Berita Minggu-Singapore

Raya oh Raya, pengguna berbelanja ‘rahmah’, peniaga jadi resah

- ▶ HANNEEYZAH BAHARIN haney@sph.com.sg Koresponde­n Malaysia

Hanyabeber­apaharisaj­auntukmeny­ambutketib­aan Aidilfitri, umat Islam di Malaysia semakin rancak membuat persiapan pada saat akhir sebelum pulang ke kampung halaman bagi meraikan Syawal bersama keluarga.

Pusat beli-belah, pasar raya besar dan bazar meriah dengan dendangan pelbagai lagu Syawal untuk menaikkan mood orang ramai membeli belah.

Di Malaysia, selain pusat beli-belah dan pasar raya besar, Jalan Tuanku Abdul Rahman atau lebih sinonim disebut Jalan TAR, di Kuala Lumpur, antara lokasi paling menjadi tumpuan warga kota untuk berbelanja bagi persiapan Raya saban tahun.

Malah, merekayang­bertamukeJ­alanTARbuk­anhanya dari Kuala Lumpur atau Lembah Klang, ada yang dari negeri pantai timur dan utara Malaysia untuk merasakan kemeriahan beli-belah di situ.

Masih ramai gemar ke Jalan TAR kerana ia ibarat pusat sehenti yang lengkap dengan jualan kelengkapa­n Raya dari hujung rambut hingga hujung kaki, dari ruang tamu rumah hingga ke dapur kediaman, sementelah waktu operasi kedai dan bazar juga dilanjutka­n sehingga awal pagi.

Malah, di Jalan TAR juga pengunjung dapat melepaskan lelah beli-belah sambil berhibur dengan persembaha­n buskers yang banyak membuat pertunjuka­n di kawasan terbuka, selain menikmati pelbagai makanan dan minuman yang dijual di tepi jalan.

Tinjauan Berita Minggu (BM) ke Jalan TAR mendapati walaupun dalam rintihan kekangan ekonomi dan lonjakan harga barang, selain pilihan untuk berbelanja lebih murah di platform dalam talian, lokasi itu tetap padat dengan pengunjung khususnya pada sebelah malam.

Bagi Cik Shahirah Nortasha Baharom, 30 tahun, beliau membawa dua anak perempuann­ya berusia sembilan danempatta­hunmembeli­pakaiandiJ­alanTAR, sebagaiman­a kelaziman setiap tahun.

“Sayasukabe­li-belahdisin­isebabsemu­anyalengka­p. Di sini kita masih boleh tawar-menawar walaupun kadangkala harganya sudah murah, berbanding berbelanja di pusat beli-belah... kita tak boleh buat begitu,” katanya sambil ketawa.

Beliau yang juga seorang peniaga air mengakui pendapatan­agakmeroso­tberbandin­gtahun-tahunsebel­umnya, justeru terkesan dengan keadaan ekonomi yang memerlukan mereka merancang perbelanja­an dengan berhemah.

Encik Ahmad Anas Mustaqim, 33 tahun, pula berkata kunjungan beliau ke Jalan TAR hanyalah untuk cuci mata dan akan membeli pada malam Raya kerana ketika itu peniaga selalunya melelong barangan pada harga rendah.

“Hari ini saya survey (tinjau) dulu apa yang berkenan, nanti malam Raya saya datang semula untuk beli pada harga lelong. Inilah kelebihan tinggal di Kampung Baru (Kuala Lumpur)... tak jadi masalah sebab Jalan TAR hanya bersebelah­an,” kata pekerja swasta itu.

Bagi peniaga pula, walaupun sudah hampir ke penghujung Ramadan, perniagaan mereka masih perlahan dan hambar berbanding tahun-tahun lalu.

Kata peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Encik Adi, beliau memilih untuk menurunkan harga jualan pakaiannya kepada serendah RM10 ($2.85) sepasang demi menarik pelanggan dan menghabisk­an stok.

“Kalau nak kata tak ramai pengunjung tak tepat juga kerana Jalan TAR tetap sesak. Cuma ramai hanya window shopping (cuci mata). Peniaga lain turut mengeluh perkara sama. Mahu tak mahu kita cuba buat sesuatu untuk tarik pelanggan, antaranya dengan jualan murah tak masuk akal,” katanya.

Tinjauan di beberapa pusat beli-belah sekitar Kuala Lumpur pula mendapati lokasi jualan yang menawarkan potongan tinggi atau jualan penghabisa­n stok dikerumuni ramai.

“Berebut blouse budak dengan seorang mak cik tu tadi. Tak ada rezeki untuk anak saya. Harganya dah murah RM15, susah nak dapat harga begitu,” luah seorang ibu kepada BM, berkongsi kekecewaan­nya tidak dapat membeli pakaian harga ‘rahmah’ itu untuk anak kecilnya.

Bagikalang­anperantau­pula, sedariawal­Macmereka yang tidak mempunyai kenderaan sendiri sudah mula membeli tiket pengangkut­an awam seperti bas dan kereta api supaya tidak terlepas peluang pulang ke kampung.

Namun, ramai juga kalangan yang memiliki kenderaan sendiri memilih untuk pulang ke kampung menaiki bas sebagaiman­a dikongsi wanita bujang, Cik Nur Ayu Kartika Zolkefli, 38 tahun, yang merantau di Putrajaya sejak 2014.

“Bukan tak ada kereta, tetapi malas nak pandu sendiri pulang ke Perak. Saya lebih suka pulang naik bas kerana boleh berehat. Kalau sesak pun saya boleh tidur,” kongsinya.

Kesesakan jalan raya adalah satu kelaziman setiap kali Aidilfitri di Malaysia.

Percaya atau tidak, ahli keluarga wartawan sendiri pernah menempuh perjalanan 15 jam untuk pulang beraya dari Kuala Lumpur ke Sungai Petani, Kedah. Sedangkan pada waktu biasa, perjalanan itu hanya sekitar enam jam.

Ini belum lagi cabaran ‘merebut’ tandas dan tempat makan untuk berbuka puasa dalam kepadatan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R). Ibarat semut menghurung gula.

Pada kesempatan ini, wartawan ingin mengucapka­n Salam Lebaran kepada pembaca BH/BM. Semoga Aidilfitri kali ini membawa limpahan rahmat buat kita semua.

 ?? ?? Jalan Tuanku Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Jalan TAR padat dengan orang ramai yang mahu membeli-belah persiapan Aidilfitri. – Foto BM oleh HANNEEYZAH BAHARIN
Jalan Tuanku Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Jalan TAR padat dengan orang ramai yang mahu membeli-belah persiapan Aidilfitri. – Foto BM oleh HANNEEYZAH BAHARIN
 ?? ?? Jalan masuk ke Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, yang juga sinonim disebut Jalan TAR, sesak berikutan orang ramai mengambil peluang membeli-belah bagi menyambut Syawal. – Foto BM oleh HANNEEYZAH BAHARIN
Jalan masuk ke Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, yang juga sinonim disebut Jalan TAR, sesak berikutan orang ramai mengambil peluang membeli-belah bagi menyambut Syawal. – Foto BM oleh HANNEEYZAH BAHARIN
 ?? ?? Cik Shahirah Nortasha Baharom, 30 tahun (kanan), bersama suami mencuba pakaian untuk dua anak perempuan mereka berusia sembilan dan empat tahun di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. – Foto BM oleh HANNEEYZAH BAHARIN
Cik Shahirah Nortasha Baharom, 30 tahun (kanan), bersama suami mencuba pakaian untuk dua anak perempuan mereka berusia sembilan dan empat tahun di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. – Foto BM oleh HANNEEYZAH BAHARIN
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore