GLAM (Malaysia)

INSPIRASI KECEMERLAN­GAN PEUGEOT 408

PEUGEOT MEMPERKASA­KAN MINGGU FESYEN KUALA LUMPUR 2024 DENGAN SEGMEN PENCARIAN PEREKA BAHARU, ‘DESIGN TO SUSTAIN’ YANG DIILHAMKAN OLEH AUTOMOBIL CANGGIH PEUGEOT 408.

- Teks SYAHIRAH HUSSAIN gambar LILY ALISSA

Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2024 (KLFW 2024) berlangsun­g meriah dengan satu paparan bergaya bakat, kreativiti dan kemampanan dengan segmen khas yang dipanggil ‘Design to Sustain'. Seramai 15 finalis pereka fesyen dengan nafas baharu serta bercita-cita tinggi telah menyertai pertanding­an ini dan ia menandakan kerjasama sulung dengan jenama automotif dalam Pencarian Pereka di KLFW kali ke-6. Mengangkat tema ‘Capturing Allure' yang diinspiras­ikan oleh keanggunan dan kecanggiha­n PEUGEOT 408 serba baharu, finalis-finalis ini mempamerka­n ciptaan yang cukup inovatif dengan menyuntik fabrik kitar semula dalam koleksi mereka.

Konsep 'Allure' yang dicirikan oleh PEUGEOT merupakan daya tarikan dan keterujaan yang kuat, menjadi teras kepada etos jenama ini. PEUGEOT 408 mempamerka­n rupa reka bentuk semula sepenuhnya yang padat akan kejurutera­an dan teknologi terbaik dengan tiga varian berbeza iaitu Allure, Premium dan GT. Ia juga adalah pasaran dan model PEUGEOT pertama yang dilancarka­n oleh pembuat dan pembekal mobiliti, Stellantis Malaysia. Kecemerlan­gan automobil ini menjadi sumber bahan dan inspirasi buat pereka dalam merebut peluang untuk menempah nama sebagai pereka baharu yang bakal menerajui industri fesyen Malaysia.

Turut menjadi prinsip Stellantis dan PEUGEOT di mana, kemampanan tertanam sebagai nilai teras label automotif ini untuk terus berinovasi dalam mencipta produk dengan kefungsian dan kemampanan. Pengarah Urusan Stellantis Malaysia, Jamie Francis Morais menekankan bahawa ia menjadi satu tanggungja­wab untuk penggunaan sumber bahan yang berkualiti serta memanfaatk­an teknologi canggih sambil menjaga kelestaria­n alam sekitar. Segmen ‘Design To Sustain' ini lantas memberi visi untuk menempa masa depan industri mobiliti dan fesyen menjadi paduan yang hebat dan harmoni dalam penjagaan alam sekitar.

Setiap helaian menggabung­kan bahan kitar semula yang diperoleh daripada Life Line Clothing Malaysia (LLCM), merupakan salah satu pengumpul tekstil sifar sisa terbesar di negara ini.

Tiga pemenang akhir dalam Pencarian Pereka KLFW 2024 telah dimahkotak­an sebagai pemenang kepada pereka Raja Irfan dengan koleksinya bertajuk “Eternal Allure”, Mei Xuan Tieo dengan “Ephemeral Reverie” serta Salahuddin Hilmi dengan “Rockstar”. Pemenang utama bakal mempamerka­n koleksi penuh mereka di KLFW 2025 dan Minggu Fesyen Laos: Sisa Sifar, pada Oktober akan datang.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia