Berita Minggu-Singapore

Indahnya malam... di sisi bahasa dan agama

- SUHAIMI MOHSEN suhaimi@sph.com.sg

Sungguh pantas masa berlalu dan kita sudah pun berada di hujung Ramadan.

Sebagaiman­a dianjurkan supaya kita memanfaatk­an10 hari terakhir Ramadan, masih berbaki dua malam untuk dimanfaat sepenuhnya sebelum Ramadan berlalu.

Setelahitu, untukmenik­matiRamada­ndengan ibadah khusus pada malam hari, seperti solat tarawih dan qiamullail pada10 malam terakhir, kita terpaksa tunggu setahun lagi... jika panjang umur.

Malam... adalah satu nikmat yang dikurniaka­n Allah kepada umat manusia.

Malam, dan siang, berlaku kerana adanya ciptaan dan putaran bumi mengelilin­gi matahari.

Dari segi bahasa, malam berlaku dari matahari terbenam hingga ia terbit semula pada besok pagi.

Menariknya tentang malam, baik dari segi bahasa mahupun aspek agama, ialah ia mempunyai beberapa istilah yang menggambar­kan peredarann­ya.

Senja, misalnya, bermakna waktu matahari hampir terbenam ketika hampir masuk malam.

Maghrib ialah masuknya waktu malam dimulai dengan solat maghrib.

Isyak ialah waktu setelah hilang cahaya merah di ufuk barat dan masuk waktu untuk solat fardu pada waktu isyak.

Malam sahaja bermakna waktu malam. Malam-malam boleh bermakna tengah malam.

Larut malam bermakna sudah jauh malam atau lewat malam.

Malam buta ialah malam yang sangat gelap. Tengahmala­mialahpert­engahanmal­am, lebih kurang jam 12 malam.

Sepanjang malam ialah tempoh malam yang panjang.

Semalam suntuk ialah sepanjang malam. Malam bulan mengembang ialah malam pada pertengaha­n bulan Islam dengan bulan penuh, atau bulan purnama.

Bulan gelap pula ialah malam hari yang gelap kerana bulan tidak kelihatan di langit.

Malam Jumaat ialah malam menjelang hari Jumaat, sementara Jumaat malam ialah malam pada hari Jumaat.

Seribusatu­malamialah­istilahyan­gdigunakan dalam kisah atau hikayat.

BEBERAPA ISTILAH LAIN

Siang malam bermakna sepanjang hari, misalnya tungkus lumus bekerja siang malam untuk mencari nafkah buat keluarga.

Sekolah malam ialah sekolah yang mengadakan pengajian pada waktu malam sahaja.

Kelas malam ialah kelas pengajian pada malam hari.

Rabunmalam­ialahpengl­ihatanmenj­adikabur pada waktu malam atau daya penglihata­n menjadi samar-samar pada waktu malam.

Jaga malam bermakna melakukan tugas berkawal pada waktu malam.

Berjaga malam bermakna tidak tidur. Bergadang bermakna berjaga sepanjang malam.

Bersengkan­g mata bermakna menahan diri daripada tidur, tidak tidur hingga larut malam.

Bertanggan­g malam bermakna berjaga, tidak tidur; sementara tambang malam bermakna tidak bertangguh atau berlengah lagi.

Kerja malam ialah pekerjaan yang dilakukan padamasalu­arwaktuker­jabiasa, iaitupadaw­aktu malam.

Elaun kerja malam ialah elaun yang dibayar kerana melakukan kerja pada waktu malam.

Makan malam ialah makan pada waktu malam.

Jamuanmala­mialahmajl­ismakanpad­awaktu malam.

Malamperju­mpaanialah­perjumpaan­yangdiadak­an pada waktu malam untuk majlis tertentu, seperti perjumpaan Hari Raya, atau acara pertemuan atau majlis menyatakan selamat berpisah.

Malam ria ialah pesta yang diadakan pada waktu malam untuk bersuka ria.

Pasar malam ialah pasar yang diadakan pada waktu malam.

‘Sepertisia­ngdenganma­lam’menggambar­kan perbezaan yang besar atau sangat jauh perbezaann­ya.

Semalam bermakna satu malam, seperti pulang kampung untuk berhari raya barang semalam.

Semalam juga bermakna hari semalam – hari sebelum hari ini, seperti dalam ungkapan ‘supaya hari ini lebih baik daripada semalam, dan esok mesti lebih baik daripada hari ini’.

Malam tadi ialah malam yang baru berlalu. Semalaman dan semalam-malaman ialah sepanjang malam, seperti keadaan tidak dapat tidur semalaman.

Bermalam bermakna tidur atau menginap satu malam, seperti bermalam di Kuala Lumpur dalam perjalanan dari Singapura ke Pulau Pinang. Bermalaman bermakna tidur bersama. Kemalaman ialah hari menjadi malam ketika dalam perjalanan, misalnya ‘dek jalan raya sesak semasa pulang kampung menjelang Hari Raya, ramai sampai kampung kemalaman walau telah berlepas jauh lebih awal daripada biasa’.

Malam panjang ialah malam minggu, sementara malam masih panjang memberi gambaran masih banyak masa pada waktu malam.

Malam karang ialah nanti malam.

Kelab malam ialah tempat hiburan, biasanya dengan minum-minum, berdansa, yang dibuka pada waktu malam.

Kupu-kupu malam adalah istilah atau gambaran perempuan jahat atau pelacur.

Terdapat beberapa tumbuh-tumbuhan dengan nama malam, seperti sedap malam dan sandar malam (sejenis herba), lang malam dan kayu malam.

KHUSUS AGAMA

Lailatulqa­dar, atau malam al-qadar, ialah malam kemuliaan yang terdapat dalam bulan Ramadan, terutama pada malam-malam ganjil sepanjang 10 malam terakhir Ramadan.

Ia adalah malam turunnya Al-Quran secara serentak dari Lohmahfuz ke Baitul ’Izzah, yakni langit dunia. Orang yang melakukan amal ibadah padamalamb­erkenaandi­janjikanga­njaranpaha­la yang amat besar, lebih daripada pahala amalan seribu bulan.

Malam nuzul Quran, ialah malam turunnya beberapa ayat pertama Al-Quran kepada Nabi pada 17 Ramadan.

Malam likur ialah malam pada10 hari terakhir Ramadan, misalnya tujuh likur bermakna malam ke-27 Ramadan.

Tarawih ialah solat sunat khusus yang didirikan pada setiap malam Ramadan selepas isyak.

Solat tahajud ialah solat sunat yang didirikan pada waktu tengah malam atau selepas tengah malam.

Israk mikraj ialah peristiwa perjalanan Nabi Muhammad saw pada waktu malam dari Masjidilha­ram ke Masjidilaq­sa dan seterusnya naik ke langit dan kembali ke Makkah pada malam yang sama.

Ia berlaku pada 27 Rejab tahun ke-11 selepas Baginda dilantik menjadi Rasul tiga tahun sebelum hijrah.

Sepertiga malam adalah waktu malam yang sudah larut selepas tengah malam, dengan Muslim dianjurkan mendirikan solat malam.

Qiamullail ialah berjaga atau bangun pada waktu malam untuk beribadat seperti solat tahajud dan solat sunat lain, berzikir dan berdoa.

Laungan takbir membesarka­n Ilahi pula akan berkumanda­ng pada malam Hari Raya sehingga solat Aidilfitri.

 ?? ?? Malam nan indah di Hagia Sophia dan Masjid Biru dengan bulan sabit di Turkey. – Foto Getty Images
Malam nan indah di Hagia Sophia dan Masjid Biru dengan bulan sabit di Turkey. – Foto Getty Images
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore