Berita Minggu-Singapore

Bolehkah rasa malu dorong ‘kutu sampah’ ubah kelakuan?

- ▶ RAMESH WILLIAM

Bayangkan paparan berikut di lobi lif: Sebuah galeri digital menunjukka­n gambar pembuang sampah sembaranga­n yang sukar ditangkap untuk dikenal pasti oleh orang ramai.

Ia bukanlah senario yang tidak mungkin berlaku, selepas satu sidang parlimen pada Mac yang mengejutka­n beberapa pihak.

Ketika menjawab soalan beberapa Anggota Parlimen (AP) pada 4 Mac, Setiausaha Parlimen Kanan (Kemampanan dan Sekitaran), Encik Baey Yam Keng, bercakap tentang bagaimana pihak berkuasa Singapura mengamalka­n pendekatan “pelbagai serampang” terhadap kebersihan. Namun begitu, “maklum balas mengenai pembuangan sampah sembaranga­n” dari 2022 hingga 2023 naik 15 peratus.

Jadi, pendekatan yang lebih disasarkan perlu diambil. Salah satu cara adalah dengan menggunaka­n rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk mengenal pasti dan mencari pesalah berulang, kata Encik Baey, ketika beliau memberi butiran rancangan perbelanja­an Kementeria­n Kemampanan dan Sekitaran (MSE).

“Sekiranya masih tiada petunjuk, NEA (Agensi Sekitaran Kebangsaan) akan meneroka meletakkan gambar pesalah ini di tempat mereka membuang sampah untuk mendapatka­n bantuan masyarakat yang lebih luas dalam mengenal pasti mereka,” katanya di Parlimen.

Skim itu, walaupun bertujuan baik, menimbulka­n persoalan tentang bagaimana ia sebenarnya akan berfungsi. Dan dalam dunia inklusif dan sedar sosial hari ini, dengan kesejahter­aan mental diakui penting, bukankah idea memalukan di khalayak ramai ini agak ketinggala­n zaman, malah bermasalah?

Memalukan ‘kutu sampah’ bukanlah sesuatu yang baru di Singapura. Perintah Kerja Pemulihan (CWO), pindaan kepada undang-undang mencegah pembuangan sampah sembaranga­n, berkuat kuasa pada 1992 dengan tujuan bertindak sebagai penghalang dan penghukum dalam usaha memastikan Singapura sentiasa bersih.

Unsur “malu” adalah penting dalam menghasilk­an tindakan yang berkesan – daripada sekadar perlu membayar denda dan meneruskan kehidupan, pesalah perlu melakukan beberapa jenis kerja fizikal sambil didedahkan untuk tatapan ramai.

Langkah itu juga telah digunakan di Amerika Syarikat dan Britain, dan, seperti Singapura, disebut sebagai membuahkan hasil. Tetapi adakah ia benar-benar berkesan?

Setahun selepas ia diperkenal­kan di sini, satu semakan telah dijalankan. Liputan akhbar kumpulan pertama ‘kutu sampah’ – yang ditugas membersihk­an Taman East Coast – telah menerima aduan daripada orang ramai, yang berasa bahawa media melampaui batas dan menyebabka­n kumpulan itu mengalami penghinaan yang keterlalua­n. Liputan itu turut dikritik di Parlimen oleh enam anggota parlimen.

Bagaimanap­un, selepas semakan itu, Kementeria­n Alam Sekitar keti

Beberapa tahun kebelakang­an ini menunjukka­n bahawa tidak ada cara untuk membasmi pembuangan sampah sembaranga­n sepenuhnya, walaupun dengan lebih ramai pegawai penguatkua­sa yang dikerahkan, lebih banyak kamera dan lebih banyak kempen kesedaran awam media sosial yang disasarkan.

Sungguhpun begitu, mengambil jalan menamakan dan memalukan pelaku, dengan rekod prestasiny­a yang tidak bersih, perlu didekati dengan berhati-hati.

– Penulis.

ka itu berkata ia mendapati tiada pesalah berulang dalam kalangan mereka yang menjalani CWO. “Ia telah mencapai kesan pencegahan­nya,” kata jurucakap kementeria­n.

HAD MEMALUKAN DI KHALAYAK RAMAI

Jelas, keprihatin­an tentang mengaibkan seseorang secara keterlalua­n semasa mereka melakukan perkhidmat­an awam yang diwajibkan sudah wujud ketika itu.

Dan ia kekal dirasakan hari ini, malah mungkin lebih ketara. Dalam dunia yang dipacu teknologi, gambar boleh dikirim jauh dan secara meluas, dan kekal dilihat semua orang di Internet.

Dilihat daripada sudut praktikal, pendekatan sedemikian tidak berkesan. Hakikat bahawa pembuangan sampah berterusan sejak 30 tahun lalu, walaupun terdapat langkah ”memalukan di khalayak ramai”, menunjukka­n keterbatas­annya.

Ini tidak bermakna kita harus menghapusk­an CWO dan penggunaan kamera CCTV untuk membantu menjaga kebersihan dan sanitasi di bandar ini. Lagipun, ini adalah sebahagian usaha yang merangkumi ribuan pekerja pembersiha­n, kempen kesedaran awam dan kemudahan awam dalam bentuk tong sampah, tong kitar semula dan tandas awam.

Tetapi melaksanak­annya menimbulka­n beberapa persoalan sukar tentang di mana terletak hadnya. Bagaimanak­ah kita mentakrifk­an pesalah berulang ini? Seseorang yang telah membuang sampah sembaranga­n lebih daripada sekali? Atau dua atau tiga kali?

Dan barang apa yang akan termasuk dalam senarai sampah yang dibuang sembaranga­n? Tidak membuang tulang ayam dari meja di pusat penjaja? Atau membuang puntung rokok di kolong blok?

Mungkin NEA dan pihak berkuasa akan menjelaska­n “terma dan syarat” pada masa akan datang, tetapi kita bimbang bahawa menggarisk­an gambaran perkara dan tingkah laku sedemikian mungkin bersifat arbitrari atau sewenang-wenang.

Mungkin bukan had yang ditetapkan itu yang bermasalah, tetapi lebih kepada penggunaan langkah mengaibkan di khalayak ramai awam untuk mengatasi gangguan kecil seperti membuang sampah sembaranga­n apabila terdapat lebih banyak gejala sosial yang mendesak adalah keras dan menetapkan laluan yang tidak selesa untuk penguatkua­saan undang-undang di Singapura.

Jika kita mengikuti laluan ini, mengapa menghukum kutu sampah sahaja? Mengapa tidak melanjutka­n “strategi poster individu dikehendak­i” kepada pesalah trafik berulang, mereka yang kerap melanggar lampu merah, atau mereka yang gagal memberi laluan di lintasan pejalan kaki?

KESEJAHTER­AAN MENTAL

Terdapat juga isu privasi dan kesejahter­aan mental untuk dipertimba­ngkan. Mereka yang didakwa melakukan kesalahan paling keji pun boleh disembunyi­kan identiti mereka menerusi perintah yang dikeluarka­n mahkamah.

Perintah itu biasanya dikuatkuas­akan untuk melindungi identiti mangsa dan keluarga tertuduh. Walaupun membuang sampah mungkin tidak mempunyai “mangsa yang jelas” – selain daripada orang awam yang terpaksa menanggung ruang yang tidak bersih atau cedera akibat sampah yang dibuang dari tingkat tinggi – ‘kutu sampah’ juga mungkin mempunyai keluarga yang mungkin diaibkan.

Adakah kita boleh terima jika kanak-kanak berusia 12 tahun mengalami tekanan mental apabila ibu bapa dimalukan kerana berulang kali membuang sampah sembaranga­n? Mungkin hakim boleh mempertimb­angkan perkara ini dan mengeluark­an perintah melindungi identiti.

Tetapi bagaimana dengan ‘kutu sampah’ tanpa keluarga terdekat? Adakah dia boleh dimalukan?

RISIKO PEMBUANGAN SAMPAH DARI TINGKAT TINGGI

Penilaian semula berkala ke atas cara kita menangani pembuang sampah degil yang tidak boleh diperbaik adalah sebahagian pendekatan yang mana pemerintah sentiasa memperhalu­si cara ia menangani isu kebersihan awam.

Jika kita ingin menangani pembuangan sampah sembaranga­n di Singapura dengan keras, maka adalah lebih baik memberi tumpuan kepada pembuangan sampah dari tingkat tinggi.

Maklum balas mengenai pembuangan sampah dari tingkat tinggi naik dua kali ganda dalam tempoh empat tahun hingga 2021, menurut NEA. Sebelum 2019, terdapat purata 16,000 aduan setiap tahun; pada 2021 terdapat 32,000 kes.

Walaupun kematian jarang berlaku, pada 2022, warga Australia Andrew Gosling dijatuhkan hukuman penjara lima tahun selepas dia membaling botol dari kondominiu­mnya di Spottiswoo­de Park Road ke arah sekumpulan orang dan ia mengorbank­an warga emas Encik Nasiari Sunee.

Dalam jawapan bertulis kepada soalan parlimen pada Januari 2022, Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, menegaskan bahawa kamera pengawasan dengan analitik video telah digunakan di blok HDB yang mengalami pembuangan sampah dari tingkat tinggi yang berulang.

“Dari Januari hingga Oktober 2021... NEA menggunaka­n kamera pengawasan lebih 2,200 kali di lebih 1,400 blok. Kamera pengawasan tidak dapat dipasang di 87 blok kerana kekurangan tempat memantau yang sesuai,” katanya.

Beberapa tahun kebelakang­an ini menunjukka­n bahawa tidak ada cara untuk membasmi pembuangan sampah sembaranga­n sepenuhnya, walaupun dengan lebih ramai pegawai penguatkua­sa yang dikerahkan, lebih banyak kamera dan lebih banyak kempen kesedaran awam media sosial yang disasarkan.

Sungguhpun begitu, mengambil jalan menamakan dan memalukan pelaku, dengan rekod prestasiny­a yang tidak bersih, perlu didekati dengan berhati-hati.

▶ Penulis merupakan Penolong Editor Strategi Digital di The Straits Times (ST). Artikel ini pertama kali diterbitka­n di akhbar ST.

 ?? ?? Dalam usaha menangani isu pembuangan sampah merata, Singapura mungkin mengambil langkah mendedahka­n gambar pesalah di ruang awam supaya anggota masyarakat boleh membantu mengenal pasti mereka. – Foto fail
Dalam usaha menangani isu pembuangan sampah merata, Singapura mungkin mengambil langkah mendedahka­n gambar pesalah di ruang awam supaya anggota masyarakat boleh membantu mengenal pasti mereka. – Foto fail

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore