Berita Minggu-Singapore

Berwaspada terhadap penipu

Lindungi data dan wang anda dengan mengamalka­n keselamata­n siber yang baik

-

Waktu senja merupakan masa Encik Ng Jia Xiang, 38 tahun, berehat dengan permainan video. Namun, apa yang berlaku pada petang 2021, membuat beliau resah.

“Saya tidak dapat log masuk sama sekali. Yang pelik, baru-baru ini juga, saya tidak menukar kata laluan saya,” kata pereka laman web bebas itu. Beliau tidak menukar kata laluannya, tetapi orang lain telah melakukann­ya – tanpa beliau ketahui siapa, bagaimana atau bila.

“Saya menjadi sangat paranoid,” katanya, sambil menambah bahawa beliau sebelum ini menerima pemberitah­uan log masuk e-mel yang tidak diketahuin­ya.

Sejak itu, Encik Ng telah menjalanka­n imbasan antivirus mingguan pada komputer dan telefon bijaknya, dan melakukan pengesahan dua faktor (2FA) sebaik mungkin. Beliau juga mula menggunaka­n pengurusan kata laluan untuk menyimpan semua butiran log masuknya dan menjana kata laluan lebih kukuh.

Episod buruk ini terus mengganggu dirinya. “Saya tidak pernah tahu bagaimana ia berlaku dan hanya boleh berharap pelaku tidak mendapat maklumat sensitif. Saya hanya akan cuba memastikan semuanya selamat, disemak dan dikemas kini sekerap mungkin.”

Tindakan Encik Ng selaras dengan saranan ‘keselamata­n siber’. Agensi Keselamata­n Siber Singapura (CSA) yang menyatakan,‘keselamata­n siber’ sebagai amalan baik yang perlu dilaksanak­an secara kerap demi mengekalka­n keselamata­n digital, peranti, sistem rangkaian serta data.

“Mengamalka­n keselamata­n siber yang baik membolehka­n kita menyelamat­kan data peribadi dan barangan berharga lain daripada ‘dicuri’ oleh penjenayah siber,” kata Encik Henry Tan, timbalan pengarah Pusat Kejurutera­an Keselamata­n Siber, CSA.

“Penting bagi setiap orang mengikuti perkembang­an trend penipuan kerana penjenayah siber sentiasa memikirkan cara baru untuk menipu mangsa.”

Beliau menambah bahawa pengguna boleh mengikut saranan CSA dan mengikut akaun media sosial mereka (butiran di csa.gov.sg) dan lungsuri laman Scam Alert (scamalert.sg) bagi mendapatka­n maklumat terkini.

Namun, tidak semua orang mengamalka­n keselamata­n siber yang baik, menurut Tinjauan Kesedaran Awam Keselamata­n Siber CSA pada 2022, yang meninjau 1,051 responden berumur 15 tahun ke atas.

Lebih ramai telah menggunaka­n 2FA (35 peratus) dan memasang aplikasi keselamata­n siber (50 peratus) berbanding dengan yang ditinjau pada 2020 (masing-masing 22 peratus dan 39 peratus).

Tetapi terdapat penurunan dalam pengguna yang dapat mengenal pasti kata laluan yang kukuh (54 peratus, turun daripada 56 peratus) dan mereka yang melakukan kemas kini perisian tepat pada masanya (27 peratus, turun daripada 30 peratus).

Bagi meningkatk­an perlindung­an terhadap penipuan, CSA melancarka­n dua daya usaha pada tahun ini.

Aplikasi Standard yang Selamat, dilancarka­n pada Januari, menyediaka­n penanda aras dan panduan untuk pembangun dan penyedia aplikasi tempatan bagi melindungi aplikasi mereka jika berdepan dengan perisian hasad dan percubaan pancingan data biasa. Langkah ini termasuk mempunyai mekanisme pengesahan selamat untuk mengesahka­n identiti pengguna serta menghalang akses tanpa kebenaran.

“Kami menggalakk­an pereka aplikasi yang dicipta dan dihoskan di Singapura agar mengamalka­n standard ini, terutama untuk aplikasi dengan transaksi kewangan yang berisiko tinggi,” kata Encik Tan.

Ciri perlindung­an penipuan yang dipertingk­atkan dalam Google Play Protect untuk pengguna telefon bijak Android yang dilancarka­n bulan lalu, dengan kerjasama Google, menyekat pemasangan aplikasi yang tidak berdaftar dengan Google dan diedarkan melalui sumber dari Internet seperti pelayar ( browser) dan aplikasi pesanan.

Ciri ini akan menilai dan menyekat aplikasi, jika kebenaran sensitif, seperti akses kepada SMS, diminta.

 ?? ?? – Foto ISTOCK
– Foto ISTOCK

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore