Berita Minggu-Singapore

4 destinasi untuk dapat tidur lena...

-

Melancong merupakan kegiatan yang bukan sahaja memberi ketenangan diri tetapi turut merakam banyak kenangan manis bersama orang tersayang. Berikut beberapa bandar yang disarankan wadah pelanconga­n digital Booking.com yang bukan sahaja menawarkan pemandanga­n cukup indah tetapi juga mewujudkan suasana sangat tenang bagi mereka yang dambakan rehat berkualiti di luar negara.

1. ARRAIAL D’AJUDA, BRAZIL

Arraial d’Ajuda adalah bandar menawan di daerah selatan dari Porto Seguro, yang dikenali sebagai antara destinasi pantai terbaik di Brazil. Dengan suasananya yang tenang dan pantai-pantai di sana, ia sangat sesuai bagi pelancong yang ingin berjauhan daripada hiruk-pikuk bandar yang sibuk.

Mana untuk inap?: Manacá Pousada Parque adalah rumah penginapan indah di luar pusat Arraial d’Ajuda dan tidak jauh dari pantai. Ia dikeliling­i kehijauan – pokok kelapa dan taman cantik – disertai kolam ‘infinity’ yang menawarkan pemandanga­n laut.

2. VIANA DO CASTELO,

PORTUGAL

Terletak di utara Portugal, bandar di pesisir pantai Viana do Castelo cuma kurang sejam jauh memandu dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Porto. Destinasi ini menggabung­kan kemegahan seni bina dan budaya yang kaya, dan dikenali untuk warisan maritimnya hingga ke hari ini.

Mana untuk inap?: Pousada de Viana do Castelo terletak tinggi di Monte de Santa Luiza, menawarkan pemandanga­n seluruh bandar. Orang ramai boleh mengunjung­i pusat bersejarah Viana do Castelo dengan menggunaka­n lif panorama Santa Luiza.

3. MAZATLÁN, MEXICO

Terletak berdekatan Teluk California, Mazatlán adalah destinasi pantai yang dapat dinikmati pelancong yang ingin berjauhan daripada kesibukan sambil menikmati tradisi Mexico. Mazatlán kaya dengan sejarah dan warisan dengan prasarana penjajah abad ke-19 diselaputi warna bertenaga yang dapat dilihat di seluruh bandar.

Mana untuk inap?: Untuk percutian santai di pantai, anda boleh tinggal di Pueblo Bonito Mazatlan Beach Resort. Resort ini terletak di Golden Zone, yang terkenal dengan pantai yang sesuai untuk berenang. Peningapan ini menawarkan bilik dengan pemandanga­n laut yang menakjubka­n, serta spa dengan pelbagai rawatan.

4. MOAB, AMERIKA SYARIKAT

Terletak di Tenggara Utah, Moab adalah ‘syurga’ bagi penggemar kegiatan luar dan tempat yang sesuai untuk meneroka pelbagai landskap yang antara paling cantik di Amerika Syarikat. Ia menempatka­n ribuan kilometer persegi formasi batu merah, dan gerbang batu pasir semula jadi. Setelah melakukan kegiatan lasak, pelancong boleh mencari ketenangan dengan memerhati bintang di langit. Rantau ini mempunyai antara langit tergelap di Amerika, sesuai untuk kegiatan memerhati bintang.

Mana untuk inap?: Red Cliffs Lodge terletak berdekatan Sungai Colorado dan memberi pelancong pengalaman sekitar luar sebenar. Penginapan itu menawarkan ketenangan dan pemandanga­n indah formasi batu merah, sambil memastikan pelancong dekat dengan pusat Moab. Setelah meluangkan masa di luar, tetamu boleh bersantai sambil menikmati pemandanga­n sungai atau memerhati langit malam di sekitar padang pasir itu.

 ?? ?? Hotel Pousada de Viana do Castelo menawarkan pemandanga­n seluruh bandar. – Foto BOOKING.COM
Hotel Pousada de Viana do Castelo menawarkan pemandanga­n seluruh bandar. – Foto BOOKING.COM
 ?? ?? Tempat penginapan Manacá Pousada Parque dikeliling­i kehijauan. – Foto BOOKING.COM
Tempat penginapan Manacá Pousada Parque dikeliling­i kehijauan. – Foto BOOKING.COM

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore