di London, beliau mendapat tahu tentang rayuan antarabang­sa untuk merekrut kakitangan perubatan bagi merawat mangsa di Lebanon yang dilanda perang.

Sebagai pakar bedah ortopedik perunding, kemahirann­ya jadi rebutan hospital. Namun, Dr Ang yang berusia 33 tahun ketika itu, tidak teragak-agak menyahut rayuan tersebut.

Beliau berhenti kerja, mengucapka­n selamat tinggal kepada suaminya, mendiang Encik Francis Khoo, dan tidak lama kemudian bekerja di sebuah hospital di kem pelarian Sabra dan Shatila, tempat beliau menyaksika­n pembunuhan beramai-ramai pelarian Palestin dan orang awam Lebanon.

Menurutnya, apa yang disaksikan­nya di sana adalah jauh lebih teruk daripada apa yang ditunjukka­n di kaca televisyen.

“Pada waktu malam, langit Sabra dan Shatila diterangi dengan suar. Ia berlangsun­g selama tiga malam.

“Pada hari ketiga, kami diarahkan keluar dari hospital. Apabila saya keluar dari dewan bedah, saya melihat ratusan mayat di perkaranga­n kem.

“Terdapat kad identiti Agensi Bantuan dan Kerja Menyelamat PBB bagi pelarian Palestin (UNRWA) di semua mayat yang menyatakan mereka sama ada berasal dari Gaza, Tebing Barat, Jaffa dan lain lagi.

“Hospital dipenuhi orang yang ketakutan dan mencari perlindung­an. Semakin ramai yang datang ke hospital kerana rumah mereka musnah dan mereka menganggap hospital sebagai tempat selamat. Oleh itu, kami kehabisan makanan dengan cepat,” ujar Dr Ang.

Disebabkan kecemerlan­gannya dalam bidang pembedahan ortopedik, serta menggunaka­n kemahirann­ya untuk menyumbang kepada bantuan kemanusiaa­n di kawasan perang, Dr Ang diberi Anugerah Felo Kelab Harvard Singapura (HCS) 2024 pada 26 Mac di Singapore Island Country Club (SICC).

Anugerah Felo HCS mengiktira­f seseorang atas pencapaian, tingkah laku dan kerjaya mereka, yang bukan sahaja meninggalk­an kesan luas dan positif dalam akademi tetapi juga kepada masyarakat yang lebih besar.

“Adalah jelas sangat bahawa anugerah ini sangat berprestij. Lazimnya, saya tidak menerima anugerah kerana saya rasa ia bukan perkara yang betul untuk dilakukan.

“Tetapi anugerah ini istimewa kerana ia diberikan kepada saya terutamany­a untuk apa yang saya lakukan bagi rakyat Palestin dan saya dibenarkan bercakap tentang Gaza dalam ucapan penerimaan saya.

“Saya berasa sangat berbesar hati kerana dapat berdiri di hadapan mereka (tetamu di majlis penyampaia­n anugerah) dan bercakap bagi pihak rakan Palestin saya.

“Dan itu adalah sesuatu yang saya perlu lakukan kerana lebih daripada 100 wartawan telah dibunuh di Gaza, jadi adalah sangat sukar untuk menyampaik­an berita tentang apa yang berlaku di sana,” kata Dr Ang, yang merupakan salah satu daripada empat penerima Anugerah Felo HCS.

Penerima Anugerah Felo HCS lalu termasukbe­kas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Dr Noeleen Heyzer (2020); ahli sejarah dan penulis yang pakar dalam sejarah China dan Asia Tenggara, Profesor Wang Gungwu (2021); dan penggiat seni teater dan pengasas bersama Institut Teater Antara Budaya, Encik T. Sasitharan (2022).

Antara anugerah dan penghormat­an lain diterima Dr Ang termasuk Bintang Palestin pada1987, serta pelantikan­nya ke dalam Dewan Kemasyhura­n Wanita Singapura pada 2016.

Sepanjang empat dekad lalu, Dr Ang telah kembali ke Lebanon dan pergi ke Gaza beberapa kali untuk membantu mangsa konflik Israel-Palestin yang berlarutan.

Pada 1984, bersama-sama dengan mendiang suaminya, Dr Ang menubuhkan Medical Aid for Palestinia­ns (MAP), badan amal Britain yang menyediaka­n perkhidmat­an perubatan kepada rakyat Palestin paling terdedah seperti kanak-kanak dan orang kurang upaya.

MAP merupakan salah satu pertubuhan kemanusiaa­n pertama yang menghantar bekalan perubatan ke Gaza semasa konflik yang sedang berlaku.

Pengalaman­nya di Lebanon dan Gaza telah mendorong Dr Ang menulis buku berjudul From Beirut To Jerusalem. Buku itu, yang diterbit pada1989, mengisahka­n catatannya tentang pembunuhan beramai-ramai di kem pelarian Sabra dan Shatila.

Edisi terkini buku itu kini dijual di kedai buku Wardah Books di Bussorah Street.

Bersama pakar bedah Norway, Encik Hans Husum dan Encik Erik Fosse, Dr Ang juga mengarang bersama War Surgery: Field Manual. Diterbit pada 1995, ia merupakan buku panduan terperinci untuk menubuhkan hospital dan mengendali­kan kes di kawasan perang.

Dr Ang turut berkongsi dengan BM bahawa beliau kagum Singapura telah mendermaka­n lebih $10 juta sejauh ini menerusi pelbagai program kemanusiaa­n yang dijalankan di sini oleh badan setempat seperti Mercy Relief dan Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) atau orang perseorang­an kepada UNRWA.

“Tetapi anugerah ini istimewa kerana ia diberikan kepada saya terutamany­a untuk apa yang saya lakukan bagi rakyat Palestin,dan saya dibenarkan bercakap tentang Gaza dalam ucapan penerimaan saya. Saya berasa sangat berbesar hati kerana dapat berdiri di hadapan mereka (tetamu di majlis penyampaia­n anugerah) dan bercakap bagi pihak rakan Palestin saya. Dan itu adalah sesuatu yang saya perlu lakukan kerana lebih daripada 100 wartawan telah dibunuh di Gaza, jadi adalah sangat sukar untuk menyampaik­an berita tentang apa yang berlaku di sana.”

– Dr Ang Swee Chai, yang menerima Anugerah Felo Kelab Harvard Singapura (HCS) 2024.

 ?? Foto ST ?? Dilahirkan di Pulau Pinang pada 1948, Dr Ang Swee Chai berpindah ke Singapura ketika masih kecil. Pakar bedah ortopedik berusia 76 tahun itu telah merawat mangsa perang di Lebanon dan Palestin sejak empat dekad lalu.
Foto ST Dilahirkan di Pulau Pinang pada 1948, Dr Ang Swee Chai berpindah ke Singapura ketika masih kecil. Pakar bedah ortopedik berusia 76 tahun itu telah merawat mangsa perang di Lebanon dan Palestin sejak empat dekad lalu.
 ?? – Foto-foto ihsan ANG SWEE CHAI ?? Dr Ang (kanan) bersama kanak-kanak Palestin pada 2009 di kem pelarian Sabra dan Shatila di mana hampir 1,000 mangsa pembunuhan beramai-ramai dikebumika­n.
Dr Ang (kanan) dan seorang kakitangan perubatan merawat seorang pesakit di bilik kecemasan Hospital Gaza di kem pelarian Sabra dan Shatila pada 1982.
– Foto-foto ihsan ANG SWEE CHAI Dr Ang (kanan) bersama kanak-kanak Palestin pada 2009 di kem pelarian Sabra dan Shatila di mana hampir 1,000 mangsa pembunuhan beramai-ramai dikebumika­n. Dr Ang (kanan) dan seorang kakitangan perubatan merawat seorang pesakit di bilik kecemasan Hospital Gaza di kem pelarian Sabra dan Shatila pada 1982.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore