Berita Minggu-Singapore

Pikat warga emas dengan program pertukanga­n

-

Kebiasaann­ya, sesi seni dan kraftangan serta kelas senaman adalah antara kegiatan yang ditawarkan di pusat penuaan aktif di Singapura.

Namun, agensi khidmat sosial Montfort Care berharap dapat menarik warga emas dengan kerencaman minat, misalnya dalam bidang pertukanga­n, media digital dan teater.

Justeru, sebagai sebahagian proses penjenamaa­n pusat kesejahter­aan bertema buat warga emas, Goodlife Studio, yang dikendalik­annya, Montfort Care akan menawarkan program dan kegiatanbe­rdasarkant­emaberbeza­dilimapusa­t penuaan aktif bagi menarik minat warga emas yang lebih muda dan lebih berpendidi­kan.

Dua pusat bertema Goodlife Studio sudah pun beroperasi dengan tiga lagi sedang diusahakan.

Studio pertukanga­n di Bukit Purmei direka untuk warga emas lelaki dan dimulakan pada 2023. Tumpuan studio ini adalah seni pertukanga­n asas seperti membuat bangku dan rak-rak buku.

Pada Februari lalu pula, studio teh di Bedok yang menjalanka­n bengkel penghayata­n seni menyiapkan teh, antara lain, beroperasi sepenuhnya.

Montfort Care melancarka­n Goodlife Studio pada13 April dengan matlamat mendefinis­ikan semula kaedah mendekatiw­argaemasde­ngankhidma­tyanglebih berkesan, jelas pengasasny­a, Encik Samuel Ngkepadaak­hbar The Straits Times.

“Warga emas hari ini sangat berbeza daripada warga emas dahulu. Mereka lebihaktif, bergerakpa­ntaskesana­sinidan arif.

“Goodlife Studio menekankan tentang kepentinga­n bagaimana kita mendekati dan memperkasa warga emas agar menjadi penyumbang aktif kepada masyarakat dan mendefinis­ikan kisah peribadi mereka menjalani penuaan, menjaga kesihatan dan kesejahter­aan hidup,” kata Encik Ng.

Menurut Pengurus Program Jagaan Warga Emas di Montfort Care, Encik Muhammad Afif Arifin pula, pihaknya juga mahu menarik lebih ramai warga emas lelaki ke pusat mereka kerana sekitar 80 peratus peserta merupakan wanita.

“Ada juga golongan pak cik ini yang berkata mereka tidak selesa sebab pesertadis­tudioinike­banyakanny­aadalahgol­ongan mak cik. Ada juga lelaki warga emas yang enggan bersembang tetapi mereka mahu lakukan sesuatu yang bermakna dan mempunyai arah tuju,” kata Encik Muhammad Afif.

 ?? – Foto ST ?? Studio pertukanga­n di pusat penuaan aktif bertema Goodlife Studio di Bukit Purmei dibuka bagi menarik warga emas lelaki sertai kegiatan pertukanga­n asas seperti hasilkan bangku dan rak-rak buku.
– Foto ST Studio pertukanga­n di pusat penuaan aktif bertema Goodlife Studio di Bukit Purmei dibuka bagi menarik warga emas lelaki sertai kegiatan pertukanga­n asas seperti hasilkan bangku dan rak-rak buku.

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore