Berita Minggu-Singapore

TAA badan amal penting, wajar terus disokong

- Lidah Pengarang

Tahun demi tahun semakin ramai yang dapat dibantu TAA, bahkan dengan jumlah wang yang diberikan juga meningkat sejajar dengan keperluan semasa. Pada 2024, setiap penerima mendapat habuan sebanyak $450 – jumlah tertinggi yang pernah diagihkan oleh TAA. Pada 2023, TAA memberi habuan sebanyak $400 setiap seorang.

Jumlah bantuan lebih tinggi itu perlu memandangk­an kos sara hidup yang meningkat dari tahun ke tahun. Pertambaha­n jumlah wang yang diagih itu dapat dilakukan kerana kedudukan kewangan TAA yang mantap hasil sokongan masyarakat penderma yang kekal kuat kepada badan amal itu. Ini adalah penting.

Sokongan masyarakat untuk terus mendukung peranan penting TAA, yang telah lama berkhidmat, adalah perlu.

Sinonim dengan Ramadan dan Aidilfitri ialah Tabung Amal Aidilfitri (TAA), yang ditubuhkan kira-kira 32 tahun lalu. Matlamat badan amal itu ialah mengumpul dana khususnya semasa Ramadan dan Syawal serta mengagihka­n dana terkumpul kepada individu dan keluarga yang memerlukan.

Saban tahun, bantuan TAA diberi kepada mereka yang benar-benar memerlukan, secara telus dan teratur, termasuk dengan latar belakang penerima individu dan keluarga disemak dan memenuhi kriteria seperti warga tua yang lemah, keluarga berpendapa­tan rendah dan mereka yang menghadapi pelbagai cabaran kewangan serta kesihatan.

Tahun demi tahun TAA terus bekerja keras menjayakan matlamat dan tujuan murninya itu, dan walaupun selepas lebih tiga dekad, peranan TAA tetap penting.

Malah, tidak keterlalua­n menganggap TAA kekal sebagai ikon masyarakat Melayu/Islam Singapura dan begitu dekat di hati masyarakat. Ini walaupun banyak badan amal lain turut melakukan usaha mengumpul dana semasa Ramadan – bulan apabila kebanyakan orang paling murah hati menderma.

Pada 2024, dengan tema ‘Utamakan Zakat, Banyakkan Sedekah’, TAA menyasarka­n kutipan $1.35 juta bagi membantu lebih 3,000 penerima bantuan, berbanding sekitar $1.2 juta yang dikumpul pada 2023.

Pelbagai cara dan wadah telah disediakan­nya untuk memudahkan orang ramai menghulurk­an derma. Namun, berdasarka­n rekod lalu, 90 peratus derma yang diterima TAA adalah hasil derma dalam talian. Ini termasukla­h melalui PayNow dan wadah Giving.Sg.

Selain itu, tahun demi tahun semakin ramai yang dapat dibantu, bahkan dengan jumlah wang yang diberikan juga meningkat sejajar dengan keperluan semasa. Pada 2024, setiap penerima mendapat habuan sebanyak $450 – jumlah tertinggi yang pernah diagihkan oleh TAA. Pada 2023, TAA memberi habuan sebanyak $400 setiap seorang.

Jumlah bantuan lebih tinggi itu perlu memandangk­an kos sara hidup yang meningkat dari tahun ke tahun. Pertambaha­n jumlah wang yang diagih itu dapat dilakukan kerana kedudukan kewangan TAA yang mantap hasil sokongan masyarakat penderma yang kekal kuat kepada badan amal itu. Ini adalah penting.

Bantuan tersebut diharapkan dapat menambah keceriaan penerima sempena Aidilfitri. Diharapkan mereka boleh menggunaka­n wang habuan tersebut untuk mendapat sedikit kelegaan daripada masalah yang ditanggung mereka.

Dengan berakhirny­a Ramadan dan menjelang Aidilfitri, marilah kita sama-sama terus menyumbang kepada TAA untuk membantu badan amal itu membantu pula orang dalam kalangan kita yang memerlukan. TAA juga diketahui merujuk kes penerima bantuan kepada agensi dan badan peringkat nasional agar mereka dapat dibantu agar lebih berdikari, dalam sebilangan kes.

Memandangk­an TAA merupakan sebuah Institusi Bertaraf Awam (IPC), penderma boleh menikmati pengecuali­an cukai sebanyak 250 peratus daripada sumbangan mereka kepada TAA.

Sokongan masyarakat untuk terus mendukung peranan penting TAA, yang telah lama berkhidmat, adalah perlu. Marilah kita bermurah hati dengan terus menyokong TAA bagi memastikan tiada sebarang anggota masyarakat ketinggala­n dalam usaha kita membentuk sebuah masyarakat Singapura yang inklusif dan makmur bersama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore