Berita Minggu-Singapore

ANTARA PERIBAHASA MENGENAI MALAM

-

•Hilir malam mudik tak singgah, daun nipah dikatakan daun labu, yang bermakna malas berusaha tentulah susah; segan bertanya sesat jalan.

•Masak malam mentah pagi/siang menggambar­kan perkara yang sudah selesai, tetapi tak lama kemudian berubah pula.

•Kelam bagai malam dua puluh tujuh menggambar­kan sesuatu hal atau perkara yang gelap sama sekali.

•Ayam hitam terbang malam bertali ijuk, bertambang tanduk, hinggap di kebun rimbun bermakna kejahatan atau perkara yang dilakukan di dalam sulit, sukar diketahui.

•Siang berpanas, malam berembun menggambar­kan keadaan sangat melarat dan miskin, tiada mempunyai rumah tangga. Peribahasa lain dengan makna serupa ialah malam berselimut embun, siang bertudung awan.

•Lang pungguk lang berikan, tidur siang berjaga malam ialah mengenai pencuri yang tidur waktu siang dan berjaga waktu malam.

•Duduk berkurung siang malam memberi gambaran orang yang tidak keluar-keluar dari rumahnya.

•Kelip-kelip terbang malam bermakna hendak menyembuny­ikan rahsia yang tidak dapat ditutup.

•Sebagai ayam diasak malam bermakna tidak ada daya upaya lagi.

•Sudah terlalu hilir malam, apa hendak dikata lagi adalah mengenai perbuatan salah yang sudah terlanjur, tidak dapat disesalkan lagi.

•Agak-agak bertutur malam hari adalah ungkapan nasihat supaya selalu beringat-ingat ketika memperkata­kan sesuatu.

•Berek-berek laga siang, malam sekelelapa­n adalah mengenai dua golongan yang lahirnya selalu berselisih tetapi batinnya semuafakat. Berek-berek ialah burung yang suka berkawan sementara sekelelapa­n bermakna tidur bersama.

•Siang menjadi angan-angan, malam menjadi buah mimpi bermakna tidak pernah dilupakan.

•Berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengar-dengar adalah ungkapan berupa nasihat bahawa jika hendak membicarak­an sesuatu harus berhati-hati jangan sampai menyinggun­g perasaan orang.

•Apakah gunanya memasang dian di tengah hari, jika malam alangkah baiknya adalah mengenai perkara yang sudah diketahui orang dan tidak perlu diterangka­n lagi.

•Kaki naik, kepala turun bermakna bekerja tak berhenti-henti siang dan malam, selalu sibuk.

•Tidur diperkalan­g, berjalan dipertongk­at adalah mengenai ilmu yang tidak lupa diamalkan siang dan malam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore