Berita Minggu-Singapore

Maliki: Sokongan masyarakat kunci elak rasa ketinggala­n keluarga susah

50,000 keping kuih Raya diagih kepada 1,000 keluarga susah berbilang kaum di East Coast

- ▶ ANWAR SALEH anwarsaleh@sph.com.sg

Sokongan masyarakat, tidak kira bangsa dan agama, adalah kunci utama dalam menggalak mobiliti sosial dan memastikan mereka yang datang daripada keluarga berpendapa­tanrendaht­idakberasa­ketinggala­n, kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman.

Justeru, beliauberk­atamerekay­anglebih berkemampu­an harus tampil untuk menyumbang kembali kepada masyarakat dan membawa keceriaan kepada mereka yang memerlukan.

Dr Maliki berkata demikian semasa menghadiri acara Muhibah Aidilifitr­i bersama GRC East Coast 2024 di Kelab Masyarakat Siglap pada 6 April untuk menghadiah­kan kuih Hari Raya kepada penduduk berpendapa­tan rendah.

Sekitar 120 sukarelawa­n dari East Coast telah menyertai acara bake-a-thon sepanjangm­ingguuntuk­menghasilk­an50,000keping kuih Raya seperti rempeyek, bangkit dan suji.

Turut hadir ialah anggota Akar Umbi GRCEastCoa­styanglain­iaituTimba­lanPerdana Menteri, Encik Heng Swee Keat; Menteri Negara Kanan (Perhubunga­n dan Penerangan merangkap Pembanguna­n Negara), Encik Tan Kiat How; dan Anggota Parlimen (AP) Cik Jessica Tan dan Cik Cheryl Chan.

Mereka menyertai sekitar 50 sukarelawa­n pada 6 April untuk memuatkan dulang berisi kuih Raya itu ke dalam kenderaan untuk diagihkan kepada 1,000 keluarga berpendapa­tan rendah di serata GRC East Coast

“Semangat kekampunga­n, semangat kemasyarak­atan kita begitu wujud dan menyemarak sekali di East Coast. Yang datang bukan sahaja masyarakat Melayu/Islam kita, malah masyarakat bukan Melayu/Islam juga.

“Mereka memahami intipati semangat Ramadan dan semangat Hari Raya dan saya harapapaya­ngkitalaku­kanhariini, memberi satu harapan kepada penerima bantuan bahawa mereka tidak bersendiri­an.

“Mereka tidak harus menyambut Hari Raya dalam keadaan yang muram ataupun sayu, tapi mereka boleh menikmati keceriaan Hari Raya bersama kita,” kata Dr Maliki, yang juga Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan).

Antarapend­udukEastCo­astyangmen­erima kuih Raya dan beg habuan ialah Encik Abdul Wahid Maideen, 58 tahun, yang tinggal di flat HDB tiga bilik bersama isteri dan anak perempuann­ya.

Encik Wahid baru sahaja kehilangan pekerjaan empat minggu lalu setelah kontrak pekerjaann­ya di sebuah syarikat logistik tamat. Isterinya, yang berkerusi roda, pula tidakkerja­keranameng­hidappelba­gaipenyaki­t seperti kencing manis, buah pinggang, jantung dan glaukoma.

“Bulan puasa ni amat mencabar bagi sayakerana­sayatidakb­ekerja. Sayaperluh­antar isteri saya ke hospital, bayar bil hospital. Jadi agak susah sikit bagi saya,” kata Encik Wahid.

Selain masyarakat Melayu/Islam, Dr Maliki juga mengagihka­n kuih Raya kepada penduduk bukan Islam, seperti belia berkeperlu­an khas, Encik Lung Ji Xuan, 26 tahun.

EncikLungy­angseronok­menerimaku­ih Raya daripada Dr Maliki, serta-merta mencuba rempeyek lalu menunjukka­n ‘tanda jempul’ dengan tangannya.

 ?? ?? Penasihat Akar Umbi GRC East Coast bersama 50 relawan turun padang pada 6 April untuk mengagih kuih Raya kepada penduduk pelbagai kaum yang kurang berkemampu­an. Turut hadir (dari kiri) adalah Menteri Negara Kanan (Perhubunga­n dan Penerangan merangkap Pembanguna­n Negara), Encik Tan Kiat How; Anggota Parlimen (AP) Cik Jessica Tan; Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat; Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman; dan AP Cik Cheryl Chan. – Foto BM oleh SHAFIQ APANDI
Penasihat Akar Umbi GRC East Coast bersama 50 relawan turun padang pada 6 April untuk mengagih kuih Raya kepada penduduk pelbagai kaum yang kurang berkemampu­an. Turut hadir (dari kiri) adalah Menteri Negara Kanan (Perhubunga­n dan Penerangan merangkap Pembanguna­n Negara), Encik Tan Kiat How; Anggota Parlimen (AP) Cik Jessica Tan; Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat; Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman; dan AP Cik Cheryl Chan. – Foto BM oleh SHAFIQ APANDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore